maaf. tapi ni sangat bangsat. Tentang shuffle.
Kumpulan "the Kilat" merupakan kumpulan shuffle terbaru dari kampung keratong. Mereka merupakan 5 budak yang akrab atas satu nama...S.H.U.F.F.L.E
Sudah 2 tahun mereka menari bersama. Tapi tak pernah dapat show di mana-mana majlis. Di Keratong tiada pula kelab malam untuk mereka tunjuk bakat. Lebih-lebih pon menari kat tepi-tepi jalan, menari kat kedai mamak malam-malam, atau di balai raya. Penontonnya budak-budak 3-4 tahun main guli kat balai raya.
Satu hari seorang ahli "the Kilat" datang perjumpaan macam biasa. Dia cakap dia sudah dapat show. Mereka gembira bergelimpangan, kemudian melakukan tarian shuffle beramai-ramai sambil menjerit yahuuu!!! dan dengan gaya gelabah.
Mereka bercadang beli baju sama, topi sama, sarung tangan pon sama. Bila tangan pusing-pusing tu, baru nampak seragam, kata mereka masa mahu beli sarung tangan.
Baju mesti kilat, warna-warni, kalau boleh jaket. Malaysia ni panas. Mahu pakai jaket tebal. Tapi tak apa. Shuffle punya pasal.
Topi mesti mahu senget.
Sekali diorang shuffle untuk orang kahwin da..
biar aku, akukopi, perkenalkan, kumpulan THE KILAT
komen aku ialah :
1. tak kena lansung. Tak kene setting dengan majlis, lainlah kau punya majlis kahwin berkonsepkan party.
2. Panas kot pakai jaket tebal tu.Aku amik gambar je dah berpeluh-peluh pakai tshirt. kau pakai jaket, memang mandi ar.
3. Aku punya cadangan ialah, kalau nak sangat shuffle tu, :
patutnya diorang pakai baju melayu, joget ala-ala tarian melayu, tapi digabungkan dengan sedikit shuffle. Baru kena tema.Bodoh. Tak kreatif lansung.
Read more...
