20.4.09

hari ini 17 : seronok sial!

aku rasa aku patut buat satu blog lain. yang menceritakan pasal kehidupan aku je. bukan untuk kau baca lah. untuk diri aku sendiri. saja suka2. tapi mesti nanti aku malas nak tulis. selamat aku masih ada penulisan di bawah label 'hari ini'. jadi aku ada ruang sikit nak cerita hidup aku. selalunya entri aku bawah label ni kurang comment.haha.

hari ini nak pergi pwtc. ada pesta buku kan? tapi jauh. malas.lain kali la. esok ke. Malam tadi pergi UIA. orang sudah cuti ape gile aku buat kat UIA ntah. Aku mahu hantar speedlight yang dipinjam dari hanif sebab die nak pakai kat Sarawak. alamak nep. lu kacau la. gua baru nak bermesra-mesra dengan itu flash. haha.

ari rabu ini ada interview di subang jaya. untuk kerja apa benda ntah aku pon tak tau. aku mintak pakai email tiba2 die panggil interview. eh..korang pernah dengar ada criter tipu tak psl mintak2 kerja ikut internet nie? mane tau skim cepat kaya ke, penat aku pergi subang jaya kang die suruh masuk MLM. susahlah.



p/s: seronok sial!!!

p/s lagi : kepada akak yang memakai baju coklat di restoran Santai tadi. akak hotlah. haha



Read more...

19.4.09

perangai cantik ke body baik?

benda ini selalu ada dalam konflik diri lelaki dalam memilih teman wanita. Mahu perangai yang cantik atau muka cantik dan berbody baik?

pilihlah yang bermuka cantik dan berbody baik. kerana muka tidak boleh diubah. perangai boleh diubah.

haha.mcm sial.

P/s : ini akibat duduk di rumah takde wat ape. warf!!



Read more...

Barang baik punye!

mula-mula terima kasih kepada pembaca aku yang membantu aku carikkan kerja. Malangnya aku check email lambat dan kerja tersebut sudah diisi. terima kasih lagi sekali. esok nak carik kerja la camni.

ok,start,

aku ingat dulu time kasut timberland menjadi sangat terkenal. ini sebelum mat-mat rempit pakai tau. die punyer harga stok 5-6 rat. kemudian banyak yang terjual di pasar-pasar malam, danau kota, petaling street dengan harga murah-murah. Kemudian trend timberland semakin menurun. sudah ramai tak pakai. timberland ni ialah style dalam kelas dia yang tersendiri.

nak beli tak?

ada ade jual satu, untuk ladies sahaja, size 5-6 mesti cun pakai. boleh try dulu. beli di US, masih cantik lagi. tip top condition. RM320











lagi satu ialah dr.Martens Mary jane. kasut nie sgt comel. comel. sesuai untuk gadis. sama la nie. rarely wear, size 5-6 boleh pki. try dulu tengok apa mcm. harga RM200









cara bayaran yang digalakkan ialah Cash on delivery. aku sendiri yang akan menghantar barang tersebut. area KL adalah digalakkan, apa-apa sila email aku.

terima kasih.



Read more...

18.4.09

hari ini 16 : jangan tembak buta

1.sudah cuti. Banyak perkara aku lepaskan. menyesal. Menyesal dengan apa yang dibuat, apa yang tidak digapai sepenuh hati.

2.Cuti ini mahu kerja, target mahu beli banyak barang. Ingat nak kerja jadi cikgu lah. dapat tengok perangai budak-budak. mesti seronok.

3.Bosan gile. duit takde. takde sial!. haha. tinggal 3 ringgit semalam yang digunakan untuk beli rokok. tak sabar tunggu ayahanda Hamdan datang ke sini.boleh mintak duit belanja dari beliau.

4. duduk sorang di rumah. baring, guling, lompat, main gitar, berangan, berfikir, ini nama bosan tahap fuck. sabar. bagaimana bosan tahap fuck eh? fuck = bersetubuh. jadi bosan tahap bersetubuh? bosankah bersetubuh? tak kesahlah. tetap mahu cakap. bosan tahap fuck.

5.Keputusan aku untuk tak nak ade gf betul2 seronok. Tidak perlu fikir banyak, tak yah nak fikir cara penyelesaian bagi isu dan masalah. duduk senang saja. sesiapa yang ada gf atau bf sekarang, kamu patut cuba. haha. Pasti muka berseri-seri.

6. Sesiapa ada tau kerja kosong kat sini? beritahu aku. aku memerlukan. apa-apa kerja pon bolehlah. janji dapat duit lumayan,

7. hana ckp kerja lah kat butik-butik. tapi aku berkira-kira kerana aku tak hensem, tak cukup berlagak, tak cukup pandang rendah kat orang, tak cukup berpura-pura.

8.jangan tembak-tembak. kalau kita menuduh, jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang kita tuduh. buka minda untuk terima yang lain. menuduh perkara yang tak baik kan? sampai bila nak gaduh. aku perhatikan sudah lama. masih aku tak faham apesal teruk sangat pergaduhan ni? sudahlah ok?

9. aku rasa nak pegi karaoke. jom!



Read more...

16.4.09

tips mahu bahagia di dunia

Aku selalu cakap pasal sosial. Sebab aku tak suka sangat pembangunan dari segi fizikal. sbb bagi aku pembangunan fizikal tanpa mengambil kira faktor sosial bukanlah sustainable development kerana pengakhirannya, pembangunan itu akan digunakan oleh orang, dan kalau tidak mengambil kira faktor orang, tak berjayalah sebuah pembangunan tu.

ok,

jadi bagaimana ingin menjamin kebahagiaan di dunia?

4 perkara yang menjamin kebahagiaan manusia:

1. isteri yang baik
2.rumah yang luas
3.kenderaan yang baik
4.kejiranan yang baik

ia bermula dari institusi paling kecil sekali. Keluarga. Sebuah keluarga yang baik datangnya dari ibu bapa yang baik. ibu bapa yang mendidik anak nya dengan betul. baru anak-anak akan jadi baik.

Keluarga yang baik juga asalnya daripada rumah yang selesa, luas.baru tak ada tekanan dalam rumah, sebab tekanan dari dalam rumah akan membawa hingga keluar rumah dan jadi macam-macam. sbb itu ada banyak case budak-budak lari rumah, kawen lari, main bini orang. segala-gala perkara yang asalnya dari rumah.

Keluarga yang baik juga asalnya dari kemudahan keluarga itu melakukan urusan. itulah maksud kenderaan yang baik. supaya tidak ada tekanan masa melakukan urusan dan untuk bergerak ke tempat-tempat lain.

Keluarga-keluarga yang baik akan mewujudkan satu kejiranan yang baik. Kejiranan yang baik datangnya dari riadah antara jiran, tidak membenci satu sama lain, tolong-menolong. Semua sifat-sifat ini datangnya dari keluarga yang baik.

Bila semua kejiranan baik, maka jadilah satu komuniti yang baik, semua sayang menyayang, tidak membenci satu sama lain. tidak kutuk mengutuk dan segalanya. Maka dengan semua perkara ini, wujudlah satu komuniti yang baik maka bahagialah hidup seseorang itu di dunia. Senang hati, tidak banyak masalah, bahagia dan senang.

Moga kita semua saling sayang-menyayang.







Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP