27.2.10

ingatan ku yang pendek



sila baca dengan laju dan kelam kabut..

hai semua..ni akak nak report sikit ni...itu hari ada satu kumpulan ni nama my short term memory..ntahhapehape je nama dowang kan??euuwww..geli akak..ada ke bagi nama kumpulan ingatan pndek??bodoh betul diorang ni..karang nanti betul-betul pendek nanti kowang baru tahu..belajar tinggi-tinggi nak akal pendek pulak..eh silap..ingatan pendek..apelah akak ni..akak pon sama bodowh.

dowang haritu main di lepaq cafe..lepaq la kononnya..padahal duduk dibawah je..sakit bontot akak ni haa..sorang gitaristnya tkade..pegi sarawak katanya konon..iye lah tu pegi sarawak..ntah-ntah takut main akustik ye dik oiii!!..tak reti main cakap ajelah tak reti main..ini nak sorok sorok pulak..sekali akak zasss!!! baru tau..

dahla kowang ni semua..layan lagu dowang ni..orang cakap best..akak dengar biasa je..macam bunyi bunyi kentut ada jugak..kawan kawan wartawan akak yang sama loghat dan tukar jantina ni pon semua bersetuju dengan akak..dahla lemah ingatan..lagu tahap bontot..

sempat lagi dowang promote kat akak..kalau nak beli cd bayar RM10..ahh!!!..tak kuasa aku..dahla lagu tak sedap..ada hati dowang nak jual CD kat akak..kalau dowang ni tahap-tahap artis macam khai AF ataupun siti nurdiana dengan achik spin nak jugak la akak bli..Ini kumpulan ntahhape nak jual cd...Pergilah jahanam!!.


akak jumi : suka juga main gitar..tapi pakai ketiak..


Ini review majalah manja, aku tak tau ape2. serius.



Read more...

23.2.10

Perempuan ini apa?

Mula-mula aku nak beritahu. Promosi paling hensem sudah tamat.

Aku rasa dulu aku pernah cakap pasal menghormti wanita dan betapa wanita sebagai tiang negara. Jadi aku terasa nak cakap lagi pasal peranan wanita tapi dengan isi yang lain.

Wanita ini peranannya sebagai pengimbang bagi kehidupan luar dan di dalam rumah. Kerana rumah ialah tempat dimana keamanan, rasa sayang, dan ketenangan sepatutnya dicapai. Jadi bila orang-orang di dalam rumah itu semua keluar, pastinya akan mengalami pelbagai benda, dan bila mereka balik ke rumah, wanita ini fungsinya akan menjadi pengimbang.

Dengan kewujudan wanita sebagai pengimbang dan lelaki sebagai ketua, maka akan jadilah keluarga yang penuh dengan rasa sayang dan kemudiannya akan wujudlah komuniti yang aman dan damai.

Jadi bila rosak wanita, maka rosaklah sesebuah keluarga itu, dan rosak teruslah sebuah masyarakat. Maka penting untuk lelaki sebagai pengawal dari wanita menjadi rosak.

Wanita ini peranannya lain dengan lelaki dalam menjaga anak. Wanita lebih kepada meluahkan rasa kasih sayang kepada anak dan lelaki selalunya lebih kepada memberi motivasi kepada anak.
Jika diberi rasa kasih sayang dari kecil kepada anak mereka, maka akan mewujudkan generasi yang kurang masalah sosial dan seterusnya memangkin negara.

Maka sebab itulah wanita ini tiang negara.


aku cuma tiba-tiba rindu mak aku.



Read more...

21.2.10

Hari ini 39 : Makan malam berhias

DSC_0128

DSC_0155

DSC_0180

DSC_0184

DSC_0216

DSC_0218



DSC_0227

DSC_0251

DSC_0298

DSC_0304

DSC_0331

DSC_0339

DSC_0345

DSC_0348

DSC_0369

DSC_0375

DSC_0409

DSC_0414

DSC_0451

DSC_0421

Ini baru sikit. Kalau full lagi pelik-pelik pakaian. banyak sangat untuk diupload.



Read more...

17.2.10

Promosi paling hensem

Promosi ini adalah berkaitan dengan ambil gambar outdoor. Dimana saya akan ambil gambar anda secara percuma!!!. Cuma perlu belanja makan dan minum, ambil saya di UIA atau dimana-mana yang saya akan tunggu. Kemudian hantar saya balik.

Gambar-gambar tersebut akan diambil di kota Kuala Lumpur, lebih tertumpu di kawasan bukit bintang. Dan dimana sahaja tempat yang saya suka dan pastinya kamu yang akan membawa saya tanpa saya keluar sesen pon.

Jadi mungkin kita boleh naik tren, jalan-jalan di KL sambil ambil kamu, dan kalau boleh pada waktu petang sampai malam.

Anda cuma layak diambil gambar dalam promosi paling hensem jika:

1. Anda mestilah couple. Kawin atau belum saya tak kisah lansung.
2. Anda mestilah rock. Jangan malu-malu didepan kamera.
3. Mestilah berkenderaan sendiri supaya boleh ambil saya.
4. Saya tanak ambil gambar family untuk promosi paling hensem ini.
5. Anda mestilah berumur 29 tahun ke bawah.

Masa untuk diambil gambar adalah tertakluk kepada diri saya sendiri. Tapi saya akan beritahu seminggu awal.

Oh,

dan hanya satu pasangan sahaja akan dipilih.

Jadi cepat-cepat email saya dan beritahu mengapa anda perlu dipilih untuk diambil gambar. Sertakan sekali gambar kamu dan gambar pasangan kamu dalam email tersebut ke :

akukopikausiapa@gmail.com

Gambar-gambar contoh klik sini

Bila saya dah pilih siapa yang akan diambil gambar untuk promosi paling hensem ni, penyertaan lain semua ditutup.

Tujuan promosi ini dibuat:

Sebab aku sekarang geram nak ambil outdoor couple. Takda orang nak. So, aku kasi free je. Kalau tanak jugak aku tak tau lah.



Read more...

13.2.10

cerita lebih pendek dari cerita pendek

Ali tengok jam. Pukul 9.30 pagi. Janji dengan Zainab nak jumpa dalam lebih kurang pukul 12. Tapi pukul 9.30 Ali dah tunggu bus. Dia cakap, teruja jumpa awek baru. Malam sebelum tu dia dah siap cukur misai, cukur jambang tak berapa nak ada, cabut bulu ketiak mana tahu kalau-kalau tiba-tiba Zainab berhasrat nak tengok bulu ketiak , cukur bulu bawah jugak, mana tahu kalau-kalau..Tiba-tiba.

Bus datang. Ali naik bus. Penuh dengan Indon dan Bangla. Ali fikir, sekarang yang naik bus semua Indon dengan Bangla je. Orang Malaysia kalau takde sebab tak main lah naik pengangkutan awam ni. Lagi baik naik Kancil kata mereka. Kalau budak sekolah takde lesen, naik motor, lepastu jadi mat rempit, lepas jadi mat rempit. Mampos. Kalau hebat sikit bawak Wira modified sampai boleh terbang.

Naik bus sampai Midvalley. Baru pukul 11. Ali tengok keliling penuh pasangan-pasangan yang lelakinya pakai jeans baju masuk dalam dengan perempuannya pakai tudung sepit kat atas dan berskirt labuh. Lepastu ada sikit-sikit budak lepas SPM buat reunion.

Ali tunggu depan kedai Kondom dekat Midvalley. Satu jam. Sampai pukul 12.

Zainab datang. Ali rasa Zainab la paling cantik sekali kat Midvalley. Kalah model depan kotak kondom.

Hari tu Ali fikir nak mintak couple dekat Zainab. Mintak couple ala-ala macam zaman sekolah dulu. Kalau nak couple kena mintak. Mana boleh tiba-tiba ja. Orang panggil kena declare. Ali salahkan zaman sekolah sebab wujudkan benda-benda bangsat macam ni.

Ali mintak. Dia cakap, "jom kita couple" dekat Zainab. Ali rasa bodoh. Sebab dia baru kenal Zainab 2 hari lepas.

Zainab tunduk. Malu, merah. angguk.

Ali suka.

Minggu depannya da keluar video 3gp.



Cerita yang ditulis secara terus-terusan tanpa cadangan jalan cerita dan main tulis.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP