19.3.10

Harap ini bukan pesan terakhir 3

Benda-benda yang kita selalu khuatirkan kalau kita tak tahu kita bagi pesan yang paling akhir sekali untuk semua orang. Mana tahu ada benda lagi.

1. Kaki busuk boleh basuh, rambut busuk boleh cuci, bontot busuk boleh gosok. Hati busuk?

2. Rasa benci, dendam, jaga tepi kain, mengutuk, mengumpat, prasangka buruk adalah jenis orang yang paling perlu kamu elakkan. Sebab kalau dekat, macam nak cuci taik dari dalam tong taik.

3. Cara paling mudah belajar ialah lihat sekeliling. Terutamanya manusia.

4. Aku suka study people. Dan aku rasa tempat paling sesuai untuk bermula ialah di facebook. haha

5. Cuba buang rasa benci, nanti sekejap kamu rasa tenang.

6. Aku sedang belajar melenturkan jiwa dan rasa aku ikut orang lain. Aku rasa kamu pun perlu buat perkara yang sama.

Terima kasih



Read more...

16.3.10

Sebab aku caj amik gambar rm70 je

aku ambil gambar murah sebab aku pakai kamera murah.d40x sahaja. tolong belikan saya nikon d700..warf!!Nanti aku caj mahal sikit. Gambar pon lagi cantik lah. huhu

oh dan ini gambar keluarga shima yang sangat hepi semasa sesi ambil gambar. terima kasih.

6b

DSC_0864

DSC_0915

4

5

Macam biasa..lebih-lebih dekat sukasukaphoto



Read more...

13.3.10

hari ini 40 : Trampoline adalah wajib!

Aku akan membawa trampoline setiap kali amik gambar couple atau family selepas ni kerana ianya sangat seronok!

ini gambar semalam aku ambil untuk keluarga Shima di taman botani. Walaupun penat gila layan budak-budak, tapi tak kesah sebab seronok. huhu

Aku dengan daus tak tahan betul gelak tengok budak-budak ni. Ini aku kasi sikit je dulu. Nanti upload lagi. Sebab tak sabar-sabar nak upload punya psal.Tak siap edit lagi dah nak upload.

2
Sengaja masukkan kaki aku sekali.

DSC_0065
Cuba untuk lumba lari dengan budak-budak. Selamat aku menang.

1
daus amek. walaupun muka aku buruk dalam gambar ni.upload juga.



Read more...

11.3.10

Kepentingan Panggilan terakhir

Maaf belakangan ini banyak isu-isu begini.

Untuk yang tidak begitu faham apa itu panggilan terakhir biar aku terangkan.

Panggilan terakhir ini ialah macam bila kau break up akan ada satu benda yang aku panggil panggilan terakhir. Panggilan terakhir ni kau akan cakap segala-galanya, yang tak puas hati, siapa salah sebenarnya, ataupon mungkin memakin hamun.

Kepentingan panggilan terakhir ini ialah ia menentukan kamu menang atau kalah. Maknanya, sama ada kamu jadi orang yang sedih atau kamu orang yang tiada rasa apa-apa.

Menang atau kalah ini penting sebab ia menentukan kehidupan kamu selepas itu, hilang arah tuju atau rileks macam tiada benda jadi.


Jadi apakah cara untuk menang?

Setelah aku analisa

1.Paling penting ialah menyatakan ketidak kesahan kamu terhadap orang yang lagi satu dan menunjukkan betapa kamu ok dengan apa yang jadi.

2.Jangan maki, cuba tahan.

3.Paling utama ialah ego, dan kawan-kawan yang tidak masuk akal supaya kamu boleh lupa semua. dan tidak nampak desperate.

4.Biar perbincangan tergantung. Supaya orang lagi satu rasa tidak puas nak cakap, biar egonya meletup. Nanti dia akan call balik. Jangan angkat. Supaya tambah tensen dan dia tak senang duduk. Macam ni, kamu dikira menang dan boleh gelak untuk sementara.

5. bak lagu kaiser chief, " love is not a competition, but i'm winning"

6. Paling penting ialah cara mengawal, mungkin aku akan hilang kawalan selepas ini.



Read more...

9.3.10

Apa lelaki paling perlukan?

1.Lesen
Memandangkan masyarakat malaysia dan terutamanya gadis-gadis di malaysia ini memandang kereta sebagai satu perkara yang penting dan memandang enteng terhadap penggunaan pengangkutan awam, lesen merupakan satu perkara yang penting. Lesen kereta dah mati pon takpe, kalau takde kereta takpe, boleh pinjam member. Melainkan kamu terlampau hensem sampai ada perempuan yang bodoh sanggup ambil dan hantar kamu tetiap hari untuk keluar.

Teringat aku alasan paling bodoh dan bangsat aku pernah dengar untuk seorang perempuan jatuh cinta kat lelaki ialah, "sebab lelaki tu hensem"

2. Gambar masa kamu rambut panjang.
Aku pon tak tau apesal, tapi gambar masa rambut panjang sangat diperlukan lelaki. Walaupn muka kau abes sial dalam gambar tu, tapi sangat diperlukan. Nanti boleh tunjuk dekat awek-awek, tunjuk kat kawan-kawan. Konon betapa coolnya kau dulu.

3.knowledge.
Kalau kau hensem gila babi, ada kereta besar, tapi knowledge apa pon takda. Tak guna lansung. Baik mampos. Sekurang-kurangnya pengetahuan dalam bidang kau. Dan aku percaya bidang kau tak berguna lansung untuk kemajuan masyarakat malaysia, dan bila dilihat bidang yang kau ceburi, aku tahu tahap knowledge kau takat mana.tiada kualiti.

4.Punggung
Benda yang aku tiada. Maaf. Tiada komen.

5. gitar.
Gitar ini boleh menambah tahap kehenseman lelaki. Kira kalau ada dua orang muka pecah nak tackle awek, sorang pandai main gitar sorang tak tau main gitar. Mesti awek tu lagi minat kat mamat main gitar tu,tanpa sebab yang khusus. Tak kira walaupun baru tau petik-petik sikit pon kira tau main gitar jugak. Kalau ada band, tinggi sikit tahap hensemnya.

6.kawan-kawan yang tidak masuk akal.
Supaya dapat mengubati hati yang luka. Terima kasih.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP