hari ini 23: syarikat bas batang.
1. percayalah, dalam menulis blog ini, tajuknya yang paling sukar ditulis. Tajuk diatas ni mengambil masa kira-kira 10 minit untuk aku fikirkan. Tapi tak menarik jugak.
2. Mula-mula, hari ini seronok. Gile bes gile! haha
3. Tiba-tiba aku teringat dekat kawan aku, Ariffin nama dia. Kawan zaman sekolah rendah dulu. Cita-cita dia ingin jadi pemandu bas Batang(nama syarikat bas dekat Melaka. tak tahu ada lagi ke tak sekarang. tapi nama bas itu agak lucah. bas batang.haha)
4. Normal lagi cita-cita ingin jadi polis, askar, ataupun cikgu untuk budak sekolah rendah pada awal tahun 90-an. Tapi kalau ingin jadi pemandu bas mungkin agak pelik, dan abangnya pula(kembarnya) ingin jadi konduktor bas. Tapi ok lagi, cita-cita paling pelik aku pernah dengar ialah ingin menjadi televisyen. Supaya hari-hari boleh tengok TV. Mungkin budak tu tak tahu televisyen bukanlah sejenis pekerjaan.
5. Berbalik kepada Ariffin, dia yang ingin jadi pemandu bas itu sangat taksub dengan bas. Walaupun aku kecil, aku tetap tak faham mengapa ada orang begitu taksub dengan bas. Hobi Ariffin ialah memegang mata sendiri(macam jim carrey buat tu. Dimana aku sangat takut bila dia buat depan aku) dan melukis gambar bas. Pastinya bas Batang.
6. Ariffin ada bukunya sendiri, buku lukisan, penuh dengan gambar bas, Bas yang sedang laju, bas sedang berhenti, bas tiada asap dan ada asap. Masalahnya ialah gamabr bas itu semua sama sahaja, nanti baru Ariffin cakap ini bas sedang laju, yang itu pula bas berhenti. Padahal sama aja aku tengok.
7. Aku pernah tengok Ariffin melukis, dia akan melukis sambil membuat bunyi bas menggunakan mulutnya. Sampailah dia habis lukis. Kemudian tunjuk kat aku. Ariffin sangat suka mendekati aku walaupun aku cuba berjauhan dengan dia. Sebab dia terlampau pelik untuk aku terima. Dia dalam kelas mahu dudk sebelah aku. Kadang-kadang bukan sebelah, mahu dudk kerusi yang sama dengan aku. Peliklah.
8. Aku teringat Abidin(abang ariffin) ada hobi iaitu makan tahi hidung sendiri. Cikgu dan budak perempuan selalu bengang dengan hobinya itu. Dia pula seakan-akan tidak faham apesal orang bengang dengan hobinya.
10. Namun begitu, ramai budak perempuan yang suka dengan Ariffin sebab dia hensem bagi budak sekolah rendah. Tapi malangnya dia sangat pelik. Tapi dia sangat sayangkan kat mak dia.
11. Aku ingat dulu dia selalu telefon aku bila hari tak sekolah, tanya macam-macam. Macamlah esok tak jumpa di sekolah. Tapi sebab aku baik aku layan jelah. Aku pon kecik-kecik sengal gak.
12. Dulu masa kecik-kecik aku ingat aku mempunyai kuasa. Tapi kuasa itu kena tunggu sampai besar baru keluar. Tapi bila dah berumur 22 tahun ni. Takde kuasa pon. Oh, aku sangat kuat berangan, berimiginasi sejak dari kecik. Cikgu aku selalu marah. Padahal aku tengah pikir ape yang cikgu aku cakap. "mungkin cikgu tak faham", kata aku yang masih kecil dan sangat comel dan menjadi kegilaan budak sekolah menengah.hahaha.
13. ok. Ini semua cerita betul tau. Aku tak tipu. Aku cuma teringat cerita dulu. Asalnya ingin tulis benda lain.
14. Manalah kau Ariffin
15. Hari ni hari tembakau sedunia? maknanya kena isap rokok tembakau la? rokok gulung? takleh isap rokok dunhill atau rokok dalam kotak biasa? haha
p/s: aku nak cuba masuk pertandingan menulis tentang hari bapa lah. Gay tak bunyik dia? klik sini kalau nak tahu lagi lebih. Haribapakkau