28.11.09

Review kepada mrs. world

Semalam aku tengok mrs. world. Sepanjang aku tengok aku nak gelak aje. Sebab bagi aku mrs. world ialah satu perkara yang sangat mengarut. Perkara yang hampir takde motif. Dengan english masing-masing sepatah haram aku tak faham. haha. Gile babi lawak. Diakui aku suka MILF(kalau agak kau tak tau ape tu MILF, pegi google sendiri. Tapi aku sure kelam rider tau). Tapi mrs. world tetap benda yang bodoh bagi aku.

Cakaplah aku konservatif ke, ortodox ke. Aku tetap rasa kalau dah kawin sepatutnya, laki die patut jaga dia baik-baik dan menolak dari isteri dia jadi bahan eksploitasi. Seperti, model, pramugari(maaf saloma, aku beranggapan pramugari adalah eksploitasi terhadap perempuan), ratu cantik, pengacara tv. apa-apa jelah yang lebih kurang. yang ada unsur eksploit.

Dan aku benci eksploitasi, contohnya cerita jennifer's body, dan baru ini cerita melayu, jalang. Aku cuma rasa kasihan. Tiada respect lansung terhadap wanita. Bila orang di sogok dengan rasa tak respek kepada wanita melalui cerita-cerita yang merendahkan wanita, itulah yang jadi rogol, cabul, ape-apentah lagi yang tak baik. Bodoh.

Akhirnya terus akan merosakkan sesuatu negara, ini hadis nabi: perempuan itu sebagai tiang negara, kalau rosak perempuan dalam negara itu, rosaklah keseluruhan negara itu.

Oh, berbalik kepada cerita mrs. world.

Aku kelakar sebab semua peserta dia senyum aja. Tak kira lah apa kejadian, kalah ke, menang ke, aku rasa kalau terjatuh pon dia senyum je. Senyum, lepastu tepuk tangan. Gila babi fake. Kelakar gila. Masalah dia, kau boleh nampak yang senyumannya lain macam, macam keras gila.

Dan semua peserta dia semua macam berbangga gila sebab dapat masuk mrs. world, mengangkat martabat wanita di peringkat dunia. Aku cuma rasa terlampau bodoh wanita-wanita tersebut, apakah martabat yang diangkat? martabat buah dadanya ka?

Paling penting apa paling aku ingin sampaikan ialah perasaan menghormati wanita. Wanita ini ada kuasa pengaruh yang sangat kuat, jadi bila kau hormat, baru mereka akan hormat kau. Jadi bila mereka hormat kau, barulah mereka tak pengaruh kau buat benda tak masuk akal. Dan bila kau hormat mereka, bolehlah menjamin kehidupan sosial yang sihat.

Maaf, entri ini tunggang terbalik.



Read more...

27.11.09

Hari ini 34 : Kemaskini kehidupan akukopi!

hai hai hai...Apa khabar adik-adik. Sihat tak?

urm.

Aku dengar cerita hari raya haji di Kelantan meriah. Aku tak tau ketepatannya disebabkan aku duduk di Melaka dan bukan di Kelantan. Macam biasa hari raya haji bagi aku yang ahli keluarganya tiada siapa yang pergi haji tahun ini adalah macam biasa saja. Cuma semua akak-akak aku balik, dan aku suka bila akak-akak aku balik. Seronok. Kurang-kurang tak la bosan bagi aku yang macam duduk sorang je kat rumah ni.

Maaflah bagi orang yang baca blog aku dan menganggap cuti-cuti begini aku akan dilimpahi idea dan terus menerus menulis di blog ini. Maaf, cuti kali ini mungkin aku berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan terlampau emosi.

Namun perkara itu semua harap diatasi, dengan sabar dan rasa tenang. saya harap awak pon dapat sabar dan tenang.

Sekarang aku tak nak letak gambar di blog ini lagi. Aku letak di sini. Tumblr. Aku pon tak tau asal aku buat macam tu. Mungkin layoutnya yang lebih cantik dan comel.

Sebenarnya aku dah lama tak dapat email bertanya masalah cinta. Marilah hantar. Nanti aku cuba jawab. Aku suka.



Read more...

25.11.09

Harap ini bukan pesan terakhir 2

DSC_0024
(Serius gambar takde kene mengena)


Maaflah kalau dah beberapa entri belakangan ni semua berkaitan emosi, biasalah orang tengah marah memang macam tu. Tapi sekurang-kurangnya tak delah aku memaki hamun dalam blog dan menulis siap dengan tanda seru banyak kali sebagai contoh :

Babi lu!!!! bapak aku, bapak aku punya pasal lah!!! ni yang aku bengang ni!!!.WARGHH!!!!!

Mesti korang baca dengna menjerit-jerit kan? haha

Jadi terus kepada topik, ini beberapa hal aku ingin cakap,

1. Ada beberapa pesan yang aku cakap, kepada siapa-siapa lah, ada masa nanti, yang kau akan rasa apa aku cakap mungkin berguna. Aku rasa Nabila Farhana kalau membukukan pesanan aku, mesti dah tebal gile dah. haha. Kalau rajin kau carik lah dalam blog ni melambak.

2. Yang menjadi lelaki berani ialah egonya, bukan sebab lelaki itu berani, tapi disebabkan egonya. Egonya untuk nampak berani menjadikannya berani. Jadi kita boleh nampak betapa lelaki ini bersifat luaran, egonya untuk menunjukkan perkara yang diluar.

3. Ego perempuan lebih bersifat dalaman, jadi sebagai contoh, bila bergaduh 2 orang perempuan, egonya yang dalaman itu akan lebih menjarakkan hubungan dan lebih tak bercakap. Tapi kalau luaran seperti sifat takut, mereka sangat rendah egonya.

4. Sebab itu lelaki kalau bergaduh, sekejap dan kemudian berkawan baik.

5. Dan sebab itu lelaki je yang pujuk perempuan.

6. ini je mampu sy tulis.



Read more...

Gambar rerawak

2

1

4

DSC_0102

DSC_0101

DSC_0083

Serius aku benci gle rambut aku sekarang.



Read more...

23.11.09

Aku benci entri emosi

8

Lelaki ini pandangannya dari luar ke dalam. Maknanya dari muka, bentuk badan, ukuran dada dan lentikan pinggul, kemudian baru lah kedalam hati. Jadi untuk mereka masuk kedalam hati perempuan tu perkara yang terlebih susah. Kerana sebelum masuk kedalam perlu lalu luaran. Berbeza dengan wanita yang dari dalam kemudian baru keluar.

Sebab itu ibu-ibu senang memujuk anak mereka, berbanding bapa-bapa yang hanya tau pujuk dengna belikan permainan.

Magic kan?

Betapa kita dijadikan lelaki dan perempuan supaya kita boleh belajar satu sama lain.

Cuma ada orang tak pernah belajar.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP