perkara gadis lihat
Definisi cool itu mungkin berbeza-beza bagi setiap orang. Ia sellaunya berbeza mengikut peringkat umur. Dari zaman masa kecil-kecil mahu jadi raksasa kerana boleh hancurkan bangunan, kemudian main gitar dan menulis blog sudah menjadi cool bila usia sudah remaja.
Kemudian bila tua duit menentukan tahap cool anda. kemudahan-kemudahan seperti rumah atau bilik yang boleh bawak balik perempuan setiap masa dan sesuka hati dan juga kereta yang laju dipandang waktu remaja.
Mahu seronok katanya.
Gadis-gadis seeprti biasa memandang perkara yang cool dalam lelaki. ia berbeza mengikut peringkat umur. Bagi umur aku seperti sekarang ini. Gadis-gadisan memandang wang dan kemudahan-kemudahan seperti di atas yang aku sebut dan bukan lagi perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka. Tidak kira jika lelaki mereka tokey ganja sekalipon, mereka tetap akan suka.
Jadi untuk umur seperti aku sekarang, tidak kira betapa baik, lemah lembut dan penyabarnya kamu. Tiada gadis yang mahu.
Itu mungkin pada masa gadis tersebut berumur 19-23 tahun. Tapi mari lihat jika umur mereka sudah beralih kepada 25 tahun dan ke atas, yang mana mereka dalam kepala cuma ada kahwin.
Adakah yang dilihat tadi perkara kemudahan-kemudahan tadi yang dipandang?
Pastinya perkara yang dilihat yang paling utama ialah wang, dan perangai. Kemudahan-kemudahan tadi cuma perkara yang sementara semasa kamu masih tidak matang dan kamu cuma anggap perkara itu sebagai cool pada usia kau sekarang.
orang memilih, adalah kerana perkara yang bakal berlaku di masa hadapan. jika tidak, orang tak akan kisah pon dengan pilihan.
Semoga apa yang aku tulis memberi panduan.