idea untuk ubah dunia
Seperti biasa, topik yang aku gunakan untuk menarik minat kamu sahaja. tiada apa pon idea yang besar untuk mengubah dunia ini. sila jangan marah jika kamu mengharapkan idea untuk mengubah dunia. ini semua main fikir-fikir sahaja sambil memandu kereta haiwan ku.
1. membuat perkhidmatan bilik tidur. Bilik tidur ini saiznya dalam 3M x 7M sahaja. Perkhidmatan bilik tidur ini seperti hotel. tapi bilik tidur sahaja. Bayaran akan dikenakan 3jam, RM20. Bilik tidur ini seperti tandas la senang cakap. Lokasi Bilik tidur ini seperti di RnR, di Petronas melawati. Di tempat-tempat dimana budak-budak suka overnite.
rupa bilik tidur ini sperti tandas. satu bilik kosong, ada tilam dan bantal sahaja. tidak ada tv atau radio atau apa. dan air cond la. Khas untuk orang mahu tidur sahaja.
Pastinya anda semua ada pengalaman tidur dalam kereta kerana penat memandu. Bayangkan ada perkhidmatan bilik tidur ini. pasti seronok bukan?
2. Pelajar sekolah rendah tidak diajar untuk membaca al-quran, hafal doa ataupun cara sembahyang di sekolah. Benda-benda sebegitu diajar di sekolah agama sewaktu petang shaja.
Pendidikan Islam di sekolah sepatutnya mengajar pandangan islam tentang agama lain. ataupun pandangan islam tentang dunia. Ajar tentang mengapa islam ini agama yang paling sempurna. Ajar tentang agama islam itu sendiri. bukan ajar baca doa, baca quran atau cara sembahyang. Islam bukan mengenai itu sahaja bagi aku. Benda macam itu, belajar di sekolah agama petanglah.
Pengajaran pendidikan Islam ini sepatutnya lebih terbuka, baru budak-budak faham dan senang terima, dan tidak bosan.
Dengan keadaan dunia yang penuh pengaruh yahudi ini, sepatutnya budak-budak sudah diajar bukan cara benci yahudi. tapi cara lawan yahudi. ajar budak-budak cara berfikir.
jika kamu budak UIA, kamu akan belajar satu subjek tajuk Islamic Worldview. Subjek ini patut diajar dari sekolah lagi. Betul-betul mengubah pandangan.
cakap senangla, bukan?
jika kamu ada idea mengubah dunia. sila berikan pendapat. aku suka mahu dengar.