( dalam bas. masa awal-awal jakun dapat camera.3 taun yg lepas)Seperti yang digembar-gemburkan oleh aku dengan hebatnya mengenai kononnya aku ingin membuat filem pendek aku yang kedua. Tema yang dicadangkan pon aku masih kurang jelas. Kononnya perlu bermula dari belakang. Rewind. Kira konon style flashback lah. ini untuk kaed fest UIA. Aku tengok iklan di facebook.
Jadi ini antara idea kasar aku,
1. Takkan lah aku bodoh-bodoh mahu buat flashback pula kan? Gila tak best. Mungkin aku ingin cuba buat yang mula-mula dia start 5 saat. Contoh ada orang basuh muka, dan bila dia bangun tengok cermin sahaja ada hantu belakang, then baru mula cerita lah. Dan bila sampai penghujungnya, sampai semula time yang dia nampak hantu tu, dan sebenarnya, macam tiada kena mengena dengan awal tadi, kira macam tak boleh dijangkalah kononnya. Kononnya jelah.
2. Atau mungkin suatu cerita yang terlampau perlahan, yang sarat dengan cakap-cakap yang penting. Dan mungkin bila start cerita, begini,
-Fade dari black perlahan-lahan tunjuk muka pompuan sedang tunduk konon kat kedai makan.
-dan lepastu contoh dia cakap, "saya tau, saya tak boleh dapat semua atas dunia ni" sambil pandang kamera.
-lepas tu tunjuk muka lelaki pulak, mcm muka kecewa
-lepas tu fade black,
-tunjuk mamat tadi tu lari(kamera dari depan)muzik lagu radiohead -bones.
-lepastu aku pon tak tau. haha.
-lepastu bla..bla..bla.. cerita tahpape..sampai la kedai makan tu semula.
-kira macam kesimpulan yang membawa kepada cerita tu lah.
-tak paham kn?.haha
3. atau mungkin cerita yang terlampau simple, contohnya macam cerita mengenai satu budak yang suka tergelak dan apa yang berlaku sebenarnya yang menyebabkan dia kuat gelak sehingga tak berhenti dan akhirnya dia mati kerana gelak. Jadi mungkin ceritanya begini :
-Starting cerita je tunjuk budak tu gelak gila babi, kalau boleh budak tu gemuk, dan gelak yang jenis terhenjut2. dalam 3 saat.
-kemudian tunjuk perihal budak tu yang dahulunya seorang yang pendiam dan jenis mystery dan selalu dibuli dengan kejamnya. Kira sangat teruklah,
-kemudian mungkin ada satu benda yang aku belum fikir yang buat dia tiba-tiba gelak terlampau besar, (membawa kepada babak yang awal-awal tadi)
-kemudian dia mati, kira macam masa time ni, semua penonton akan,"aaawwww...budak tu mati pulak..ruginya..."
-apa yang rugi? aku pon tak fikir lagi.
4.
Reveriemalaya, mencadangkan aku supaya buat cerita mengenai sifat orang melayu tentang isu israel ini, dan educate mengenai perbezaan zionis dengan yahudi.
dan aku reply dan diedit,
"kita bising-bising sangat sangat pasal yahudi bom islam. Tapi aku rasa, orang lebih banyak cakap perihal bom itu, perihal teori konspirasi, perihal freemason dan pelbagai lagi, dari sembahyang kat masjid dan ingin bersatu. Cakap pung-pang-pung-pang, sembahyang tidak pula? Cakap pung-pang tapi hati busuk lagi, dengki lagi. sama saja macam yahudi. cakap pung-pang tapi tanak pula bersatu, bercakap dia paling kuat, tapi amalan tarak. Aku cuma tanak jadi sebahagian dari orang begitu. Aku percaya, kalau kau, aku dan semua orang lain ikut sahaja ajaran islam, segala ajarannya, freemasonlah, apa-apa konspirasi lah, semua pon tidak berguna. itu cuma yang aku rasa. Jadi aku cuma ingin buat sesuatu yang long-term, yang lebih target kepada seiap individu. supaya menyedarkan setiap orang betapa pentingnya bersatu ke, beramal ke, atau apa-apa lah yang lebih 'akar'. Tapi idea tu yang aku tak jumpa lagi. "Dan aku paling berminat dengan konsep yang ke-empat. Tapi tiada idea, terima kasih en.Reverie kerana menyumbangkan idea.
Read more...