19.2.09

rambut pendek



gamabr belakang aje.



Read more...

15.2.09

hari ini berape eh?

penulis mengucapkan salam kepada semua,

penlis tidak tahu mahu gembira atau apa. kerja yang perlu diselesaikan sudah selesai. kerja baru macam biasa tetap ada. pemikiran penulis sudah sedikit tenang. Masalah sedikit-sedikit selesai.

Penulis baru memotong rambut. tiada lagi rambut macam sial seperti dalam gambar tanjung dawai. sudah pendek. Tetap tidak comel. macam sial ada lah. Penulis cuma harap ia cepat panjang. supaya nampak lebih ganas.

Minggu yang lepas penulis sibuk dengan beberapa komitmen. Hal studio, rakan sepermainan musik dan rakan-rakan wanita. Harap maaf jika mana-mana pihak yang disebut di atas berkecil hati dengan kelemahan penulis membahagikan masa sebaiknya. Penulis juga kurang tidur untuk meluangkan sebaik masa dengan semua.

Penulis sudah ada facebook! Penulis rasa pelik bila ada facebook. terasa gay. tapi tak kesahlah. Friendster, UIA sudah block. terpaksa berhubung dengan rakan sekolahan melalui cara lain.

Penulis terbaca benda kelakar di dalam buku "new malaysian essay" tak silap tajuknya. ada satu ayat dari Saharil ape ntah name dia.

lebih kurang begini:
"pesanan kepada wartawan. Jika ingin memberi nama samaran kepada orang. Mengapa mahu memberi nama yang seakan-akan nama betul. alang-alang ingin memberi nama samaran. Beri sahaja nama yang paling palsu boleh difikirkan. Baru puas ati."

kerana dalam essay beliau. ada satu watak orang gila yang diberi nama samaran Clementino Kulup.

Bak kata orang terengganu, penulis menggelupur suka.



apa-apa, sekian sahaja,

P/s: kadang-kadang tidak berbuat apa-apa adalah langkah paling terbaik sekali untuk membuat penyelesaian.



Read more...

12.2.09

Oh yeah oh yeah hotnya aku!!

Aku rasa blog ini sudah lama bersih dengan kutukan. Mungkin aku yang dah malas nak memikirkan tentang orang lain dan ingin menulis tentang benda yang lebih ilmiah dan terbuka untuk kamu semua memberi pendapat. Jadi belakangan ini aku selalu menlis berkaitan perasaan dan buah fikiran.

Balik kepada topik asal.

Ahad yang lepas aku ke KLCC. Lama gila dah tak kesini. Seronok sini. BAnyak aktiviti, pemandangan yang indah, gadis sekolah yang comel-comel selalu lepak sini. ada yang pakai melebih-lebih. tapi mungkin fesyen. tak apalah.

Aku tengok ada satu minah ni. Tak tahu apesal lah. kat kepalanya macam ada satu cop tulis " oh yeah oh yeah hotnya aku!" aku gelak walaupun aku jalan sorang-sorang. haha

perempuan itu macam biasalah, tinggi, seksi, rambut panjang, kulit gelap sedikit, ramut curl sikit. memang taste aku. tapi tak payah la nak buat muka oh-yeah-oh-yeah-hotnya-aku!

jadi aku duduk-duduk di taman luar KLCC sambil isap rokok dan fikir-fikir macam mana orang berpewatakan dengan cop di kepala oh-yeah-oh-yeah-hotnya-aku! itu. jadi aku dapat berapa kesimpulan.

1. wanita begini selalunya memakai cermin mata hitam ala-ala mata lalat tu. mereka tidak kira dalam bangunan, luar bangunan, atas bangunan, bawah bangunan, hujan, malam, siang, panas terik apa keadaan sekalipun. mereka akan memakai kaca mata hitam. Selalunya berjalan sambil memuncungkan mulut. Jalan tidak akan pandang orang. nak buat ape pandang orang. mereka kan hot. Cara jalannya seperti pandang satu titik, 94 darjah kedepan, dan terus.

2. lagi satu jenis perempuan jenis ini ada dalam satu kumpulan. tapi dalam satu kumpulan tu hanya akan ada seorang je wanita yang bercop. Dalam kumpulan itu selalunya ada seorang wanita yang terlampau hot. Sebagai contoh dalam satu kumpulan ada 3 orang. satu cun gila dan dua lagi biasa-biasa aje. mesti salah seorang dari dua yang biasa biasa tu ada cop dan perwatakan die macam di atas.

3. perempuan yang berjalan dengan teman lelaki berbangsa inggeris. muha seabis bangga jalan berselisih dengan perempuan melayu lain. mungkin dalam hati cakap, "batang bf aku lagi besar dari batang bf kau lah". rupanya kebangan wanita terletak pada batang lelaki. haha

4. lagi satu jenis yang masuk ke kawasan pedalaman. ok. sebagai contoh. perempuan i pergi pasar tani di dengan pemakaian dan lagak di point pertama. cuba tengok muka. tak percaya? jalan-jalan pasar tani ke, kawasan kampung ke. cuba carik orang macam t.

ok. lepas ni kalau orang jalan. nampak orang yang macam aku cakap. cuba try cakap dalam hati,"oh-yeah-oh-yeah-hotnya-aku". pastu korang gelakklah sendiri.huhu



Read more...

11.2.09

hari ini 9 : Kebahagiaan

macam yang aku pernah cakap dalam entri hilang dan rindu. bila hilang baru rasa rindu. masa ada di depan mata tak pernah hargai. jangan tamak, jangan bongkak, jangan ego kononnya tiada perasaan.

bahagia ni tak boleh dibahagi-bahagikan. dia bukan macam kek coklat atau cupcakes yang sudah kurang menjadi trend sekarang. kalau boleh dibahagikan kebahagiaan tu, pasti ada satu orang yang dapat lebih. Kebahagian ni susah nak dibahagi. sbb die perasaan. perasaan pelik yang semua orang nak.

aku rindu perasaan keterujaan bila dapat call, perasaan teruja nak dating, siap shave misai, cuci rambut. kalau yang perempuan pastinya malam itu dah fikir esok nak pakai baju apa. dengar lagu pon sudah yang sedikit sentimental, tengok cerita pastinya membayangkan watak utama itu anda, masa menjadi perlahan bila bahagia. Macam jiwang kan? jangan nak tipulah korang tak pernah rasa macam gitu. ahaha

bila serabut semua jadi laju, masa seperti suntuk dan tidak cukup, semua tidak kena, takde yang betul. bahagia menenangkan.

Aku cuma rindu mak aku. aku harap dia ada supaya aku dapat cerita semua dan menyatakan segala permasalahan. Apa yang pusing dalam kepala aku, pasti dia akan memberi nasihat paling berguna yang tiada buku atau cikgu boleh tanding. aku rindu masa kecik dulu, semua bahagia dan dan sukahati aku nak buat apa. masa kecik masa bahagia. tiada masalah. hargai sahaja masa yang lepas.

jika kau rasa bahagia sekarang. hargai benar-benar. dia tak selalu datang.

Biar aku ulang lagi, jangan tamak, jangan ego konon tiada perasaan. Sebab bila keluar atau orang kelantan cakap tubik perasaan tu nanti, baru kau tau apa rasanya.

Secara terus terangnya, aku tidak kisah siapa baca, aku cuma rindu Nawwar, sila beri aku masa. tapi tolong tunggu, jangan lari.

sudah,

P/s: bawah kaed nie ada exhibition budak archi bertajuk journey. aku tak faham apesal diorang suka edit gambar yang black n white then macam ada sikit bahagian yang berwarna. cantik ke? mungkin perlu dibiarkan gambar tu berwarna sepenuhnya. lagi cantik agaknya. sukahati lah.



Read more...

3.2.09

Hari ini 8 : Pertunangan







Akak aku tunang. siap berbalas berpantun. Rugi sungguh tak record.
gmbr diambil dan diedit oleh aku. kecuali yang mempunyai gambar aku.

Gambar ini bila klik jadi besar.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP