Perbincangan Highway
Mengapa perbincangan highway, kerana disini aku, hanif dan duan gemar duduk dan berbincang benda-benda. Jika anda budak UIA, pastinya anda tahu dimana highway ini.
Semalam berbual dengan hanif dan duan. Seperti biasa, perbualan akan meleret-leret sehingga 3-4 jam. Dari isu gadis plastik sehingga ke isu “mengapa Rasulullah suruh kita menuntut ilmu hingga ke negara china?” Seperti kata hanif, teknologi negara China sudah jauh lebih hebat sebelum Eropah lagi. Atau mungkin bila akhir zaman nanti, China akan menjadi sangat hebat, jauh lebih hebat dari Eropah, Kerana sekarang kita dapat lihat kebangkitan negara china. Tapi akhir zaman nanti Islam akan bangkit bukan? Jadi mungkin Islam akan belajar dari negara china, dan menjadi hebat. Dan akan menjadi seperti ratus ribu tahun dulu dimana Islam dan China 2 kuasa yang yang kuat. Eropah ketinggalan jauh di belakang.
Pasti ada maksud tersirat mengapa nabi Muhammad cakap tuntut ilmu hingga ke negara china itu. Kamu semua ada cadangan? tapi menurut komen-komen yang diterima. hadis ini tak tahu kesahihannya. tapi aku rasa mungkin ia sesuatu yang boleh difikirkan.
Dan ini sedikit perbincangan juga,Jika seorang penyanyi di atas pentas membuka baju dan orang Malaysia semua memaki hamun penyanyi itu. Pasti ada sekumpulan pihak yang akan cakap, “alaaa..dia nyanyi bukak baju je..bukan die masturbate atas stage pon..kalau mat salleh rileks je..baru bukak baju dah kecoh”
Kerana ini apa yang barat telah mempengaruhi aku dan kamu semua. Apa sahaja yang datangnya dari barat itu cool dan hebat dan perlu diikuti.
Baik, kolot dalam konteks yang aku sebutkan ini ialah orang yang masih mengamalkan budaya, masih hormat orang tua, masih menjaga pemakaian, masih menjaga adab dan sebagainya. Bukan kolot pemikiran, kolot pemikiran ialah orang yang aku cakap dalam post aku bertajuk “pemikiran kelas tiga”.
Jika Malaysia ini kolot dengan budayanya, tidakkah kamu rasa itu yang perlu dijaga?
Entri kali ini bosan,
Read more...




