3.2.12

Perihal kongsi cerita kepada orang

uish. Macam lama tak menulis.


Maksudnya tulis sesuatu yang berkualiti yang kau akan suka baca. Dah terlampau lama tak tulis sampai makin lembab. Ingat dulu zaman dulu tulis macam tak mahu berhenti berhenti. Boleh tulis sepanjang-panjang idea mencurah curah. Orang cakap sebab banyak tengok bahan lucah? Akal jadi pendek. Tapi aku seperti lelaki normal lain. Frekuensi menonton bahan lucah itu tidaklah sampai tahap orang gila seks.

Atau mungkin semakin tua semakin kita banyak berfikir. Maksudnya kita sebelum cakap atau tulis kita fikir. Jadi akhirnya kita tak jadi tulis. Jangan kita salah anggap kalau sudah silap tulis kita boleh padam, masalahnya bila orang sudah baca, sukar dipadam dari otak.

Jadi lebih baik lah senyap dari menulis, atau bercakap. Mungkin sesuatu perkara itu lebih baik biar kita sendiri tahu dari kita kongsi.

Cakap perihal kongsi, atau bahasa lebih mudah fahamnya, "share" .

Cerita baik orang elok dikongsi, cerita buruk orang jangan dikongsi. Kadang-kadang bila kita kongsi cerita buruk, bukan kita sahaja yang membenci orang tersebut. Orang yang kita bercerita itu juga akan membenci turut sama.

Manusia berubah, orang buruk boleh jadi baik, orang baik boleh jadi malaun juga.

Jadi bila kita kongsi cerita buruk orang, orang itu begini, orang ini begitu. Maka tersimpanlah dalam kepala orang mendengar cerita bahawa orang itu begini dan orang ini begitu.

Diberitahu, manusia berubah.

Maka bila orang buruk tersebut berubah pon, maka tiada perubahan pandangan terhadap mangsa yang dianggap buruk tadi. Kerana orang yang mendengar cerita ini kadang-kadang bukan kenal sangat pon dengan orang yang dianggap buruk tadi. Maka kasihanlah orang yang asalnya tadi mahu berubah, tapi tetap dipandang buruk.

Lebih baiklah jangan dikongsi perihal orang. Yang baik tidak berlebihan, yang buruk jangan sekali.



3 carutan balas:

k|ree 4 Februari 2012 pada 12:24 PG  

sebab tue, dalam Islam hukumnye berdosa bercerita pasal orang...mengumpat lagi teruk dari membunuh....

kadang-kadang kita bukan nak bercerita...kita hanya nak meluahkan..tapi,secara x langsung...perasaan tak best timbul dari cerita yg di cerita kan tue...boleh bercerita..tp,bukan dengan begitu details spya tidak menimbulkan perasaan tak best itu...

buka mata luas-luas...baru bercerita...

Tanpa Nama,  5 Februari 2012 pada 11:58 PTG  

dan yang mendengar pun patut tahu had mereka. tidak patut judge dengan hanya mendengar. cuba lah untuk melihat kebaikan dr keburukan sbb tiada org perfect.

AzwanRamli 7 Februari 2012 pada 8:58 PG  

Erm....mengumpat nie mcm makan daging sesama saudara sendiri...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP