6.5.09
skim jutawan!!!
Mahu dapat duit dengan klik sahaja??!!Malas mahu jual barang??!! mahu dapat income 20ribu seminggu?!!memperkenalkan program terbaru dengan modal bisnes hanya 50 ringgit sahaja! anda boleh terus jadi jutawan kurang dari seminggu!! pasti susah percaya bukan??!! inilah kenyataannya!! masukkan sahaja 50 ringgit ke akaun bank saya, dan bulan depan anda terus dapat 20 ribu!!
1. apesal skim cepat kaya kene mula dengan tanda soal?
2. macam mane boleh ade orang boleh pcaye dengan benda macam nie?
3. aku selalu akan baca iklan macam ni tampal kat dinding di pondok bus, dan baca sambil macam menjerit-jerit. hahaha. sebab banyak tanda seru kan? mcm teruja gile.
4. aku tau. aku tulis tajuk entri ni mcm ni, mesti dapat banyak hits, sbb sume org nak tengok kan?ahaha..mengaku jelah.
Read more...
4.5.09
jangan tulis perasaan
benda yang aku sedang kawal ialah marah. kerana mungkin aku cepat marah, sakit hati tapi cepat cool. so tak kesah sangatlah. dan aku sedang kawal supaya tidak menulis masa tengah marah. bila menulis masa tengah marah, ayat yang dikeluarkan lebih kepada nafsu amarah daripada menggunakan pemikiran.
jadi mungkin aku perlu berhenti sebentar, sebelum aku menulis perkara yang membuatkan orang terasa hati, marah dan menyebabkan aku tidak disukai.
p/s: sebanrnya aku sudha tulis, tapi delete kesemuanya, terlampau ganas.
Read more...
2.5.09
wayang gila dan sedikit iklan
mula mula masuk sini
belilah baju di situ, banyak baju-baju yang cantik untuk gadis.
ok, cerita sebenar. tadi itu iklan sikit,
aku terfikir untuk buat wayang yang pelakonnya ialah penonton. Tapi idea ini hanya boleh diguna pakai dalam panggung wayang sahaja.
konsepnya begini,
mula-mula semua penonton masuk dalam panggung wayang, kemudian intro cerita seperti biasa ada nama pelakon semuanya, kemudian keluar white noise. Iaitu macam tv rosak tuh.
kemudian keluar gambar dalam wayang itu sendiri, macam ada kamera di skrin wayang yang menghala ke arah anda semua. maknanya setiap orang akan nampak diri sendiri lah. sebab memang ada kamera yang rekod secara live keadaan dalam wayang.
semua orang pasti sudah gelabah, ataupon tergelak2.
jadi semua orang akan terus melihat di skrin wayang yang tunjuk gambar keadaan dalam panggung.
jadi babak seterusnya ialah, ada hantu keluar dalam skrin. sebagai contoh, skrin tunjuk di kerusi belakang sekali kosong, dan tiba-tiba ada orang baju putih rambut panjang duduk di situ, pastinya semua orang akan melihat kerusi kosong tuh, tapi takde, hanya ada dalam skrin sahaja.
semua orang akan gelabah la kan? jadi masa tu semua orang cuba nak keluar, tapi pintu akan dikunci, semua orang tak boleh nak keluar, mungkin kemudian bunyi pintu wayang seperti di cakar-cakar, kemudian skrin dalan wayang akan tunjuk keadaan luar panggung pula, ada tunjuk gambar hantu sedang cakar-cakar luar pintu.
mungkin perlu ada seorang pelakon tambahan yang akan duduk dalam wayang tersebut dan berlakon dirasuk, semuanya boleh dilihat depan mata, tapi bila dilihat dalam skrin, macam ada hantu cuba masuk badan orang yang berlakon tadi.
mungkin ada tambahan-tambahan idea lain dari kamu untuk menjadikan ia lebih menakutkan. tapi semuanya perlu ada teknologi lah, tapi aku rasa tak mustahil untuk buat.
macam tu lah lebih kurang konsepnya, mesti takut kan? kalau aku dah terus pengsan tengok wayang gila macam ni. haha
Read more...
1.5.09
hari ini 19 : akukopi berwajah baru!
1. semoga layout aku yang baru ini membuatkan blog aku lebih cepat load dan lebih memudahkan kamu semua untuk baca. tapi sebenarnya aku lebih suka yang lama.
2. Sekarang aku berada di Melaka, cuti hari pekerja, sabtu cuti, ahad pon cuti. huhu. seronok.
3. minggu depan sambung recording, tak sabar-sabar mahu sambung projek yang tertangguh sudah sekian lama. hampir 2 bulan sebenarnya. Nanti hasilnya aku kongsi sedikit. sedikit je.
4. Nawwar jumpe akak-akak aku semalam. Masaklah kau. hahahahaha.
5. Cuba fikir betul-betul apa yang kau nak? betul ke ape yang kau nak? setiap pilihan perlu ada kualiti yang dilihat. Kualiti yang dilihat itu berapa lama tahannya? Tahan lama atau hanya jangka masa pendek sahaja? mengikut emosi atau mengikut fikiran yang sudah fikir masak-masak?
6. banyak benda yang kita belajar secara luar sedar, setiap perkara yang kita buat, kita dengar atau kita lihat. Tapi persoalannya, baikkah benda yang kita belajar tu? bagaimana jika yang masuk secara luar sedar itu benda yang tak bagus? maknanya kita jadi jahat secara tidak sedar?
7. apa itu lubang? sesuatu yang tiada kan? jadi macam mana boleh jadi lubang? apa itu lubang? jika kita buat satu lubang di dinding. lubang itu sebenarnya kosong. tiada. lubang itu sebenarnya tiada.
8. kita diberi pokok-pokok yang hijau, kemudian kita hancurkan. betapa kurang ajar kita tak menghargai benda yang diberi. seperti diberi hadiah dan dicampakkan ke muka orang yang bagi kita hadiah.
Read more...