Ini entri paling terlahanat
Sebab entri ini ialah paling lahanat ialah ia cuma berkaitan apa yang aku rasa sahaja, yang mana aku tau kamu akan begitu bosan untuk membaca lalu tidak memberikan sebarang carutan balas.
Aku juga perasan belakangan ini komen di blog ini makin berkurangan, aku faham sebab kamu semua dah bosan bila aku tulis-tulis perkara macam ni. Aku sendiri pon bosan jugak sebenarnya. Tapi pengakhirannya ini ialah blog aku yang mana aku akan tulis segalanya supaya aku boleh baca kelak.
Jadi, maaf.
Aku sebenarnya agak terasa kecewa bila ada orang cakap bila dia kenal aku berbeza betul dengan apa yang dia kenal aku melalui blog. Mungkin cara aku cakap sama dengan gaya penulisan aku, tapi isinya berbeza.
Aku cuma rasa, sebab orang begitu tak kenal aku sebelum aku mula menulis, jadi mungkin kurang nampak bagaimana perangai aku sebenarnya. Sebenarnya sama je.
Begini,
Sebenarnya kau cuma terfikir pasal orang tersebut, tidak kiralah benda yang kau fikir itu benda yang gembira-gembira, atau benda yang menyakitkan hati. Akhirnya kau cuma fikir pasal orang tersebut.