Hari ini 42 : Perasaan kejatuhan
Aku rasa semua orang pernah rasa satu benda yang kita lebih kenali dengan nama kejatuhan atau orang putih cakap dan banyak orang melayu guna sebagai 'down'. Rasa 'down', rasa macam 'down',kene kutuk lepastu rasa'down', konek 'down' dan macam-macam lagi yang boleh digunakan untuk 'down'.
Aku sekarang sedang mengalami perasaan kejatuhan, yang mana banyak dipengaruhi oleh kamera aku yang rosak. Bodoh. Semalam aku tengah amik gambar orang bertunang, dia rosak. Tangan aku menggigil-gigil tak tahu nak buat apa. Semua benda aku cuba, off-on, cabut bateri, pasang balik, bukak lense, tukar lense, ketuk-ketuk, semua tak jadi. Atas jasa baik ada sorng budak ni, dia kasi aku pinjam kamera dia, terima kasih banyak.
Aku tak tahu apesal, sejak belakangan ni otak aku macam tak boleh nak keluar apa-apa lagi, nilai kritik yang makin merudum, aku tak dapat melihat sekeliling dengan perspektif berbeza, kurang opinion bercakap pon kurang teratur dan mungkin kerana hati menjadi kurang sensitif.
Tengok, sekarang tulis pon jadi entah ape ape.
atau mungkin perlu berehat kejap.
Kena balik melaka la minggu ni.