mungkin usul bodoh untuk arkitek
aku kerja di menara etiqa di tingkat atas, belakang klcc. ada tempat isap rokok menghadap ke luar, bila mahu isap rokok memang itu tempat aku lepak. jadi memang pemandangan ialah bangunan tinggi yang membosankan. kurang betul warna hijau. sakit mata.
jadi sambil isap rokok aku perhati bangunan tinggi-tinggi. dan aku perasan setiap bangunan tidak melengkapi satu sama lain. kiranya, setiap bangunan berdiri dengan sendiri, setiap bangunan ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. daripada setiap bangunan itu berlawan antara satu sama lain, apakata wujudkan persefahaman dan perkaitan antara setiap bangunan.
ok, cuba bayangkan satu boulevard yang besar, kesesakan lalu lintas yang terus, di depan mata semua pemandu ada bangunan yang berkaitan antara satu sama lain. mungkin aku perlu jelaskan dalam rajah. sebentar. aku mahu lukis kejap.
ok
bangunan a terletak di depan, bangunan b letak di belakng, tapi bila dilihat dari kedudukan yang selari, dia akan jadi bentuk c, macam lilin kot.hahaha
kirakan, jika dilihat dari jauh, bangunan A dan B berkait dengan membentuk sesuatu bentuk yang lain. kiranya bila orang memandu, terutamanya dalam kesesakan lalu lintas, bangunan yang dilihat di depan mata bukan sahaja besar, tinggi dan cantik semata, tapi membuatkan orang ingin terfikir-fikir dengan bentuk yang terhasil bila dua bangunan itu dilihat selari.
ok, macam aku cakap tadi, boulevard besar, lalu lintas sesak, depan mata semua bangunan yang buat kita terfikir, seronok kan?
atau mungkin sudut pandangannya ialah dari bukit ampang sebagai contoh, kalau bangunan-bangunan yang dilihat dari atas bukit tu semua berkait antara satu sama lain untuk membentuk sesuatu bentuk yang lain, mesti lagi best.
ok,
aku tak tau kalu sudah ada konsep sebegini, sebab aku bukan baca buku arkitek pon. tapi kalau dah ada, bagitau ye, sbb aku nak tau cara pengaplikasian dia.
Read more...