6.3.11

impian saya dalam fotografi

d90>sigma 10-20


Aku betul-betul berminat dalam fashion photography. Bukannya fashion photography macam model-model duduk tepi sungai, berpakaian seksi dan control cahaya dengan sangat perfect.

Aku nak jadi fashion photographer yang buat konsep. Mungkin konsep aku mengarut sikit. Fashion photography yang ala-ala gambar tumblr.

Mungkin sebab itu gambar-gambar potret yang aku buat aku lebih suka simple.Dan begitu mementingkan background. Tanpa angle pelik-pelik. Tanpa kepala terkeluar dari sebatang pokok. Tanpa gambar merenung masa hadapan di tepi jambatan.

ok.

p/s : sekarang kurang idea untuk tulis blog. dah. masuk hafizudinhamdan.com.



Read more...

3.3.11

gambar seketul (16)


update di hafizudinhamdan.com



Read more...

28.2.11

pantang larang bergambar


gambar tiada kena mengena.
http://hafizudinhamdan.com/blog

Tidak kira lah kau ni jurugambar profesional nak mampos ke. Jurugambar for fun macam aku ke. Atau kau tak pandai ambil gambar tapi sebab nak duit kau amik jugak job ke. Atau kau cuma pandai cakap besar pasal apa yang kau pernah buat pung pang pung pang tapi aku tak pernah tengok pon gambar kau ke.Atau kau seorang yang ambil gambar pakai handphone dan kau sangat suka ambil gambar ke.

Kiranya sesiapa sahaja yang pegang kameralah.

Pastinya semua yang disebut diatas mempunya pantang larang yang sama.

Iaitu disuruh buat itu dan ini oleh orang yang tiada kena mengena dengan majlis.

Kalau orang yang diambil gambarnya yang suruh buat itu dan ini perkara biasa lah. Aku pon tak kisah

Tapi bila ada orang lain, maksudnya mungkin orang lalu lalang yang biasa. Tiba-tiba datang dan suruh kau buat macam yang dia nak. Perasaan dia sangat menjengkelkan. Tak selesa. Dan tiba-tiba dia jadi pengarah fotografi pula.

Bukan tidak hormat dengan cadangan orang lain. Kadang-kadang kalau idea baik aku ambil juga. Tapi bagi aku, kalau nak, buatlah sendiri. Bawak kamera sendiri. Ambil gambar. Senang.

Aku tak pernah kisah kalau aku pergi majlis kahwin orang lain dan nampak juragambarnya suruh pengantin buat benda mengarut. Tak pernah pulak aku nak pergi kat fotografer tu dan suruh dia buat macam yang aku nak.

Dah pengantin tu pilih dia. Pastilah ada sebabnya bukan?

Haih.

Sampai tahap aku terpaksa layankan. Sampai orang yang diambil gambar pon rasa jengkel.

Berat kan?




Read more...

24.2.11

sehari di pejabat pos

Setiap minggu aku akan ke post office. Pastinya untuk pos cd klien-klien aku yang disayangi itu. Sampai satu masa aku rasa aku dah obses dengan post office. Aku rasa mereka perlu kan re-branding. Supaya orang boleh obses dengan mereka. Sama macam orang obses dengan 'underground' di London. Orang mahu kumpul barang-barang 'underground'.

Aku rasa macam nak kumpul je kotak post laju dari kotak yang kecik sampai besar untuk buat hiasan. Dan kalau mereka buat kotak tu supaya nampak lebih cantik dan style. Mesti aku dah lama beli dah. Jadi pos malaysia, kamu memerlukan re-branding.

Aku baca "perkhidmatan yang disediakan" hampir setiap kali aku beratur. Aku rasa teruja sebab punya lah banyak perkhidmatan yand disediakan kat pos ofis.

Aku rasa aku dah kenal dah dengan semua pekerja post office kat UIA tu. Selalu aku mesti carik akak hitam manis sebab pos dekat dia murah sikit. Baru 4 ringgit lebih. Dekat brader rambut bajet beckham tu jap lagi kena 6 ringgit.

Masalh mereka ialah servis dia kurang mesra. Jarang senyum, dan kalau cakap dengan foreigner tu lagi macam nak jerit-jerit je.

Jadi sambil beratur aku buat kira-kira.

Aku anggarkan gaji mereka RM1800

Dalam seminggu mereka kerja selama 6 hari, jadi dalam sebulan mereka kerja 24 hari.

Setiap hari mereka kerja 8 jam. Maknanya dalam sebulan mereka kerja 24x8 = 192 jam

Anggaran setiap pelanggan mereka akan layan dalam masa 10 minit. Jadi dalam masa sebulan mereka akan memberi layanan terhadap, (192x60)/10 = 1152 orang.

Jadi, anggaran wang yang mereka terima dari setiap pelanggan ialah, 1800/1152 = RM1.56


Jadi setiap orang yang beratur cuma akan menerima layanan berharga RM1.56. Jadi patutnya post pon seringgit lebih jelah. Letak sampai 5 ringgit apesal?



Read more...

23.2.11

helo, nama saya hafizudin

hai, nama saya hafizudin hamdan. Seorang lelaki. Berumur 24 tahun. Belajar di UIA dalam jurusan perancangan bandar. Saya tinggal di Melaka bandar warisan dunia. Anak terakhir dari empat orang adik beradik.

Hobi saya menulis dan mengambil gambar. Bersiar-siar di taman dan juga melancong antara perkara yang saya buat di waktu kelapangan dan semasa poket berisi duit yang banyak.

Saya seorang yang tidak sensitif, terutamanya pada wanita. Seorang yang logik. Jarang mengambil berat perihal remeh-temeh dan seorang yang simple. Sebab itu saya selalu ditinggalkan oleh gadis kerana kebanyakan masa saya malas layan karenah mereka. Walau bagaimanapun saya mempunyai teman wanita yang memahami sifat saya itu.

Saya seorang yang gemar melepak seorang diri dan saya rasa tiada masalah dengan perkara tersebut. Saya jarang ambil pusing dengan apa orang lain cakap pasal diri saya. Sama ada itu baik atau tidak, selalunya saya buat tak kisah sahaja.

Blog ini ditulis oleh saya sepenuhnya, memaparkan kisah-kisah saya, ataupon mungkin kisah-kisah orang lain yang saya selalu harap ia akan kena pada diri kamu sendiri yang sedang membaca. Tidak senang menulis ini tuan-tuan sekalian. Mungkin dahulu saya menulis dengan pantas, tapi sekarang, sejak sibuk dengan perkara lain. Ia jadi makin sukar.

Jadi, selamat membaca.

sekian terima kasih.



*macam dah lama gila tak tulis blog. Mungkin perlu pengenalan semula.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP