Maaf ya, entri ini agak panjang. sama panjangnya dengan tempoh masa aku membuang air besar tadi, memikirkan pasal benda ini. selepas keluar dari tandas, terus baring, dan menulis benda ini. jadi tajuknya penulisan sejurus membuang tahi. isinya mungkin sedikit bersepah.maaf.
1. aku tengok, pelajar luar negara ni dia outspoken, suka nak betul, susah mengaku salah, cakap direct. Bila keluar ke kota kuala lumpur pon, foreigner-foreigner ni semua kalau nampak dan tengok, diorang nie macam ada satu macam perangai. Apa yang membuatkan diorang jadi macam tu. Darahnya ke?sistem pendidikannya ke?kerajaan ke?Atau bulunya?oh. sedikit racist. maaf foreigner.Jika anda tahu bahasa melayu.
2. Melayu ini selalunya yang senyap, lemah lembut, sedikit lambat, tidak agresif, bersifat berserah dan segalnya yang perlahan. Bagaimana agaknya jika satu dunia ini perangai macam melayu? Aku rasa pasti tiada perang, tiada penjajahan. tapi mungkin banyak negara yang jual tanah kepada negara lain kerana mahu kaya cepat.
3. Dahulu, isu melayu ini sebagai sesuatu yang sensitif,tidak boleh disebut selalu, sebenarnya malu dengan kelemahan sendiri. Hatta, melayu minimalis pon menggunakan perkataan minimalis di akhir perkataan melayu untuk menunjukkan betapa beliau kurang kemelayuannya. Siapa lagi yang malu mengaku melayu? aku pasti ramai. sila sedar, sifat malu menjadi melayu itu adalah sifat teratas dalam senarai kebodohan seorang melayu.
4. Siapa cakap kat aku ntah aku tak ingat. Cara paling mudah membuang budaya, sifat semulajadi satu bangsa itu mudah. Bunuh sahaja semua dan bina bangsa melayu yang baru. Mudah betul.
5. Aku tak malu menjadi melayu. Malah aku suka bercakap bahasa melayu. Aku suka dengan budayanya, sifat lemah lembutnya. ok. itu yang baik. yang buruk tu aku tak suka la.
5. Lihat betapa konsep siapa kuat dia menang mempengaruhi pemikiran semua. Orang melayu yang malas mahu cakap banyak, lemah lembut dianggap bangsa lemah. Kerana melayu tidak melawan, tidak agresif, tidak suka menakluk orang lain. Kita dianggap lemah.
6. tapi mengapa kita tak membangun? biar aku jelaskan, membangun itu bagi aku bukanlah hanya aspek fizikal, bangunan tinggi-tinggi, ibu kota moden gila babi, tapi kalau penduduknya berfikir seperti menggunakan kepala zakar tidak guna jugak. Lihat new york, nampak gah. Isinya hancur.
7. Kita dicanangkan dengan pembangunan dari segi fizikal, dari segi wang, ekonomi. Sifat melayu dengki satu sama lain bukan sebab apa pon. Selalunya sebab harta, cemburu orang lain dapat harta lebih. dapat pangkat lebih. sebab kita dah diajar, dari sekolah, siapa yang kuat, siapa yang kaya, die pemenang. siapa yang tak mahu menang?
8. Ketamadunan china, yang paling tua sekali. Adakah sistem kapitalis digunakan masa itu? tamadun islam pon tak macam tu. Semua orang dapat hak masing-masing. Konsep kapitalis ni betul-betul menghancurkan dunia. Bila menjadikan wang sebagai objektif utama sesebuah negara, bukan pembangunan insan. Percayalah, dengan pembangunan sosial, barulah fizikal itu berkembang. Seperti tamadun islam lah.
9. akhirnya melayu, aku tak percaya malaysia akan maju semaju Jepun dan rakyatnya sehebat cina atau jepun. Tapi cukuplah dengan melayu itu sendiri aman.
Read more...