umur dan imaginasi
Kalau aku boleh buat satu movie, aku nak buat movie pasal imaginasi. Tapi macam biasa, movie atau filem yang seronok pastinya diselitkan beberapa konflik yang akan menarik minat penonton. Penonton mahu perasaan tertanya tanya dan ada "oohh dan aahh" punya moment. Yang paling disukai ialah mengenai cinta dan masa yang makin hari makin sedikit.
Jadi ceritanya mungkin lebih kurang begini,
Ceritanya cuba beritahu iaitu mengenai masa kita kecil kita kuat berimaginasi, kita ada sifat inkuiri yang kuat, kita selalu tanya apesal suatu benda terjadi. Kita percaya dengan wujudnya power rangers, wrestling, faizal hussein yang mapu terbang dan hebat serta pandai shuffle. Kita berimaginasi dan biar jus kreatif kita mengalir.
Bila besar kita lebih gemar fikir kesan dan akibat, kesan dari suatu tindakan, logik dan rasional. Kit abiar imaginasi kita terhalang oleh logik kita sendiri.
Jadi movie yang aku nak buat ialah sifat percaya yang kuat terhadap sesuatu.
Pasal percaya..mungkin dengan sesuatu yang rumit dan kita tak nampak, mungkin pasal cinta lah kan. Bagaimana dewasa menghilangkan sikit demi sikit sifat percaya walau takde benda yang sepatutnya menghilangkan sifat percaya tu.
Tentang bagaimana satu benda yang kita percaya cuma apabila kita nampak atau dibuktikan, kalau tak dibuktikan kita susah nak percaya.
Percaya terhadap benda yang sukar dan rumit.
Contoh percaya ialah percaya yang orang sayang kita, dan kita cuma percaya bila kita nampak, nampak orang jaga kita, ambil berat, beri macam macam. Baru kita nampak dan percaya.
Orang Islam dilahirkan sebagai Islam, jadi mereka percaya dengan kewujudan Tuhan walaupun mereka tak nampak. Tapi Tuhan lebih pandai, Tuhan tahu perangai manusia lalu Dia beri kita macam-macam supaya kita berfikir dan kita kaji pasti ada kuasa yang hebat yang mampu cipta ini semua.
Kita halang kepercayaan dengan rasional dan logik. Bila ada logik, baru kita percaya.
Aku tak tahu bagaimana agaknya rupa filem ini, mungkin tentang kekuatan sifat percaya digambarkan dengan cara yang sangat metafora, mungkin.
Mungkin digambarkan dengan seorang budak kecik yang lahir lahir tak pernah tengok mak bapak, tapi dia sayangkan mak bapak dia dan dia percaya dengan mak bapak dia walau tak pernah tengok.
Tak tahulah macam mana,
Tapi lebih kurang begitulah.