Anti Trend?
aku bukan anti trend. bukan aku tidak suka trend itu ini semua. aku lebih suka haluan kiri. tapi aku bukan menolak segala benda yang trend. Aku cuma tidak suka bila trend itu dijadikan ukuran bagi ketamadunan manusia. bila kau tak ikut trend, kau ketinggalan. aku sangat tak suka begitu.
ikut atau tidak trend adalah hak masing-masing. dan aku pula bebas menulis apa sahaja di dalam blog aku. Trend sepatutnya dijadikan sesuatu untuk mengekspresikan diri, sebagai contoh, fesyen, aku suka fesyen, bila kita mengenakan sesuatu pakaian, kita pasti ingin merasa yakin. Kalau aku anti trend mungkin aku akan pakai seluar dalam sahaja ataupun memakai daun untuk menutup kemaluan. tidak. aku tidak anti trend. tolong faham itu.
Aku banyak mengutarakan mengenai trend disebabkan oleh ketidak fahaman aku terhadap sesuatu yang dijadikan trend itu. sebagai contoh, seseorang yang tidak minat mengambil gambar tiba-tiba membeli DSLR dan menggantung di leher kemana sahaja dia pergi semata-mata trend. Orang yang tidak minat apa-apa berkaitan membakar kek dan tiba-tiba menghasilkan kek cawan atas pengaruh trend. takut ketinggalan kononnya.
Aku menulis blog ini pon bukan kerana trend. Benda yang aku tulis di dalam blog ini ialah benda yang aku fikirkan sejak dari dulu lagi, namun tiada tempat untuk aku menulis. Jadi aku tulis disini. dan puas pula bila menulisnya dan menghiasnya dan bermacam2 lagi kepuasan.
Trend tidak wajib diikuti. permasalahnnya timbul apabila trend itu cuba diikuti dan menjadi seperti pelik sahaja bila melihatnya. Pernah suatu ketika trend memakai baju label indie yang bertulis-tulis di depan itu sperti baju "aku jiwa kosong" itu semua dan trend memakai skinny jeans berwarna merah. Aku akui, bila kena gayanya memang cantik. Tetapi ada juga yang memakainya dengan pelik ataupun senang kata tidak kena gaya. aku pernah lihat orang yang memakai baju begini, bersaiz besar, dipercayai kepunyaan abangnya dan memakai seluar sukan berwarna merah? aku tidak gelak, aku cuma hairan.
Tetapi, tidakkah anda bosan jika semua yang anda lakukan, dilakukan oleh semua orang? pasti anda mahu lebih maju dan menonjol bukan? disini lah trend dapat membantu perkembangan sesebuah pihak dalam apa sahaja bidang. sebagai contoh, Trend kursus kejuruteraan pada suatu masa dahulu di universiti.tanya sahaja "amek course ape?" kebiasannya "engineering dengan muka bangga".ramai bukan mengambil kursus kejuruteraan?. jika terlampau ramai, peratusan untuk kualiti meningkat, tetapi peratusan untuk "haram" juga lebih meningkat, dan akhirnya yang lemah itu, akibat trend akan terkandas, walaupun sebenarnya yang tidka berjaya dalam kejuruteraan itu mungkin hebat dalam bidang lain. tetapi akibat trend pada masa itu, yang lemah dalam bidang kejuruteraan tidak semena-mena ingin mengambil kursus kejuruteraan supaya tidak nampak ketinggalan dan lemah. Dan bila ramai saingannya, pasti setiap orang ingin menonjol, dan disini trend membantu dalam menaikkan kualiti dalam sesuatu bidang. tetapi berlu diselitkan dengan unsur persaingan sihat, bukan dengki mendengki.
Aku tidak anti trend. Aku suka melihat trend, fesyen terutamanya. asalkan kena gaya cukuplah. Trend gladiator shoes yang hangat juga sekejap membawa sehingga minah rempit pon memakainya. dan seperti biasa, minah dan mat rempit akan merosakkan segalanya, sama seperti era kasut timberland dulu. Selamat aku tidak beli lagi kasut timberland semasa mat rempit belum lagi memakainya, kalau tidak, mesti aku tak pakai smpi sekarang. haha.
tidak kisahla apa-apa pun. Harap anda semua faham apa yang ingin aku perkatakan.
terima kasih