kehebatan rokok
aku tulis ni sebab aku baca entri dari kelam rider.Cerita pasal rokok. aku kasi komen dan ingin tulis disini juga. Walaupun kelihatan macam ambil komen aku kat tempat orang dan tulis kat blog sendiri macam sesuatu yang loser. tapi bagi aku point aku untuk dia menarik.
Dan patut tahu aku bukanlah seorang yang heavy smoker. atau bahasa melayunya perokok tegar. Aku jenis perokok biasa-biasa yang kacak seperti perokok lain. Sesiapa yang memang baca blog aku dari dulu aku ada tulis pasal adab merokok di sini.
Apa yang membuatkan aku tulis tajuknya kehebatan rokok?
Mari kita lihat ejaan rokok itu sendiri. 'rOKOK'. Ada dua huruf ok yang diulang-ulang. Jelas menunjukkan betapa anda akan gembira dan tenang selepas menghisap rokok.
Bila anda stress, bak kata kata kelam rider yang bannernya ada gambar beliau tengah tunjuk isyarat lucah tu.( Tak salah aku budak ni baru 17 tahun, banner sudah itu macam.) Dia cakap rokok ni boleh hilangkan stress. Jadi aku kasi tahu logiknya.
Bila anda stress, anda perlu untuk OK. Kalau setakat OK, banyak lagi benda lain boleh buat kau OK seperti main game atau baca blog aku. Tapi rokok mampu memberi sensasi yang lain. Dia boleh buat kau OK dan lebih OK. Sebab ia ada dua huruf OK kan?
Jadi, mula-mula kau akan rasa OK, kemudian OK itu akan ditambah dan mungkin kau akan rasa gembira pula. Hebat tak? Seni betul rokok tu.
Hebatkan rOKOK? dua kali OK.
Lebih OK dari setakat OK.