10.5.12

umur dan imaginasi

Kalau aku boleh buat satu movie, aku nak buat movie pasal imaginasi. Tapi macam biasa, movie atau filem yang seronok pastinya diselitkan beberapa konflik yang akan menarik minat penonton. Penonton mahu perasaan tertanya tanya dan ada "oohh dan aahh" punya moment. Yang paling disukai ialah mengenai cinta dan masa yang makin hari makin sedikit.

Jadi ceritanya mungkin lebih kurang begini,

Ceritanya cuba beritahu iaitu mengenai masa kita kecil kita kuat berimaginasi, kita ada sifat inkuiri yang kuat, kita selalu tanya apesal suatu benda terjadi. Kita percaya dengan wujudnya power rangers, wrestling, faizal hussein yang mapu terbang dan hebat serta pandai shuffle. Kita berimaginasi dan biar jus kreatif kita mengalir.

Bila besar kita lebih gemar fikir kesan dan akibat, kesan dari suatu tindakan, logik dan rasional. Kit abiar imaginasi kita terhalang oleh logik kita sendiri.

Jadi movie yang aku nak buat ialah sifat percaya yang kuat terhadap sesuatu.

Pasal percaya..mungkin dengan sesuatu yang rumit dan kita tak nampak, mungkin pasal cinta lah kan. Bagaimana dewasa menghilangkan sikit demi sikit sifat percaya walau takde benda yang sepatutnya menghilangkan sifat percaya tu.

Tentang bagaimana satu benda yang kita percaya cuma apabila kita nampak atau dibuktikan, kalau tak dibuktikan kita susah nak percaya.

Percaya terhadap benda yang sukar dan rumit.

Contoh percaya ialah percaya yang orang sayang kita, dan kita cuma percaya bila kita nampak, nampak orang jaga kita, ambil berat, beri macam macam. Baru kita nampak dan percaya.

Orang Islam dilahirkan sebagai Islam, jadi mereka percaya dengan kewujudan Tuhan walaupun mereka tak nampak. Tapi Tuhan lebih pandai, Tuhan tahu perangai manusia lalu Dia beri kita macam-macam supaya kita berfikir dan kita kaji pasti ada kuasa yang hebat yang mampu cipta ini semua.

Kita halang kepercayaan dengan rasional dan logik. Bila ada logik, baru kita percaya.

Aku tak tahu bagaimana agaknya rupa filem ini, mungkin tentang kekuatan sifat percaya digambarkan dengan cara yang sangat metafora, mungkin.

Mungkin digambarkan dengan seorang budak kecik yang lahir lahir tak pernah tengok mak bapak, tapi dia sayangkan mak bapak dia dan dia percaya dengan mak bapak dia walau tak pernah tengok.

Tak tahulah macam mana,

Tapi lebih kurang begitulah.


15 carutan balas:

NeeNee 10 Mei 2012 pada 1:26 PG  

Tulisan ilmiah...naisss. Kalau ada masa tulis lagi macam ni please..Haven't read this kind of writing for so long (i mean from u)

AkuKopiKauSiapa? 10 Mei 2012 pada 1:43 PG  

@neenee :
haa. tula pasal. belakangan ni buat benda ntah ape hape banyak sangat lah. huhu

Cik Norfa 10 Mei 2012 pada 2:43 PG  

manusia pun sebenarnya mudah percaya pada benda yang baru nampak A belum B nya...

cth percaya pada MLM hanya melihat orang tu pakai kereta besar dgn bergambar di fesbuk...

antara contohnya la...

percaya pada Tuhan dengan kuasanya jugak kadangkala ada manusia yang terlalu fikir sampai di luar kekuatan iman...

nanti dah siap cerita mengenai percaya ni..bgtahu ya. seronok plak..hehehe

roland,  10 Mei 2012 pada 2:48 PG  

tp ko kompom ke kepercayaan kepada tuhan ko tu berdasarkan 100% berdasarkan logic dan bukan dogma atau ikutan?

adakah ko akan percaya kepada tuhan jika kau dilahirkan tanpa famili dan sebagainya yg menyumbat ko tentang idea 'tuhan' dari ko kecik sampai lah sekarang masyarakat sekeliling ko pulak.

adakah keyakinan ko terhadap idea tuhan itu datang dari pengalaman ko sendiri?

try think out of the box.

tolong bagi aku satu benda yg tidak boleh disangkal, tanpa argument, yang menunjukkan tuhan tu wujud. boleh?

Tanpa Nama,  10 Mei 2012 pada 11:08 PG  

Boleh.. Aku malas nk bg apa2 dalil naqli atau atau aqli. Sebab gaya ko ni mcm org malas nak berpikir.
Satu benda je aku nk ko buat. Tetiap pagi ko bgn tido, ko sebut nama Allah pastu ko carut2kn Allah ko maki segalalah... Kalau ko berani ko Buat dlm seminggu. Kalau ko takut makna tuhan tu adalah. Kalau ko buat buat berani gak, percayalah... Hati kecik ko takut sebenarnya.
Hmm.. Agama ko apa sebenarnya?
Takyah la nk think think out of the box sgt.. Nyampah aku dgr!

AkuKopiKauSiapa? 10 Mei 2012 pada 5:57 PTG  

roland :
aku percaya dengan allah.

Kononlah kau tak percaya dengan Allah,

pasti ada satu kuasa yang sangat hebat dan pandai dan power yang menjadikan alam ni semua.

Mesti ada,

Mustahil benda ni semua jadi dengan sendirinya,

kita panggil tuhan,

Jadi kononlah kau mencari tuhan dan mengkaji semua kitab yang ada atas muka bumi ni,

Akhirnya kau percaya, Allah wujud dan sangat power.

roland,  11 Mei 2012 pada 3:41 PG  

heh,korang x menjawap soalan aku.

1) bolekah korang kompom korang percaya berdasarkn pengalaman sendiri, dan bukan dogma dan propaganda yg disumbat kpd korang since birth?

2) korang belum memberikn aku bukti kukuh yg aku xboleh sangkal.

halo mr tanpa nama, argument ko x membuktikn apa2. ko kata aku malas berpikir sbnarnya ko yg malas berpkir. ko terima bulat2 tanpa kajian. ko terima apa yg ustaz cakap kt ko, kawan islam ko ckp kt ko, mak bapak ko ckp dgn ko. ko trima tanpa pikir. selama bepuluh2 taun ko hidup, ko only pegang kepada satu truth ni je. sape yg malas berpikir ni sebenarnya? and then ko try nk ckp dalil aqli dan naqli ko, benda ni akan lead to neverending argument. sbb klw tbe2 seorang kristian dtg bagi ayat from bible pn ko xkn trima. betul? sorang akan argue dari bible sorang dari quran. sama lah casenya skank ni.

lastly, ko cuma menyuruh aku buat benda yg org yg ko pnggil kafir dah buat bnyk kali - bakar quran dan sebagainya dan TIADA apa yg berlaku. tetapi akhirnya apa yg ko bole ckp hanyalah - "OH Nanti kt akhirat balasan bla bla bla". itu je yg ko mampu cakap.

sori mr. akukopi, aku bkn dtg nk gaduh.cuma aku dtg dengan aman. aku paham bro, msti korang rs uncomfortable. disebabkan ak question apa yg korang hold on to bape puluh taun.
aku bawakn satu discussion, tiba2 aku da ditnya apa agama aku. so adakah agama ko ini tidak menggalakkn org bertanya,mengkaji dahulu sebelum percaya?
adakah apa yg ko percaya, hanya berdasarkan dogma?

AkuKopiKauSiapa? 12 Mei 2012 pada 10:23 PG  

roland :
yup. mula mula memang percaya sebab islam dari kecik.

lepastu mesti sampai satu time kau nak tau apa kau percaya.


jadi kau baca buku, kau tengok tengok quran. kau dengar ceramah.

masa aku dekat uia. ada satu subjek ni nama dia islamic worldview. dia ajar pasal agama lain dan kelas akhir sekali dia cakap pasal islam.

baru kau tau powernya islam. dan kau percaya tuhan sangat berkuasa dan bijak.

teologi. atau ketuhanan ni bagi aku bukan logik. kalau kau fikir logik. munkin kau boleh gila.

jadi kau percaya. sebab faith. sebab kau yakin. kau bacalah pasal mana agama lain. kalau ada lagi power dari islam. mungkin ramai org tukar agama.

AkuKopiKauSiapa? 12 Mei 2012 pada 10:25 PG  

roland :
yup. mula mula memang percaya sebab islam dari kecik.

lepastu mesti sampai satu time kau nak tau apa kau percaya.


jadi kau baca buku, kau tengok tengok quran. kau dengar ceramah.

masa aku dekat uia. ada satu subjek ni nama dia islamic worldview. dia ajar pasal agama lain dan kelas akhir sekali dia cakap pasal islam.

baru kau tau powernya islam. dan kau percaya tuhan sangat berkuasa dan bijak.

teologi. atau ketuhanan ni bagi aku bukan logik. kalau kau fikir logik. munkin kau boleh gila.

jadi kau percaya. sebab faith. sebab kau yakin. kau bacalah pasal mana agama lain. kalau ada lagi power dari islam. mungkin ramai org tukar agama.

KhairulAswad 12 Mei 2012 pada 10:12 PTG  

Roland, kepercayaan seseorang tu jangan kita pertikaikan dan islam pon xpernah memaksa...jadi kita kena hormat kepercayaan seseorang tu. sebagai contoh, kabel elektrik yang putus dah jatuh dalam sumber air. berani x orang sentuh air tu, mesti x sebab ikot sains arus elektrik boleh bergerak melalui air dan kita akan kena efeknya. tp kenapa kita percaya sedangkan kita xnampak pon arus elektrik tu. sama kes macam tuhan, kita xnampak tp kita percaya bedsarkan keyakinan masing2.

Tanpa Nama,  12 Mei 2012 pada 10:48 PTG  

Hai roland,

Sebelum ak jawab soalan ko dgn jawapan yg personal dr hati ak kenape ak sndr pecaya dn yakin adenye allah.. Boleh x kalau ak nk mintak ko bg ak reasons atau bukti yg rasional bg ko kenape tuhan tu x wujud? -zahrin-

Tanpa Nama,  16 Mei 2012 pada 6:39 PG  

double thumbs up. btw, r u by any chance student from uia?

roland,  20 Mei 2012 pada 8:40 PG  

encik kopi,
ramai org, termsuk anda ckp teologi ni xboleh dibuktikn dengan logik akal, boleh jadi gila dsb, ttpi semua teologian cuba membuktikn adanya tuhan dngn memberi bukti yg harus diproses dengan logik akal. ironic bukan?

encik kahirul aswad,
anda memberi argument yg benda yg tidak boleh dilihat adlah wujud contohnya eletrik. sama juga jika anda menggunakan contoh angin. angin wujud walaupun saya x nmpak. saya percaya ini, kerana kedua2 ini boleh dibuktikn melalui kiraan matematik, eksperimen. anda setuju bukan? tetapi argument awak cuma berkesan jika saya boleh menggunakan kaedah ini dalm membuktikn wujudnya tuhan; which tak boleh. betul tak?

encik zahrin,
anda percaya ada wujud makhluk bernama Rasdawata? ianya bertanduk 5, tinggal di langit, berkulit hitam pekat. mesti awak x percaya kn? dalam kes ini, saya tidak perlu tanya kenapa awak x percaya, ttpi sayalah selaku org yg prcaya yg perlu membuktikan wujudnya makhluk tersebut, bukan?

akhir sekali saya minta maaf semua kalau tersinggung.

apekzer 28 Mei 2012 pada 9:24 PG  

apekejadahnya mr roland ni. meh sini study ungs 3, mesti paham nanti, tak beretika betul.

dalam islam ada konsep tauhid, maknanya kepercayaan kepada wujudnya Allah, tuhan yang satu. mengamalkan konsepm tauhid adalah dengan mengucap kalimah syahadah dan mengenal Allah melalui ibadah dan mengikuti segala arahan-Nya. Sebagai orang yang beriman, pasti Tuhan akan mengurniakan nikmat kepada mereka untuk merasai kewujudan Allah kerana konsep tauhid ini membuatkan manusia behave secara bermoral dan juga merasa tuhan seperti seakan-akan dekat dengan mereka.

benar, tidak semua muslim dapat merasai nikmat ini mungkin oleh kerana amalan mereka atau sebagainye. tetapi, Allah itu maha adil, jadi siapa yang beriman, patuh. pasti akan dibalasnya dengan nikmatnya contohnya berasa sangat dekat dengan tuhan.

so, penutupnya, anda tidak beriman dan tidak menunjukkan konsep tauhid dalam gaya personaliti penulisan anda. mungkin sebab itu tuhan tidak mengkurniakan nikmat itu kepada anda. maksud saya nikmat berada dekat dan merasai kewujudan tuhan. Jika benarpun anda menganggap makhluk bertanduk itu tuhan anda, ada konsep lain dalam islam dan rujukannya quran yang mungkin boleh saya terangkan di lain masa dan ketika.

*komen beremosi dari duan.

roq,  23 Julai 2012 pada 6:06 PG  

Roland, tiba2 aku terasa nak komen juga atas komen kau. mmg kebanyakan dari kita telah di didik dengan konsep ketuhanan dari kecil. tetapi, sejajar dengan peningkatan usia dan pertambahan akal, kebanyakan kita akan berfikir dan mempersoalkan apa sahaja yg kita percaya. sama juga dengan kes kau. kau mempersoalkan wujudnya tuhan.
jawapan aku utk komen pertama kau:
Keyakinan terhadap tuhan dtg dr pengalaman sendiri. Hasil drpd pembelajaran (ilmu), observation dan experience hidup.

soalan aku utk ko pula:
apa maksud 'think out of the box' yg ko sarankan pada yg lain? mari lah ko dan aku think out of the box juga.

Kalo ko mahu bukti wujudnya tuhan, xperlu tgk jauh2. kewujudan ko sendiri membuktikan wujudnya tuhan. Sbb setiap benda dlm dunia ni ada penciptanya, kecuali tuhan itu sendiri yg bersifat ex-nihillo. Islam itu agama yg indah, yg menyuruh umatnya berfikir dan memerhati. gunakan akal fikiran yg dikurniakan utk mencari jawapan. belajar dgn yg berilmu, kembali pd al-quran, its not just a book of science, tp a book of SIGNS. A book of ayaats.
Kita percaya dgn apa yg kita pilih utk percaya. The choice is in your hands. walau apa yg org buktikan pada kau, tetapi kalau kau dah set mind bahawa tuhan itu tidak wujud, maka begitulah juga jawabnya.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP