gadis jangan buat
mungkin sudah agak lama aku tak memebri isu gadis dan lelaki. jadi dalam kelas UNGS, aku terfikir-fikir apa gadis jangan buat. sbb aku ingat dulu ada orang ni kasi email kat aku. tanya pasal apa yang gadis jangan buat untuk jaga relationship. mulanya aku cakap pasal perlu faham lelaki tu saja. sudah cukup. tapi dia reply cakap, mungkin lelaki ini perlu difahami, baru disayangi dan bagi perempuan pula perlu disayangi dulu, baru difahami. dan aku 100 peratus setuju.
baik, biar aku list kan apa yang gadis jangan buat, bagi aku sahajalah, jika bagi kau lain, list kan dalam komen atau malas mahu type, fikir sendiri sahaja.
1. mengikut cerita rakan-rakan aku, selalunya perempuan ada masalah mengugut. bukan senggugut. ini mengugut. mengugut ini macam suka cakap ayat macam, "dahla, jangan call i lagi","i nak pegi kat laki laen", ataupun apa jenis ugutan yang lain. orang lelaki ini kadang2 boleh tahan. tapi bila dah selalu memang sakit hati. sbb ugutan ini macam cabaran kan? jadi tunggu sahaja kalau lelaki itu betul2 nak cabaran tuh. lelaki ini mengugut jugak, tapi ugutannya lebih kasar, ugutan seperti ingin menyebarkan video lucah aweknya sendiri. bodoh betul. menyebarkan gambar kemaluan sendiri.
2. ada lagi satu mengganggu schedule. kira kan macam hendak benda tidak ikut masa. time makan nak call, time main game nak ajak keluar. ini semua kacau. kecoh aje. kalau tak layan. maka jadilah perkara yang nombor satu tadi. ugutan yang memaksa lelaki buat tanpa kemahuan dirinya sendiri. kacau schedule ini masalah, banyak benda menyeronokkan terpaksa ditinggalkan.
3. cerita tanpa bosan. aku rasa aku pernah cakap benda ni dalam entri lepas2. sila rujuk.
4. kuat mengarah. point yang ini agak terang untuk difahami tanpa perlu penjelasan. lebih parah, cara mengarahnya macam sial. dahla tak cakap terima kasih, pastu buat muka kerek.
5. cepat lupa. ini apa yang aku rasa semua gadis dalam dunia ada. cepat sahaja lupa. lupa pasal semua benda. ini akibat tidak menghargai. lupa apa yang lelaki tu buat. bila satu buruk jadi, semuanya lupa. ini namanya cetek pemikiran. maaf, tapi benar.
p/s : semua lelaki dengan perempuan ni sama je, kalau kau rasa kau da tak tahan dengan satu orang ni, kau akan jumpe orang lain yang perangai die lain. lebih baik dari orang yang kau tak tahan tadi tuh. tapi percayalah, nanti akan ada perangai lain yang buat kau tak tahan dengan orang yang baru tu pulak. jadi, stay sahajalah.
Read more...