30.9.10

perkara gadis lihat

Definisi cool itu mungkin berbeza-beza bagi setiap orang. Ia sellaunya berbeza mengikut peringkat umur. Dari zaman masa kecil-kecil mahu jadi raksasa kerana boleh hancurkan bangunan, kemudian main gitar dan menulis blog sudah menjadi cool bila usia sudah remaja.

Kemudian bila tua duit menentukan tahap cool anda. kemudahan-kemudahan seperti rumah atau bilik yang boleh bawak balik perempuan setiap masa dan sesuka hati dan juga kereta yang laju dipandang waktu remaja.

Mahu seronok katanya.

Gadis-gadis seeprti biasa memandang perkara yang cool dalam lelaki. ia berbeza mengikut peringkat umur. Bagi umur aku seperti sekarang ini. Gadis-gadisan memandang wang dan kemudahan-kemudahan seperti di atas yang aku sebut dan bukan lagi perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka. Tidak kira jika lelaki mereka tokey ganja sekalipon, mereka tetap akan suka.

Jadi untuk umur seperti aku sekarang, tidak kira betapa baik, lemah lembut dan penyabarnya kamu. Tiada gadis yang mahu.

Itu mungkin pada masa gadis tersebut berumur 19-23 tahun. Tapi mari lihat jika umur mereka sudah beralih kepada 25 tahun dan ke atas, yang mana mereka dalam kepala cuma ada kahwin.

Adakah yang dilihat tadi perkara kemudahan-kemudahan tadi yang dipandang?

Pastinya perkara yang dilihat yang paling utama ialah wang, dan perangai. Kemudahan-kemudahan tadi cuma perkara yang sementara semasa kamu masih tidak matang dan kamu cuma anggap perkara itu sebagai cool pada usia kau sekarang.

orang memilih, adalah kerana perkara yang bakal berlaku di masa hadapan. jika tidak, orang tak akan kisah pon dengan pilihan.

Semoga apa yang aku tulis memberi panduan.



Read more...

29.9.10

di kelas AutoCAD 3D

kelas autocad 3d ini merupakan subjek yang aku patut ambil sejak dari 1st year.tapi aku baru ambil sekarang. Sehingga subjek ni dah dimansuhkan pon dari silibus. Aku terpaksa ambil bersama budak landscape.

Sekarang aku dalam kelas AutoCAD 3D,

sekarang bro hafnizam sedang ajar nak pakai 3ds MAX. Aku suka tengok benda-benda 3d ada macam wireframe. Rasa canggih.

Aku sebenarnya tak guna pon 3D max ni. Tak pernah berminat pon.

Tadi hantar assignment, buat gazebo. Aku copy paste daus punya. Aku hantar selamba je. Tak kantoi pon.

Tadi kuiz research method. Aku tiru zahrin, zahrin tiru notes, siap pakai google nak jawab.

Aku dah cakap. Semester ni memang paling terbaik.

Jadi, inilah nota aku di kelas AutoCAD 3D pada hari Rabu petang.



Read more...

22.9.10

hari ini48 : Hari ini hari jadi

Hari ini, 23 september ialah hari jadi aku. Kira dalam bahasa lainnya masa hari ini pada tahun 1987 aku lahir lah.

Kalau kau biasa tengok aku hari-hari, sebenarnya sekarang aku rasa fizikal aku paling jahanam sekali.

Jahanam sebab aku rasa muka aku macam gelap, bibir makin hitam dan kering , badan makin kurus, bulu makin banyak dan rambut macam helmet. Senang cakap, memang tiada gadis yang berselera dengna aku sekarang. Kalau dulu tak selerea. sekarang lagi tak selera.

Jadi azam aku untuk hari jadi aku kali ini ialah untuk menjaga kesihatan.

Aku nak kurangkan minum kopi kepada satu cawan satu hari. Sebab kalau dulu adalah lebih kurang 5-6 gelas satu hari, lepastu kurang pulak tu minum air masak.

Jadi sekarang aku dah ada botol air dalam bilik, hari-hari habiskan sekurangnya satu botol air masak, kopi pon minum waktu pagi sahaja.

Rokok pulak aku aku nak kurangkan sekotak dalam masa 24 jam. Kalau tak dulu 2 kotak. Dan waktu ada masalah, sebatang setiap 15 minit. Macam hari ini dan semalam, aku punya rokok tak habis-habis lagi. Hebat kan?

azam aku sebelum puasa ialah untuk belajar bersungguh-sungguh, jadi mula dari puasa hari tu, setiap hari jumaat dan isnin, aku akan ke library untuk membaca. Hampir apa-apa sahaja buku aku baca. Jadi perkara tu aku akan teruskan.

Antara azam-azam aku ni aku rasa, azam aku yang paling bodoh ialah aku membuat keputusan untuk tunggu.

Selamat hari jadi kepada aku dan kepada orang yang hari jadinya sama pada hari ini, semoga murah rezeki, panjang umur dan mudah dalam segala hal.

Selamat,



Read more...

19.9.10

silap langkah sikit

hari ni aku balik uia..malasnya. kerja sekolah banyak.

Kau pernah tak rasa "kalaulah'?

kiranya, kalaulah aku datang awal sikit, kalaulah aku boleh tahan lama sikit, kalaulah aku cakap begini atau begitu.

Sebab kadang-kadang, kesilapan sikit sahaja, cuma tersilap sebab tak datang awal, semua perkara sudah jadi lain. Kadang-kadang silap yang kalaulah itu sehingga bertahun-tahun lamanya.

kan?

tapi orang cakap, sebut kalaulah tu tak baik. Macam orang yang tak boleh terima hakikat. Tak nak fikir sebelum buat. Tak baik. jangan sebut.

Semoga yang terbaik untuk aku, untuk kau, dan untuk semua orang yang berdekatan aku.



Read more...

17.9.10

Untuk orang menunggu

Ada satu perkara ini yang dibuat tanpa disedari, iaitu menunggu. Menunggu ini seperti berjudi. Kira, kalau ok, jalan. Kalau tak ok, terpaksa biarkan sahaja. Itu maksud menunggu. Atau lebih tepat lagi, menunggu orang kita mahu, bukan menunggu air masak atau pon menunggu bus.

Dalam proses penungguan ini, perlulah kau untuk menahan rasa sakit hati, tidak boleh marah, tidak boleh biar sahaja sebab nanti takut lari, perlu banyak sabar. Paling penting, perlu asli. Hati yang betul-betul asli. Tidak berbelah bahagi.

Kita tunggu, kerana kita rasa berbaloi. Benda berbaloi selalunya memang payah mahu dapat kan? Tapi bila dapat, kita mahu jaga betul-betul. Itu kira macam habuan lah atas sebab menunggu.

Tapi perlu tahu, orang yang ditunggu tidak boleh tahu, sebab nanti dia tahu ada orang yang sentiasa tunggu dia, jadi dia akan macam sambil lewa. Tanpa fikir apa-apa. Buat sahaja ikut suka hati mak bapak beliau. Jadi lebih memeritkan orang yang menunggu.

Tapi kalau kau tunggu, dan akhirnya datang-datang balik, masa itu kena terima. Apa sahaja sudah jadi, tangan sudah hilang ke, kaki sudah kudung ke, rambut sudah botak ka, atau buah dada menjadi kecil. Itu semua kau kena terima.

Sebab konon kata hati kau hati asli kan? Jadi bila apa-apa jadi, terima sahaja.

Ia bukan menjadi bodoh, tapi cuma terlampau asli.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP