7.7.10

mari aku ajar pasal bergelak ketawa

22

33
d40x>>photoshop>>tunang diana dan mahathir part II

Sebenarnya aku tanak tulis entri baru, tapi disebabkan aku sedang ingin cuba komen. Sebab semalam aku comment kat diri sendiri pon tak keluar. Punya la bodoh. Dan akhirnya aku guna semula sistem comment disqus. Dan aku set supaya entri baru sahaja guna disqus. yang sebelum ni tak payah. Jadi aku terpaksa post entri baru untuk tengok keberkesanannya.

OK, kepada topik.

Ada orang tengok-tengok kamera aku sejurus lepas aku ambil gambar dan dia tanya, "saya pelik lah, apesal awak punya gambar semua orang gelak macam suka gila babi, ape awak cakap kat diorang eh, sampai gelak macam tu sekali?"

1. Kau perlu aim orang, siapa yang boleh jadi pemangkin untuk semua orang lain gelak, orang-orang yang biasa aku aim selalunya ialah yang paling mesra, yang paling kuat gelak, dan selalunya perempuan la. Disini kalau kau lelaki, kau perlu tackle sedikit orang yang diambil gambar sampai dia rasa suka sikit kat kau, dan akhirnya berasa selesa dengan kau dan akhirnya tak malu untuk gelak sesuka hati dia.

2. Perkara-perkara seperti speed, komunikasi, first impresion aku rasa itu semua biasa dan pandai-pandai korang lah.

3. Bagi orang yang suka untuk amik outdoor macam aku, sejam pertama perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya, shoot yang aku dah plan sebelum pergi ambil gambar selalunya aku setelkan untuk sejam pertama, sebab lepas itu semua orang dah penat, dan susah dah.

4. Yang paling terakhir yang paling aku selalu guna dan setakat ini tak pernah gagal ialah rahsia. Kalau nak tahu jom ikut aku hari sabtu ni di taman tasik perdana. Untuk ambil gambar kawan-kawan wanida ezreen keluar bersama.







Read more...

5.7.10

sikit pasal masa dan ruang

Untuk orang yang mahu lupa,

1. Pasal masa

1.1 Antara cara mendapat masa dan ruang ialah dengan berhenti bercakap mengenainya, atau bagi orang yang suka gila menulis seperti aku ini, aku perlu berhenti menulis pasalnya juga. Atau update status-status yang berunsur sepertinya juga.

1.2 . Dengan cara itu, aku mendapat masa dan ruang. Buat-buat bodoh macam tak tahu apa-apa. Macam tiada perasaan. Yang mana akhirnya aku betul-betul jadi tidak berperasaan dan seperti tidak kisah pula. Iaitu keadaan aku sekaranglah.

Ia OK untuk berpura-pura macam kau tak nak tahu, tidak kisah, tak mahu apa-apa. Sebab nanti satu masa kau akan jadi begitu akhirnya. Mari kita panggil ia sebagai, "seperti sudah sebati". Masa itu sudah tawar hati. Dah mati la hati.

1.3 Orang cakap, "tapi tak boleh fokus lah", bagi aku, kalau begitu, buat sesuatu yang kau akan memerlukan fokus terlampau, contoh mudah ialah bermain snooker, main dart, membaca buku atau hisap rokok. Dimana dalam proses hisapan rokok, memerlukan proses hembus dan tarik, dan fokus melihat proses pembakaran berlaku. Bagi aku, ia memberikan aku masa dan ruang. Seketika.

4. Itu pasal masa, ini pasal ruang.

4.1 Ruang memberikan kebebasan bergerak, jadi dengan mendapat ruang kita mampu bergerak. Jadi kepentingan ruang ialah untuk bergerak atau dalam bahasa inggeris dan supaya kau faham apa aku cuba cakap ialah, "move on".

4.2 Ruang juga boleh menggambarkan vakum, yang mana vakum mampu menyedut, menyedut balik apa yang kau dah buang.



Read more...

4.7.10

Tunjuk pakai video dan lagu


Kali ini punya gambar aku pakai d40x dan photoshop. Kali ini juga aku edit dengan warna lain, selalu aku edit pakai kaler purple, kali ini lebih kepada warna kekuningan. Dan tambah noise yang agak banyak sebenarnya.


Aku suka lagu ni. dan gambar ni.

jika kau rasa macam tengok video tak puas dan kau nak tenung lama-lama. sila masuk sukasukaphoto



Read more...

3.7.10

gambar seketul (7) : kebumian

planet up

amik pakai d40x >>takde edit2(tipu)haha



Read more...

2.7.10

Hari ini 44 : Blog bacaan gadis hot

Aku hari ini habis praktikal. Seronok.

Aku baca blog Diloz . Dia cakap dia rindu masa dulu dia punya blog dikerumuni pembaca-pembaca seksi. Aku pon tak tahu dulu bila. Mungkin itu zaman aku tak mula tulis blog lagi. Atau masa itu gadis-gadis seksi cuma seksi aja, masa sekarang ini pakai tudung pon video format 3gp melambak-lambak.

Yang aku paling pasti, gadis-gadis dalam video macam itu semua pasti jenis orang yang bila tulis SMS penuh dengan huruf 'w' menggantikan huruf 'r'. ..'yew kew?' sebagai contoh bagi menggantikan "yeke?" Yang balak muka pecah rumah nak pantat je, tak kisah muka yang gadis tu habis jahanam.Adeh. Benci gila aku.

Perasaan sakit hati itu bertambah bila aku bukak astro @15 dan ada dua orang player bola malaysia ntah apa lancau nama dia yang join chatting kat situ sekali dan menggunakan huruf gantian yang janggal tersebut. Dalam hati aku cakap, "korang dahla main bola macam main telur, sempat pulak nak chatting-chatting dekat astro @15 ni carik publisiti, dahla eja macam puki, pegi training bola la lahanat!"

Maaf, darah Melaka aku sedang mengalir deras.

ok,

Balik kepada topik asalan,

Jadi aku terfikir apakah yang membuatkan blog kau dibaca gadis-gadis seksi?

1. Paling pasti kau perlu hensem. Maksud disini ialah kau perlu sangat-sangat hensem. Dan kalau boleh berbadan sasa.

2. Kau tidak boleh meletakkan gambar kau sebagai banner blog kau, gambar kau perlu sedikit dan sekali sekala sahaja. Jika kau letak gambar kau yang hensem dan berbadan sasa di blog kau sebagai banner, kau akan dapat gadis, tapi cuma gadis yang tidak seksi lah. Sekarang target kita mahu gadis seksi kan?

3. Kau perlu cakap, bergaya dan menulis seperti banyak wang. Walaupun wang kau tidak begitu banyak. Tak apa, kelihatan seperti banyak wang sahaja sudah cukup.

4. Adalah haram untuk kau meninggalkan komen di blog orang lain, atau pon di comment box orang lain seperti "salam ziarah", atau " i like this blog!!" komen kau di blog orang lain perlu tidak banyak dan perlu bernas.

5. kau perlukan sekurang-kurangnya seorang kawan seksi yang mempunyai ramai kawan seksi yang lain, supaya dia akan cakap kat kawan dia yang blog kau seronok dibaca, dan akhirnya kawan seksi dia yang lain akan suka baca blog kau, dan kawan seksi mereka akan cakap kat kawan seksi mereka yang lain tentang blog kau, dan akhirnya semua gadis seksi akan suka kat blog kau dan akhirnya suka kat kau.

6. Aku rasa entri ini bodoh. Mungkin isinya cuma di perenggan tidak bernombor sahaja.

7. Pembaca setia paling seksi yang aku kenal cuma ada seorang aja, yang kulit gelap-gelap, rambut kerinting di hujung tu. haha.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP