13.11.10

nasihat keibu bapaan : budak-budak masa hadapan

semalam aku borak-borak dengan akak aku, akak nadiah, dia sedang mengandung, dia cakap betapa risaunya perihal budak-budak zaman sekarang. bukan pasal kurang ajar dengan ibu bapa, suka mencuri atau apa. tapi perihal seks yang makin berleluasa.

Dia cakap pasal kes budak baru umur 12 tahun sudah buat three some dengan kawan-kawan. Umur 8 tahun sudah kantoi main. Ini gila ni. Sebab aku fikir, masa aku kecik-kecik dulu. Takda pon benda-benda macam ni semua jadi.

Jadi hasil perbincangan dengan akak aku, dan dengan hana. Aku keluarkan dengan beberapa konklusi. Sebab aku betul-betul risau.Serious, tak tipu. Termenung jugaklah aku memikirkan apa akan jadi pada budak-budak masa hadapan.

1. Bagi aku masalahnya ialah konflik. Konflik nafsu dan batasan. Nafsu yang membuak dalam diri kanak-kanak dicampur dengan batasan oleh masyarakat menjadikan perkara lebih teruk. Kira sebagai contoh, aku nak cium di khalayak ramai tak boleh, jadi aku cium di bawah tangga, jadi bila cium di tangga, takkan kiss je kot? Batasan masyarakat menjadikan nafsu lebih meluap-luap.

2. Jangan jadi bodoh. Aku tak cakap batasan tu salah. Nafsu tu yang salah.

3. Nafsu itu normal. Cara melepaskan nafsu yang mereka(budak-budak) belajar menjadi masalah. Terutamanya dari televisyen. Dan perangai ibu-bapa.

4. Asingkan tempat tidur, kalau boleh sejak dari umur satu tahun. Sebab kalau budak tu tidur sekatil dari kecik, sampai ke besar la dia tidur sama dengan mak bapak. Dah tu mak bapak pon buat projek. Nanti anak tengok. Bila kat tadika. Nak test dengan kawan-kawan.

Kononnya budak kecik tak paham. Yang tak paham tu lah kita takut.

5. untuk ibu bapa, Tunjukkan kasih sayang dengan percakapan. Bukan dengan perbuatan berunsur seksualiti. seperti berciuman, tepuk bontot atau memegang kemaluan di depan anak-anak yang masih kecil. Bukan sebab tak manis. Tapi bahaya.

6. Tv merupakan pengaruh terbesar. Potong astro. Astro hanya ada di bilik ibu bapa. Kat ruang tamu tengok tv1,

7. Yang paling penting kawalan. Aku sangat takut melihat kanak-kanak sekarang. Aku dengar jiran aku, budak kecik, borak-borak cerita pasal spender dan panggil kawan dia sebagai 'sarah bogel'. Aku rasa baru 4 tahun budak tu.

8. Aku teringat khutbah jumaat itu hari, "kalau kita tak peluk anak kita, orang lain peluk anak kita, kalau kita tak cium anak kita, orang lain cium anak kita"

9. Sayangilah anak anda, terutamanya yang masih kecik dan tak paham.



Read more...

11.11.10

konsep pengambilan gambar baru


keadaan aku sekarang ni ialah.

setiap minggu aku ada ambil gambar, sabtu ahad.takde cuti. kadangkala 4 hari berderet.jumaat sabtu ahad isnin. Aku sedar bukan sebab gambar aku cantik sangat. tapi sebab servis bagus dan murah.kot? aku tak kisah amik gambar, sebab aku suka. Masalahnya aku ni student. sibuk. Kang lambat kang tak best la pulak.

jadi,

Target aku dalam tahun depan aku nak mula ambil gambar dengan betul-betul. Tak mahu lagi main-main. Sekarang ni aku ambil gambar main-main. Ikut suka hati aku.

aku rasa kalau fotografer gila babi profesional tengok style aku, dia gelakkan je. mamposlah sama mereka. pro kedekut ilmu baik tak payah.

ok,

Jadi petang tadi aku fikir-fikir bagaimana aku nak buat supaya ia kelihatan macam main-main. tapi serius sebenarnya.

1. Aku fikir kunci utamanya adalah di sebalik lagu. kalau kau masuk sukasukaphoto. ada lagu vampire weekend. itu tujuan utama aku letak lagu. supaya ia kelihatan seronok sambil tengok gambar..orang kata baru feel.

Jadi aku mahu letak lagu yang macam main-main untuk cover keseriusan aku. ini contoh lagu yang aku dah cari.




dan




comel tak? comel kan?ok

2. Kemudian aku mahu buat flash punya website. sekarang ni aku sedang usha-usha harga atau aku mahu belajar sendiri macma mana nak buat. aku nak dia jadi macam ni fotologue

3. aku mahu buang sukasukaphoto.. akan jadi hafizhamdan dot com

4. aku mahu website tu berunsur tidak masuk akal. kiranya aku tengok banyak website photoblog orang lain semuanya terlampau serius. aku mahu ia kelihatan main-main dan tidak nampak profesional. kalau boleh kelihatan macam kebudak-budakan.

5. aku juga cuba tambah pembantu untuk memudahkan kerja.

6. jadi dengan ini aku mahu beritahu.

tempahan januari ke atas untuk wedding ialah RM1350, apa yang korang akan dapat benda biasa macam frame, album la apa jadah ntah lagi yang orang biasa buat tu.

untuk outdoor akan jadi RM130, tak masuk transport. yang ini takde frame ke apa-apa. dapat cd je.


sekian terima kasih



sebarang tidak puas hati..boleh tulis di komen. layan tak layan lain cerita.haha



Read more...

9.11.10

hari ini 49 : update kehidupan akukopi

kau perasan watermark aku dah tukar kepada yang lebih serius?itu maknanya harga pon akan lain. Mulai dari januari.

1. Aku akan ke kota london minggu depan. Trip studio aku selama 10 hari. Untuk buat comparative study. Orang kata sekarang dekat sana sejuk. Aku dah siap-siap beli benda-benda untuk panaskan badan di sana. Aku singgah UNIQLO di Fahrenheit itu hari. Babi barangnya mahal nak mampos. Dah la buruk.

2. Jujurnya aku excited. serius tak tipu. Mula-mula tak excited sebab masalah kewangan, kemudian kerana pakcik Hamdan yang hensem dan kacak bergaya menyelesaikan segala permasalahan aku. Aku rasa begitu teruja.

3. Sebenarnya aku suka kalau ramai orang ikut aku untuk ambil gambar, supaya aku boleh share segala apa yang aku tahu, dan aku ambil segala apa yang kamu tahu. Supaya aku boleh share trick-trick dan cara melayan client, cara bagaimana nak suruh orang pose dan segalanya. Dan aku mahu belajar cara kamu pulak.

4. Sebenarnya aku sangat suka share. Tanya orang yang aku pernah lepak sama diorang. Semua benda aku share. Sampai cara editing, cara pakai lampu, cara nak bercakap dengan client. Semua. Semua free. Tak tinggal pon. tak payah kau tak tanya aku dah beritahu macam mana nak buat.

5. Aku teringin betul mahu lepak dengan ramai orang yang suka ambil gambar, yang tidak tua dan berlagak, yang bukan seorang yang technical dan perfectionist, yang tidak berlagak dengan kamera besarnya, yang tidak bawak lens sampai 8 semata-mata untuk ambil gambar kucing mengandung.

Tapi yang main-main macam aku. Yang gambarnya mengarut-ngarut dan ikut suka hati, dan paing penting mahu share segalanya.

Aku teringin betul

6.Siapa nak?



Read more...

8.11.10

mengenai kebodohan

Sukasukaphoto dah update!



kebodohan tak boleh diukur sebenarnya. Sebagai cntoh kalau aku cakap kau bodoh, bukan bermakna kau bodoh.. Tapi cuma benda yang kau buat tidak kena dengan kehendak aku. Cuma bagi aku, kau bodoh sebab kau buat tidak ikut apa yang aku mahu.

Contoh, mungkin bagi aku kau memang bodoh gila sebab makan nasi guna punggung, Tapi mungkin bagi orang lain yang suka melihat punggung kau, mereka rasa kau makan nasi guna punggung adalah sesuatu yang terlampau bijak.

Atau mungkin aku rasa kau bodoh gila sebab kau keluar dengan lelaki lain, tapi bagi lelaki lain tu, kau ialah bijak sebab keluar dengna dia. JAdi, ianya berbeza-beza mengikut orang - kebodohan.

Tapi pastinya ada kebodohan yang asli, yang padu dan terlampau abadi sekali. Yang tidak kira berapa orang fikir kau bjak sangat. Tapi ia sebenarnya paling bodoh sekali dalam dunia.

Benda yang kau buat, kemudian kau rasa bodoh sebab buat.

Sekurang-kurangnya kau rasa bodoh, supaya kau tak buat lagilah.



Read more...

1.11.10

mimpi aku semalam : tulisan mengubah dunia

nikon D90>>mounting board hitam>>assisstant photographer yang hot


semalam aku mimpi aku tulis blog.

Aku tulis benda yang terlampau hebat pasal dunia. Akhirnya tulisan aku tu diterjemah dalam begitu banyak bahasa sehingga akhirnya ia mengubah dunia dengan begitu hebat sekali.

Kononnya apa yang aku tulis tu menjadi rujukan ramai orang untuk memahami keadaan sekeliling dengan lebih mudah.

Lepastu aku menjadi begitu terkenal tapi aku rileks je dan rendah diri. Kira kalau setakat orang mintak sign tu perkara kecik je la. Tapi aku stay cool pakai kain pelikat lagi pegi masjid.

Bos time aku praktikal dulu, En. Nazri pon respek aku dalam mimpi tu. Dia cakap aku best. Dia cakap, "Hafiz, kamu ni best. kamu patut jadi perdana menteri".

Sebelum aku bangun, aku sedar yang tu mimpi je. Jadi dalam mimpi tu aku cepat-cepat baca balik apa yang aku tulis. Lepastu aku rasa kagum. Sebab ia memang betul-betul akan mengubah segalanya. Apa yang kau pandang. Dan apa yang kau rasa terhadap sekeliling kau.

Lepastu dalam mimpi tu aku cuba hafal. Lepastu aku ingat.

Bangun tidur aku tak ingat lansung. Melainkan aku ingat topik yang aku tulis. Tapi samar-samar.

Lepastu sebab pagi tadi ada exam, aku tak ingat lansung. Topiknya pon aku tak ingat lansung. Tak ignat apa-apa lansung. Tapi aku ignat macam mana keadaan mimpi tu.

Kalaulah aku ingat apa yang aku tulis, pasti aku dah tulis sekarang. Dan semoga ia mampu mengubah semua orang.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP