Mula-mula aku nak beritahu. Promosi paling hensem sudah tamat.
Aku rasa dulu aku pernah cakap pasal menghormti wanita dan betapa wanita sebagai tiang negara. Jadi aku terasa nak cakap lagi pasal peranan wanita tapi dengan isi yang lain.
Wanita ini peranannya sebagai pengimbang bagi kehidupan luar dan di dalam rumah. Kerana rumah ialah tempat dimana keamanan, rasa sayang, dan ketenangan sepatutnya dicapai. Jadi bila orang-orang di dalam rumah itu semua keluar, pastinya akan mengalami pelbagai benda, dan bila mereka balik ke rumah, wanita ini fungsinya akan menjadi pengimbang.
Dengan kewujudan wanita sebagai pengimbang dan lelaki sebagai ketua, maka akan jadilah keluarga yang penuh dengan rasa sayang dan kemudiannya akan wujudlah komuniti yang aman dan damai.
Jadi bila rosak wanita, maka rosaklah sesebuah keluarga itu, dan rosak teruslah sebuah masyarakat. Maka penting untuk lelaki sebagai pengawal dari wanita menjadi rosak.
Wanita ini peranannya lain dengan lelaki dalam menjaga anak. Wanita lebih kepada meluahkan rasa kasih sayang kepada anak dan lelaki selalunya lebih kepada memberi motivasi kepada anak.
Jika diberi rasa kasih sayang dari kecil kepada anak mereka, maka akan mewujudkan generasi yang kurang masalah sosial dan seterusnya memangkin negara.
Maka sebab itulah wanita ini tiang negara.
aku cuma tiba-tiba rindu mak aku.
Read more...