9.12.10

siapa nak kahwin 25 disember ni?

siapa nak kahwin 25 disember ni?

banyak orang email aku tanya free tak 25 disember, malangnya aku sudah dibook. jadi terpaksa ditolak.

Secara tiba-tiba orang yang book itu cancel atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Jadi, sesiapa yang mahu book aku,

aku free 25 disember ni untuk majlis perkahwinan sahaja.

siapa2 nak, sila email aku di

akukopikausiapa(at)gmail.com

terima kasih.



Read more...

8.12.10

gadis dan kekucingan

semalam aku naik lif, ramai gila budak-budak kolej yang tak hot. tak hot lansung.

depan lif ada kucing.

Aku perasan bila sekumpulan gadis, yang tak begitu hot, dan kemudian ada benda yang konon-konon bagi mereka comel, contohnya macam kucing, teddy bear, bayi. Ditambah dengan kewujudan lelaki gagah macam aku di kawasan berhampiran.

Serta merta mereka jadi menggedik, macam caring lebih. Macam tiba-tiba menggedik nak mampos macam aku rasa nak tendang satu persatu. Tiba-tiba mereka rasa kucing tu ialah binatang paling comel sekali dalam dunia, kucing tu lah segalanya, Kucing tu akan mengubah hidup mereka.

Aku gila geli tengok. Geli geleman dan rasa geli hati.

Macam tiba-tiba bercakap macam bercakap dengan bayi kat kucing tu, macam tiba-tiba rasa macam kucing tu comel gila..Padahal aku tengok kucing tu biasa ja. Taklah comel sangat macam yang ditonjolkan.

Padahal kucing tu di hari biasanya, masa gadis tersebut berseorangan dan tidak beramai-ramai, diorang pon buat tak kisah je kat kucing tu.

Tiba-tiba masing-masing nak jadi caring lebih, nak ajak kucing naik lif sekali la apa lancau. Kepala butoh!

pergh!

gedik gila babi!

Tensen gua!



Read more...

6.12.10

hari ini 50 : penat

pakai canon 5d Mark II..ehem.wahahahahahaha


kau tau, aku penat gila babi.

Aku punya tidur tak begitu betul sekarang ni. Takkan lah jet lag tak abis-abis lagi.

Jumaat itu hari aku ke pontian untuk amik gambar wedding, on the way ke pontian tayar kereta aku boleh pecah pulak. Tengahari panas buta aku tukar tayar tepi highway kat pedas-linggi. Lepastu singgah di melaka untuk jumpa bapak aku, petang sikit gerak ke pontian terus. Sampai sana aku lepak-lepak dengan family Azmir, memang cool family diorang. Sampai ke malam aku lepak. Padahal penat.

Lepastu balik hotel, pagi esok da bangun. Amik gambar satu hari, petang tu dah gerak balik kl sebab ahad tu nak amik gambar di genting.

Aku drive balik kl dengna begitu berpenat lelah sebab lepas amik gambar.

Aku bajet nak stop dekat yong peng, sebab nak tidur,

sekali aku boleh tidur dalam kete sambil driving, masa tidur tu aku mimpi aku dah sampai yong peng. Aku mimpi aku drive masuk tempat parking, lepak-lepak, lepastu tidur.

Sekali aku terjaga, kete aku dah macam ketepi sikit. Satu kali jantung berdegup punya rancak. Cuak gila. Aku pikir ini kalau accident ni memang boleh mati ni. Sudahla hujan.

Lepastu sampai yong peng aku tidur,

lepastu esok paginya nik genting untuk amik gambar couple pula, dah balik dari genting, dengan nabila farhana, petang aku balik rumah, malam tu janji nak tengok midnite dengan nabila farhana. Sekali aku tidur, sampai esok. Tak sedar lansung.

nabila farhana bengang sikit.

sori.

update yang gila boring.



Read more...

2.12.10

pelan pembangunan baru malaysia

Pembangunan di Malaysia adalah sejajar dengan pelan fizikal malaysia. Dari pelan fizikal yang digubal 5 tahun sekali tu akan jadi panduan kepada semua pembangunan di malaysia. Jadi setiap negeri akan tafsirkan pelan tu dengan buat pelan struktur negeri. Pelan struktur negeri akan ditafsirkan leh setiap daerah menjadi rancangan tempatan. Rancangan tempatan ni cerita detail pasal setiap inci pembangunan dalam kawasan dia.

Contoh macam majlis bandaraya shah alam ada rancangan tempatan daerah, jadi dalam tu cerita semua pembangunan yang akan dibuat dalam masa beberapa tahun ke hadapan.

Perkara begini kadangkala mengelirukan, kerana kadang-kala mempunyai visi yang berbeza. Atua boleh jadi juga tersalah tafsir oleh pihak daerah.

Jadi setelah dipelajari dari pengalaman, kita sepatutnya mempunyai pelan baru yang lebih ke arah pembangunan mapan(sustainable development)

sustainable development ialah seimbang dari segi sosial, ekonomi dan juga environment.

JAdi kita patut buat pelan berdasarkan perkara tersebut. Maknanya kita perlu ada satu pelan malaysia yang patut kita panggil. pelan mapan malaysia.

Pelan mapan malaysia(walaupun bodoh namanya), akan cover tentang sosial, ekonomi dan juga alam sekitar serta fizikal. Pelan ini cuma perlu cakap hala tuju pembangunan mapan sahaja. Maknanya dia perlu beritahu strategi-strategi yang dia mahu setiap daerah laksanakan, serta budget yang diperuntukkan.

Maka setiap daerah akan keluarkan dengan empat pelan, dengan menggunakan pelan mapan malaysia sebagai rujukan. empat pelan tersebut ialah pelan pengangkutan dan lalulintas, pelan spatial dan alam sekitar, pelan ekonomi dan juga pelan kebudayaan dan sosial.

empat pelan ini merupakan pelan yang berbeza-beza dan supaya aim kita ke arah pembangunan mapan lebih jelas dan supaya setiap daerah lebih berjuang ke arah sustainable development.

Pelan struktur negeri dibuang terus kerana ia cuma polisi-polisi yang cuma di copy-paste dari pelan terdahulu.

terbuka untuk diskusi



Read more...

1.12.10

beberapa ketul gambar











Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP