blog itu ini
Nazuha ckp nak wat blog, aku ckp, memang seronok blog, luahan isi hati sume kau boleh cakap, boleh bagitau orang, boleh kasi puas la, boleh kasi pendapat kau macam-macam. tapi banyak akan datang nanti. sebab blog ini hidup kau, bila hidup kau orang baca, orang tau, susahlah jadinya.
asal aku menulis untuk bila tua nanti aku boleh sendiri baca kematangan pemikiran aku dari aku kecik sampai lah aku tua. sebab itu banyak aku tulis psl pendapat dan pemikiran aku. Dan bila baca pasal luahan aku sendiri dan perasaan, bolehlah aku gelak balik bila baca, rasa kebodohan diri sendiri dan tahap kematangan aku masa aku tulis tuh.
seronok menulis, seronok berkongsi. semua seronok.
Jangan penuhkan blog dengan emosi. itu yang aku belajar sekarang. mahu emosi tulis diary, tulis dalam buku, simpan senyap2.
Blog aku tulis ni banyak maksud die yg lain. aku suka tulis sesuatu dengan tak jelas, baru kamu semua berfikir, terfikir. Penafsiran yang berbeza bawak maksud yang berbeza. kalau aku tulis terlampau jelas maksudnya, macam tulis karangan darjah satu pulak, tak seronok.
apa-apa, teruskan membaca,
Read more...








