14.4.10

Tujuan sebenar aku menulis

DSC_0007 (1)
ambil pakai d40x, edit pakai aperture

Sekarang aku kurang baca blog orang,tidak seperti dulu, mungkin kerana masa dan malas ingin membaca, seperti hari ini aku rasa begitu menyesal kerana lepas balik kerja tertidur. Kerana ikut rancangan aku yang sepatutnya aku nak siapkan gambar Cik Suraya dengan kawan-kawannya. Minta maaf cik suraya, gambar kamu yang sepatutnya diupload malam ini terpaksa ditunda esok.

Tujuan asal masa mula-mula aku menulis blog ini adalah pertamanya disebabkan oleh kawan aku, klik. Masa itu aku ingat biar aku tulis dan kemudian aku post kat blog dia. Tapi akhirnya aku buat sendiri.

Aku sebenarnya dengan harapan apa yang aku tulis akan boleh aku tengok semula bila sudah tua, akan boleh dibaca oleh anak cucu aku, dan itu sahaja alasan awalnya. Dan supaya ada tempat yang lebih kekal untuk aku menulis segala macam dalam fikiran aku, kerana sebelum ini jika aku tulis dalam buku sikit-sikit, selalu hilang.

Minta maaf jika aku kurang melayan di laman web sosial, Facebook. Tapi aku akan layan email.

Aku tak suka betul praktikal, hari-hari aku dirasakan penuh, balik kerja sudah penat pula. Mungkin baru, dah lama sikit biasalah. Atau mungkin kerana tiada gaji yang besar untuk dijadikan motivasi.

aku tak sabar betul tunggu hari sabtu mahu keluar dengan kamu.

selamat,




Read more...

12.4.10

harap ini bukan pesan terakhir 4

Hari ini hari pertama praktikal. Patutlah orang cakap belajar lagi seronok. huhu.

1. Aku pelik apesal kereta perodua selalunya dipandu oleh orang yang jenis macam ustaz. Pelik gila.

2.dalam dunia perlu ada orang yang "jual" dan juga "beli". Perlu tahu kau tidak sentiasa dalam status men"jual". Orang yang beli kadang-kadang sanggup buat apa saja untuk "beli". Mungkin kerana kepayahan untuk mendapat benda tersebut. Jadi jika kau orang yang "jual" sekarang, hormatlah orang yang beli. Sebab kau takkan pernah tahu bila masa kau akan beli nanti.

3. Lagnkah termudah untuk elakkan ebnda jahat ialah jangan start.

4. Jika kau selalu cerita pasal orang lain, kau mungkin selalu dalam keadaan tak selesa, sebab kau asyik fikir apa orang fikir pasal kau.

5. Kalau kau selalu fikir pasal masalah, kau cuma akan jadi lebih bermasaalahsebab lebih baik kau fikir cara nak selesaikan.

6. seperti status facebook aku, kau silap bukan sebab kau bodoh, kau silap sebab tak fikir.

ah cakap senanglah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan Sukasukaphoto

ini gambar yang aku ambil masa majlis menjubahi Radhiah. Kira sebelum boleh panggil peguambela/peguamcara, dia mesti dijubahi.haha.Benda yang aku tak pernah tengok sebelum ni,Sila ke sukasukaphoto untuk gambar banyak sikit.


DSC_7752

DSC_7920

DSC_7805

DSC_7811

semua gambar amik pakai Nikon d100, edit pakai aperture.



Read more...

8.4.10

har ini 42 : memperkenalkan awek baru aku!

DSC_0092 (1)
ini nazrul hanis lancau dengan muaz cibai orang melaka.

saja aku kasi topik hot sikit. Maklumlah, dah lama tak tulis entri baru. So mana tau topik hot dapat banyak klik sikit. huhu.

Jadi topik yang sebenarnya ialah "entri khas untuk orang melaka."

mula-mula aku nak minta maaf kepada orang melaka kerana hampir satu tahun tidak pulang ke Melaka. Bukannya aku tidak rindu kepada tanah Melaka yang tercinta itu, tapi minggu-minggu aku terlampau sibuk sehingga tidak sempat pulang.

Kali ni punya cuti pun aku tak dapat pulang sebab isnin ni sudah praktikal. Di kota kuala lumpur ini juga lah. Jadi minta maaf banyak-banyak. Tak sempat pulang lagi.

Minta maaf juga kepada ayah yang rasanya kita dah tak jumpa setahun. Gila aku dah macam duduk kat London. Tak jumpa bapak aku setahun. Kalau ayah datang KL je apis takde, apis balik melaka ayah takde. Macam mana la kita nak bertemu.

Selepas itu, kepada orang yang nak aku ambil gambar mereka, kalau dah book, silalah reply email, janganlah buat tak tahu aje, kang nanti kang ada orang nak book tarikh yang sama tetiba kang kamu cancel pulak last minute. Tak best lah begitu. Kasihan saya. Saya punya servis dahla murah, diperlakukan pula sebegitu rupa.

ok, selamat!



Buat pertama kalinya aku buat video, disebabkan ketiadaan hanif yang patut menjadi videographer, aku sendiri rekod video ni, kelam kabut sikit sebab kena ambil gambar dan buat video pada masa yang sama. Hasilnya tak begitu memuaskan hati sebab aku tahu patutnya bleh buat lagi best. Video ni pon aku bagi free je sebab nak eksprerimen, so mana tau next time aku boleh caj ke buat video plak.

Jadi kepada Roni dan Didie, maaf sebab lambat, maklumlah baru abis exam.

ni tengok la siki gambar. Nak lebih masuk Sukasukaphoto


ambik pakai nikon d90, edit pakai iMovie

Untitled_Panorama1
ambik pakai nikon d100, edit pakai photoshop CS3



Read more...

1.4.10

kompleksiti dan saling berkaitan

jika diperasankan, belakangan ini aku banyak cakap pasal saling berkaitan, bagaimana satu perkara itu betul-betul berkait dengan perkara yang lain dan membentuk satu sistem di atas dunia ini yang sangat kompleks.

kompleks hingga kita perlu pecah-pecahkannya dan ianya dipanggil "cybernetic" supaya kita faham setiap satu fungsi dan proses kaitan-kaitan tersebut dalam satu sistem.

Kompleksiti ini akan mengakibatkan satu benda itu lebih seimbang bagi aku.

Dan kalau dipecahkan salah satu dari benda tersebut maka sudah jadi tidak seimbang lah kan?

Jadi aku cuba bagi contoh,

Macam televisyen yang sepatutnya sangat seronok untuk ditonton, adakah ia seronok ditonton jika bunyi yang dikeluarkan oleh televisyen tersebut tidak best lansung? atau jika cerita melayu meleleh-leleh dan hipokrit yang ditayangkan 24 jam?

Adakah sekarang kita perlu nyatakan televisyen itu masih lagi seronok ditonton?

Pastinya kita cakap televisyen tu tidak seronok lagi kan?

Jadi sistem dalam televisyen itu perlu kompleks, dengan cerita yang seronok, warna yang seronok, bunyi yang seronok, jadi selepas itu baru dengan bangga kita baru boleh cakap televisyen ini memang seronok ditonton.

Jadi cuba kau aplikasikan perkara yang sama untuk semua benda, supaya semua perkara menjadi lengkap.

Dan untuk ia menjadi lengkap dan sempurna pastinya memerlukan perancangan teliti dan penganalisian yang mendalam tentang satu perkara.

amende ntah aku cakap.



Read more...

Getaran jacket hensem

Kali ni aku nak jual barang-barang aku sendiri yang dah lama tak pakai sebab nak kumpul duit untuk beli lense. Jadi apa kata korang support aku dan beli semua sekali. haha.


Zara leather jacket
Size s
condition 9.5/10
RM250(nego)



Pull and Bear jacket
Size S
Condition 9.5/10
RM120(nego)



Jacket Kalau Pakai Terus Jadi Hensem
Size S
Condition 6/10
Sudah dijual kepada encik hilmi punya kawan yang datang jauh dari bangi


Film Camera Yashica MG-1
Masih berfungsi
Ini zaman aku main lomo dulu.
sudah dijual kepada cik wani dari penang


BYOC Ibanez Tube screamer 9
Rupa macam bodoh, tapi sound terbaik!
Clone dari TS-9.
Pakai Tele, cucuk tube amp, campur ngan DS-1, kau dah boleh dapat sound rock umph!
Sebab jual = aku pakai overdrive lain.
RM120

Sebarang orang yang berminat. sila email kepada akukopikausiapa@gmail.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKASUKAPHOTO

Ini gambar keluarga ira tempoh hari di bandar tasik permaisuri

DSC_7393

DSC_7398

DSC_7454

DSC_7350
oh..ini feveret~ baju dia ngan "peace" dia tu kena.

Macam biasa gambar lebih di sukasukaphoto . Serius korang wajib tengok!haha






Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP