tak best nya online pakai handphone
Geli tak baca tajuk untuk entri ni?
Sengaja aku gelikan.
Supaya kelihatan seperti blog gadis gadis yang hari hari cerita pasal diri sendiri di blog.
Kalau kau nak tahu, aku sekarang sudah duduk menyewa sendiri. Seorang diri. Beberapa hari lepas kereta aku baru hilang. Jadi aku patut cakap dugaan yang begitu sukar.
Aku rasa semua orang patut ada komitmen untuk menjadikan mereka rajin berusaha. Contohnya bila orang mahu kahwin, banyak orang kata masa itu rezeki melimpah ruah. Aku patut cakap, betul rezeki melimpah ruah, tapi masa itu buat kita rajin berusaha.
Masa itu kau fikir kau sudah ada komitmen, kau perlu capai sesuatu benda untuk memastikan diri kau hidup, dan mungkin orang yang disekiling kau.
Jujurnya, sebelum ini aku duduk di rumah akak aku, kerja aku sejujurnya agak perlahan. Selepas aku sudah fikir mahu bayar duit kereta, duit rumah sendiri, yang mana aku sengaja bebankan diri aku supaya aku belajar, aku rasa kerja aku bertambah laju.
Jadi makin cepat, sebab kalau album lambat siap, payment pon dapat lambat. haha.
Jadi buat bersungguh-sungguh, supaya payment dapat laju, maka cukuplah aku untuk hidup sepanjang bulan tu.
Dulu, kalau aku malas, aku rasa penat, aku tak ambil booking untuk minggu tu. Kononnya cuti la.
Tapi bila sekarang, fikir rezeki, Aku ambil dan buat bersungguh-sungguh.
Tak boleh dah nak main main sekarang.
Aku pon dah nak kahwin.
Sila berkomitmen. Tahulah susah senang.