24.7.12

Sikit pasal kahwin dari perspektif lelaki

Selalu masalah biasa orang yang fikir nak kahwin, bagi lelaki, ialah duit. Kalau nak kahwin mesti kena ada duit. Untuk kenduri, hantaran, pelamin, makan, apa jadah semua yang segalanya sejujurnya untuk aku sangat sangat membebankan. Aku kumpul berpuluh-puluh ribu, untuk aku habiskan satu hari dengan selamba, sebab orang lain punya kehendak dan kepuasan. Shit.


Sebenarnya bila kita, lelaki, kumpul duit, sebab nak kahwin, sebenarnya buat kita lupa sesuatu perkara yang mungkin lebih penting, mungkin aku patut cakap dari segi persediaan sebagai seorang ketua. Lelaki akan jadi ketua bagi keluarga. Dalam dunia yang kapitalis sekarang, kita anggap duit segala-galanya, jadi siapa yang keluar duit, dia yang berkuasa, siapa yang berkuasa, dia boleh buat segalanya. Kita macam lupa nilai nilai lain yang lebih penting.


Kau tau, 

Aku tak tipu,

Masa bertunang dugaan dia sikit punya lain macam, Kau jadi seorang yang macam bukan kau, tunang kau jadi macam dia bukan yang kau kenal,

Lain, serius lain.

Aku nasihatkan, bagi kau orang yang nak berkahwin,

Kawal diri,

Yang marah kurangkan marah,

Yang nakal kurangkan nakal,

Sembahyang banyak,

Pasal duit, percaya cakap aku, tiba tiba nanti cukup je.

Baiklah,

Selamat berbuka, ya.


7 carutan balas:

duan,  24 Julai 2012 pada 9:43 PG  

Betulla tu.. rilek je bro.. prepare diri kau untuk jd suami dan bapak lepas tu lg penting.. doa je yg elok.. mmg efektif gile.

AkuBukanLelaki 24 Julai 2012 pada 9:44 PG  

setuju!

tp masalah rumahtangga berpunca dari masalah duit dan keharmonian semakin merosot..

k|ree 24 Julai 2012 pada 5:11 PTG  

preparation iman dalam diri tue penting...duit bukan segala2 nya...tak boleh bawa mati...jangan berkira...jgn kata duit ko..duit ko..duit aku...duit aku...
dugaan selepas kawin lebih besar...:)

Asrulsani 24 Julai 2012 pada 11:56 PTG  

Orang kata lepas kahwin nanti rezeki murah. Nampak macam tak cukup, tapi sebenarnya cukup.

Jaga yang 5 je tu dah cukup. Tapi kalau lagi banyak lagi bagus!

Asrulsani 25 Julai 2012 pada 6:41 PG  

Kebetulan, http://youtu.be/76awe2v3vRM

ghost 31 Julai 2012 pada 1:26 PG  

pasal duit tu aku setuju sangat. tuhan maha pemurah. aku dah alami benda tuh. mula tak percaya, tapi akhirnya percaya juga bila berlaku depan mata.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP