30.5.10

Hari ini 42 : Perasaan kejatuhan



Aku rasa semua orang pernah rasa satu benda yang kita lebih kenali dengan nama kejatuhan atau orang putih cakap dan banyak orang melayu guna sebagai 'down'. Rasa 'down', rasa macam 'down',kene kutuk lepastu rasa'down', konek 'down' dan macam-macam lagi yang boleh digunakan untuk 'down'.

Aku sekarang sedang mengalami perasaan kejatuhan, yang mana banyak dipengaruhi oleh kamera aku yang rosak. Bodoh. Semalam aku tengah amik gambar orang bertunang, dia rosak. Tangan aku menggigil-gigil tak tahu nak buat apa. Semua benda aku cuba, off-on, cabut bateri, pasang balik, bukak lense, tukar lense, ketuk-ketuk, semua tak jadi. Atas jasa baik ada sorng budak ni, dia kasi aku pinjam kamera dia, terima kasih banyak.

Aku tak tahu apesal, sejak belakangan ni otak aku macam tak boleh nak keluar apa-apa lagi, nilai kritik yang makin merudum, aku tak dapat melihat sekeliling dengan perspektif berbeza, kurang opinion bercakap pon kurang teratur dan mungkin kerana hati menjadi kurang sensitif.

Tengok, sekarang tulis pon jadi entah ape ape.

atau mungkin perlu berehat kejap.

Kena balik melaka la minggu ni.



Read more...

29.5.10

perkara klise filem

1. Hadiah besday aku, budak band aku kasi
2. Duduk atas kerusi beranyam
3. Hisap rokok sambil makan tat telur sambil minum kopi
4. Patung berambut besar.
5. Pavilion orang ramai macam sial.


Semalam aku tengok prince of persia. Bagi aku seronok, tidak banyak beza dari gamenya. Dari segi kerja kameranya, dan cara dia melompat-lompat dan juga jalan cerita.

Princess Tamina yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat cute dan hot dalam cerita tu betul-betul buat aku teruja. haha. Cute dan hot pada masa yang sama. Gilalah.dan membuatkan aku nak tengok lagi sekali.

Jadi aku tiba-tiba ingin cakap pasal perkara biasa dalam filem

1. Perkara biasa dalam filem ialah ada satu watak yang aku panggil sebagai watak tempelan yang akan menjadi bahan lawak. Kira, fungsinya cuma untuk mengelak penonton menjadi bosan disebalik cerita yang serius. Jadi akan dicipta satu watak yang fungsinya cuma untuk buat orang gelak sahaja.

2. Perkara detail paling penting dalam filem ialah bunyi, bunyi berjalan, bunyik tutup pintu, bunyi tembak, bunyi pegang pistol, bunyi bercakap dengan dekat, bercakap bila jauh, dan perkara ini filem malaysia paling lemah sekali. Dengan bunyi akan membuatkan penonton lebih feel sebenarnya, sedetail-detail yang boleh.

3. Apa lagi?

Sebenarnya aku sekarang sedang memikirkan idea untuk buat short filem yang seterusnya selepas short filem pertama aku, sempat telah kalah dalam pertandingan yang 15malaysia, p1w1max.

Jadi aku sekarang ni ingin cuba untuk short filem kedua. Tapi sekarang otak lembab lah. Idea tarak mahu klua. Argh!.




Read more...

27.5.10

siapa pegi youth '10 dia bodo

seperti biasa tajuk tiada kena mengena lansung dengan apa yang aku akan tulis.
tapi mungkin tajuknya hanya untuk beritahu yang aku sebenarnya terasa macam nak pergi juga tengok-tengok apa ada disana, tapi disebabkan pastinya aku ada hal lain, yang pastinya lebih penting, kemungkinan aku tak pergi. Tapi kalau pergi pon sorang-sorang, gila bodoh. Jadi aku umumkan siapa pegi youth '10 dia bodo. haha.


Sudah alang-alang kita di topik remaja, biar aku cakap sikit pasal remaja dan aku lebih gemar gelar sebagai orang sekarang. Sebab remaja bunyinya macam geli dan terlampau buku teks.

Orang-orang sekarang ini pastinya mewajibkan diri mereka untuk mempunyai Facebook. Dan juga ada yang ada blog, dan sekarang seperti hangat ialah Formspring yang bodo tapi seronok untuk menghilangkan kebosanan.

Orang sperti aku yang menulis blog, dan aku rasa seperti pembaca aku yang aku sayangi ini macam terlampau kenal aku pula yang akhirnya aku mengambil keputusan untuk kurang cerita hal berkaitan aku atau yang berkaitan disini. Kerana mengakibatkan orang-orang disekeliling aku tak semena-mena terlibat sama.

Kerana ia boleh jadi menjengkelkan.

Cerita pasal menjengkelkan, aku terfikir semasa aku menulis ini tentang beberapa perkara yang menjengkelkan.

1. Orang yang suka merenung orang lain.
2. Orang yang suka berdengus dan tidak duduk diam ketika di masjid.
3. Orang yang berborak dengan aku dan menceritakan benda yang sama berulang-ulang kali.
4. Mat rempit yang cakap kuat gila babi.
5. Orang yang beratur di belakang aku terlampau dekat jaraknya, kemudian berdengus-dengus pula. Terutamanya masa beli tiket naik tren ataupon beli tiket wayang.

Cerita pasal wayang pula aku teringat,

Aku nak tengok prince of persia. Sebab dulu aku main game dia, sekarang cerita dia sudah keluar. Gadis dalam tu pon macam hot. Harap berbaloi.

Sekarang aku tulis blog dah macam makcik-makcik, cerita tukar-tukar.



Read more...

26.5.10

harap ini bukan pesan terakhir 7

1. Sekarang ini untuk pengetahuan kau, aku sedang menjalani praktikal.

2. Aku perasan patutlah orang cakap betapa masa belajar paling seronok sekali. terutamanya semasa universti. Memang kerja memenatkan. dan membosankan yang paling utama.

3. Akhirnya kau bekerja bagi aku semata-mata untuk memuaskan hati orang lain, macam aku buat drawing banyak kali, semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Tapi aku tak kisah pon, penat sikit lah.

4. Semasa bekerja yang memberi motivasi cuma wang dan komitmen. atau mungkin awek comel di tempat kerja, haha.

5. Aku juga belajar kepentingan berpura-pura. Kau perlu berpura-pura sekali sekala semata-mata untuk menjaga hati, mengelakkan pergaduhan dan mengekalkan keharmonian.

6. Aku juga belajar kepentingan satu benda yang digelar x-factor. Benda ini ialah memastikan diri kau penting. x-factor ini ialah bagi aku macma benda yang kau sorang je boleh buat. Contohnya sperti kau sorang je yang tau betulkan tombol pintu, kau sorang je yang tau macam mana nak letupkan bangunan.

Jadi ini membuatkan kau penting, tak kiralah walau benda itu benda-benda bodoh. sekurang-kurangnya kau rasa penting dan berguna.

7. Aku juga belajar kepentingan untuk tidak mementingkan diri sendiri, sebab kau tak pernah tau apa orang cakap belakang kau, disebabkan ramai orang suka berpura bukan?

8. -

9. Kepada rakan sejawatan aku, satu studio dengan aku, aku tau, yang korang pon sebenarnya tak sabar nak abiskan praktikal ni. WARF!!



Read more...

24.5.10

Sikit pasal strategi

Kali ini aku ingin cerita pasal strategi,tentang pelbagai perkara. aku tau tajuknya sedikit macam entah apa-apa. Tapi ini selalu strategi atau cara yang aku gunakan. Tapi mungkin banyak yang aku terlupa, tapi ini antara yang aku teringat lah agaknya.

1. Menulis blog

a. Masa untuk update ialah penting. Tapi jangan bodoh-bodoh saja sukahati update. Dalam 2-3 hari sekali, update. Masa untuk update juga penting. Entri kamu yang kamu rasa berkesan, update lah paa hari ahad malam. Entri yang tidak penting dan saja-saja mahu update, updatelah pada jumaat malam.

b. Sebab pada hari isnin pagi kebanyakan orang baru akan online di pejabat, bukak-bukak blog orang, baca-baca. Hari sabtu dan ahad orang malas nak online. Semua mahu keluar jalan-jalan, nak on computer pon malas.


2. Mengenai ambil gambar

a. Sebelum ambil gambar sebolehnya bermesra-mesra dengan orang yang kamu ingin ambil gamabr tu. Paling bodoh pon add di facebook. dan ayat paling penting sekali ialah, "Rasa tak sabar pulak nak ambil gambar korang esok.huhu. Sedikit excited". Tapi paling penting janganlah nampak fake. Tapi aku memang selalu teruja ambil gamabr orang. Jadi tiada begitu masalah.

b. Semasa sesi ambil gambar, paling penting untuk kamu mempunyai sedikit deria kelakar(sense of homour). Supaya orang yang diambil gambar tergelak-gelak dan tidak malu untuk membuuat benda-benda tidak masuk akal. Penting untuk kamu menonjolkan sifat mereka.

c. Masa itu kamu snap-snap lah. Tunggu apa lagi?

d. Selepas itu, bila update di photoblog kamu sebagai promosi. Pilih gambar. Jangan main sebat je letak.

3. Dalam menipu

a. Pastikan kamu rancang penipuan kamu dengan baik, kalau boleh mulakan seminggu lebih awal dari tarikh penipuan sebenar. Sebagai contoh kau nak mintak cuti dari bos kau tapi sellaunya susah.

b. Mulakan dari seminggu sebelum tu, cakap yang kononnya kawan kau sakit. Lepastu kau buat tak tau jelah.

c. Dan sampai hari yang kau ingin cuti tuh, cuma cakap, kawan kau dah mati. yang sakit hari tu. Contoh jelah. Lebih kurang lah. Pandai-pandai lah tukar cerita.

4. Dalam menjadi hensem

a. Aku rasa aku pernah cakap ni. Aku tak ingat.

b. Cara paling mudah jadi hensem ialah dengan menjadi buruk selama lebih kurang sebulan atau lebih, kemudian tiba-tiba kau shave misai dan janggut, pakai smart-smart. Mesti smeua orang cakap kau hensem. Tadaa!! kau dah jadi hensem.

5. dalam menjawab soalan di formspring.

a. Tiada strategi mengenai ini. Siapalah yang bodoh tanya soalan lucah dekat aku. haha. lawak gila lah.


ok,

itu sahaja. Sekarang, tanpa melengah masa lagi.

sampai ke motif sebenar aku update hari ini.

ayuh ke ruangan sukasukaphoto. YIEHAA!!(baca sambil menjerit ala-ala cowboy)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan SUKASUKAPHOTO,

Gambar konvokesyen dan juga gambar couple sekali. Sesi bergambar yang seronok!

DSC_0132

akukopi2

akukopi1

DSC_0046


DSC_0018

Serius, WAJIB TENGOK!!!! di sukasukaphoto.

semua amik pakai kamera d40x edit pakai photoshop+aperture



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP