idea tentang spoiler dan lain lain
1. Mula-mula perlu diingatkan aku bukan seorang yang tahu tentang ekonomi. Jadi bagi kamu yang membaca yang sangat hebat tentang ekonomi sila tolong jawab persoalan aku. Sebab malas pula aku mahu cari jawapan dalam buku, sebab aku tak minat ekonomi tapi terfikir sahaja.
ok,
Duit malaysia, iaitu duit kertas kita yang kita pegang atau simpan dalam dompet itu pastinya dikeluarkan oleh bank negara Malaysia bukan? Jadi tak bolehke kalau kerajaan Malaysia ini cop sahaja duit banyak-banyak dan bahagikan kepada orang semua. Kalau begitu takde lah projek yang tergendala atau orang-orang miskin.
Sebagai contoh ada projek pembinaan jambatan, tapi kerajaan tak cukup duit. Jadi buat sahaja duit 5 juta dan buat.
Kira tipu lah, konon malaysia nak beli kapal terbang dari singapura, buat duit 8 juta, pastu beli.
Siapa yang kawal berapa banyak duit boleh buat? tempat buat duit pasti ada pekerjanya kan? Maknanya hari-hari buat duit lah? Jadi asal tak boleh buat duit banyak?
Aku tau soalan aku kelihatan bodoh, tapi aku cuma tertanya-tanya sahaja.
2. Selalunya sebelum kita beli buku kita akan lihat belakngnya bukan? mahu lihat spoiler. Mahu tahu serba sikit jalan cerita. Jadi apa kata buat spoiler yang lebih kurang begini,
" Buku yang sungguh tidak bermakna ini hanya akan membazirkan duit anda sahaja kalau anda membelinya. Penulis buku ini lebih banyak menceritakan tentang dirinya sendiri dari membincangkan hal yang penting. Buku ini sepatutnya dibakar. Tolong jangan beli, tolong jangan baca. Jika anda menjumpai buku ini di kedai buku dan ianya dibalut dengan plastik, pergi minta tolong pekerja bukakan plastik ini dan buka mukasurat 34.
Maaf ayat aku di atas tak menerujakan, tapi apa yang aku mahu cakap ialah spoiler di belakang buku mempunyai ayat yang beritahu konon buku tu tak bagus lansung. Jadi orang macam tertanya-tanya lah konon.
dan tentang mukasurat 34 itu, cadangan aku ialah tidak ada mukasurat 34, kiranya selepas muka surat 33 terus mukasurat 35.
Atau mungkin mukasurat 34 ada di belakang sekali, atau mungkin ada mukasurat 34 tetapi muka surat itu macam dilubangkan ditengah tengah ataupun di perkataan-perkataan tertentu yang akan membuatkan pembaca teka sendiri apa perkataan yang paling sesuai letak kat situ.
konon nak tunjuk nampak peliklah.
bodoh je..