Review AFF Suzuki dari akukopi
Tahniah kepada pasukan malaysia kerana menang piala Suzuki. Aku seorang yang tak minat bola. Jadi bila aku review pasal bola pastinya sesuatu yang pelik.
Jadi, daripada aku review pasal bola, aku mahu review pasal disebalik bola.
1. Aku rasa untuk pertama kalinya aku beli jersey. Semata-mata sebab itu hari aku pergi bukit jalil nak sokong team Malaysia. Sumpah best gila. Adrenalin meluap-luap. Jadi lepas ni kalau Malaysia ada main lagi lawan mana-mana team. Aku dah mula rasa nak pergi tengok.
2. Kau ingat senang ke rakyat malaysia semua nak berkumpul depan dataran merdeka tengok bola ramai-ramai tengok team Malaysia lawan? Pernah ke sebelum ni? Aku tak rasa pernah. Aku rasa begitu bangga, tiba-tiba macam semua rakyat Malaysia tau malam tu Malaysia ada game. Yang mana sebelum ni tak pernah ada orang kisah pon. Ini macam semua orang nak balik cepat, semua orang status kat facebook pasal team Malaysia. Gila pelik.
3. Semalam aku tengok bola satu family dekat rumah akak aku. Tiba-tiba jadi aktiviti keluarga. Akak-akak aku yang tak tau apa itu offside pon, bersemangat gila. Buat pertama kalinya aku tengok bola sambil menjerit-jerit. Sebelum ni goal ke, tak goal ke. Aku buat selamba je.
4. Team Malaysia menjadi begitu feymes sampai yang tak hensem pon orang cakap hensem.
5. Aku tunggu bila diorang nak keluar majalah mangga.
6. Aku cuma harap mereka tidak terlampau terkenal sampai jadi terlampau bangga sebab diorang muda.
7. Abang ipar aku cakap, "lepas dah menang suzuki cup ni, bolehla masuk yamaha cup, kawasaki cup, honda cup". Akak aku jawab.."eh..ada eh?"
haha.
Apa-apa pon. Tahniah. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia rasa happy masa tengok team Malaysia main bola. Kalau tak, memang kena maki je.