27.1.11

Lama tidak menulis

Sebenarnya aku lama gila tak menulis kan? aku rasa lama gila babi.

Dulu masa aku baru-baru tulis blog. Kononnya aku rasa aku sangat hebat menulis. Aku rasa idea aku takkan kering. Masa itu aku tulis pasal isu semasa, benda-benda bodoh yang bangang. Isu lelaki perempuan. MAsa itu tiada siri motivasi lagi. Sebab siri motivasi baru-baru sahaja semasa aku mengalami banyak betul masalah.

Aku rindu zaman aku suka tulis dulu. Akukopi ini kononnya macam blog yang bagus. Sekarang ini macam bodoh. Penulisnya sahaja sudah tiada idea. Penulisnya sahaja sudah tidak terurus rambutnya dan mukanya. Penulisnya sahaja sudah sibuk betul dengan urusan lain selain menguruskan blog.

Aku fikir-fikir sebab apa.

Salah satu sebabnya ialah bagi aku ialah pasal aku tiada masa. Masa aku weekend sibuk dengan menjadi jurugambar murahan. Selepas itu kalau Nabila Farhana yang dirindui sangat sekarang ini pulang, aku akan keluar dengan dia.

Masa-masa lain aku ke kelas, ke perpustakaan dan beribadah.

Kemudian lagi satu permasalahan ialah aku tiada idea. Sumpah kering. Aku mungkin masih boleh keluar dengan teori-teori bangang yang tidak masuk akal kalau dengan kawan-kawan aku. Tapi perkara-perkara macam itu kadang-kadang aku lupa untuk tulis. Lebih gemar bercakap sahaja.

Aku mungkin malas menulis pasal politik yang aku benci, atau isu-isu semasa pasal rokok naik harga lagi(babi). Atau pasal benda yang kau boleh baca di suratkhabar kemudian aku komen.

Sebenarnya aku rindu betul menulis. Aku rindu betul menulis benda tidak masuk akal. Benda yang boleh buat kau gelak. Benda yang boleh buat kau rasa apa yang aku rasa.



Read more...

21.1.11

sikit pasal sabar

Sabar ini mahal.

Perasaan dia macam meluap-luap dalam hati. kan?

Kadang-kadang kau pelik apesal kau sabar padahal kau boleh marah je.

Ia boleh jadi kerana bila kau hilang sabar meletupnya bukan main dasyat.

Atau mungkin kau sabar sebab bila kau marah, kau balik yang kena marah.



Read more...

18.1.11

sikit pasal marah

Marah bagi aku terbahagi kepada dua. SAtunya marah yang bising dan satu lagi marah yang senyap. Tiada orang yang ada spesifk marah. Maknanya tiada orang yang seorang yang cuma marah dengan bising atau marah secara senyap. Ia berubah-ubah ikut keadaan.

Sama ada kita marah jenis bising, atau kita marah jenis senyap, yang mempengaruhi cara kita marah ialah orang yang buat kita marah.

Marah yang bising boleh jadi sebagai marah yang mengamuk, berleter, menjerit atau menghempas barang. Marah yang senyap ialah senyap. Tidak mahu cakap apa-apa dan pendam sahaja dalam hati.

MArah yang bising ini datang bila perasaan marah ini datang terus ke arah hati. Atau dengan kata lainnya perasaan sakit hati. Panas hati. Contohnya bila marah itu disebabkan oleh perasaan jengkel. Kita akan rasa sakit hati. Contohnya bila orangyang buat kita marah itu tak faham bahasa. Sebagai contoh budak sekolah yang tak faham bahasa. Kalau marah secara senyap. Memang tak boleh. Perlu marah dengan berleter pula.

Kemudian budak itu kurang ajar pula. Perlu marah dengan menempeleng kepala budak itu pula. Takkan mahu senyap je kan?

JAdi itu marah yang bising.

Marah yang jenis senyap bila perkara yang buat kita marah itu datang terus ke otak. Ia membuatkan kita fikir. Tapi pada masa yang sama kita rasa marah. Contohnya bila kita kena tipu, gadis/lelaki kita main lelaki lain atau sebagainya.

PErkara-perkara yang kita tak tau nak marah bagaimana. Jadi kita senyap sahaja.

Sebab lelaki tak banyak hati, banyak otak. JAdi mereka lebih cenderung untuk marah cara senyap. Banyak perempuan kurang otak, banyak hati. JAdi mereka suka marah secara bising.

Tapi ada juga lelaki yang suka marah cara bising. Sebab yang perempuan itu betul-betul "mengusik" hati.

oh..

Ada lagi satu jenis marah iaitu marah yang ketawa. Bila yang membuat marah itu terlampau bodoh.



Read more...

17.1.11

hitam putih


DSC_0628


DSC_0596

DSC_0406



benda asalnya tiada warna. Matahari yang beri ia warna

http://hafizudinhamdan.com/blog



Read more...

10.1.11

bila benda lain dah tak penting

kau tau, akan ada satu masa, kau rasa benda semua dah tak penting. Setakat facebook, twitter, blackberry atau macbook kau semua kau rasa takde pon takpe.

Time yang kau rasa macam kau hanya perlu ada orang yang paling penting je.

sekurang-kurangnya tu yang aku rasa sekarang.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP