31.7.11

Selamat berpuasa seikhlas hati

Hari ini hari puasa, sepanjang bulan ini.

Maknanya kita tak bolehla nak makan tengahari, minum petang, hisap rokok sesukahati. Tak elok dipandang orang, berdosa untuk diri sendiri.

Jadi disini,

saya, akukopi atau akukopikausiapa atau hafizudin hamdan atau mushi atau hafiz,

Ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada orang yang berpuasa sepanjang bulan ini. Semoga puasa ini tidak dilakukan secara terpaksa.

Moga lepas puasa perkara baik yang dilakukan sepanjang puasa diteruskan dan perkara jahat yang ditinggalkan sepanjang puasa tidak dibuat selepas habis bulan puasa.

Salam,



Read more...

25.7.11

Benda yang lebih penting

Ada orang yang pandai cakap.
Mereka pandai cakap benda betul benda salah dan sebagainya. Dan mungkin juga apa yang dibuat. Apa yang perlu buat dan apa yang tak boleh buat.

Tapi mungkin kita rasa mereka itu cuma pandai cakap. Tapi tak reti pula mahu buat sahaja.

Tapi kalau difikirkan. Mereka cakap sebab mereka ada pendapat. Cuba bayangkan ada ramai orang yang ada pendapat. Pendapat yang mereka mahu cakap pasal pemain bola malaysia. Takkan seramai-ramai itu mahu turun padang main bola pula?

Jadi mereka suarakan pendapat mereka mengenai pemain bola. Maka pemain bola perlulah cuba analisis pendapat orang mengenai mereka.

***

Semua orang ada ego.

Macam aku benda paling pantang ialah terasa bodoh. Maksudnya bila aku rasa diperbodoh-bodohkan. Pantang beb.

Selalu aku rasa marah aku cakap. Aku bagi pendapat aku. Aku cakap apesal benda itu salah, dan apa yang betul.

Sekarang, dewasa sikit. Aku sudah malas cakap. Aku lebih rela senyap.



Read more...

20.7.11

sambungan entri sebelum ini

kau tau,

aku bukan tolak orang yang belajar di universiti. Aku bukan cakap baca buku tak penting. Aku tak cakap yang apa sahaja kau buat sekarang tak penting.

Kalau aku fikir macam tu, dah lama aku berhenti belajar. Dah lama aku pasang cita-cita nak jadi katil. Supaya hari hari boleh baring tak buat apa-apa.

Aku cuma cakap supaya kau buat sesuatu yang kau gembira.

Kalau kau rasa menjadi perancang bandar itu sesuatu passion kau, kau enjoy bekerja membangunkan negara dan rakyat dan ekonomi. Tak salah. tiada siapa cakap salah. Malahan kerja yang mulia.

Aku cuma cakap kerja tidak sepatutnya untuk memenuhi kehendak orang lain. Sebagai contoh bila orang tanya kau mahu cakap kau kerja sebagai Pengurus syarikat ternama dunia. Jadi kau dipandang tinggi.

Kerja sepatutnya sesuatu yang kau happy untuk buat.

Semua orang ada impian. Peluang untuk impian kau kadang-kadang datang tapi kau lepaskan sebab kemahuan orang lain.

Sekarang orang lain itu bila sudah tiada dengan kau. Kau rasa dia kisah pasal kau?



Read more...

19.7.11

hari ini 53 : update kehidupan akukopi



Kau tahu sekarang ini aku tak kerja?

Jika kau menggambarkan kerja itu sebagai sesuatu yang korporat. Duduk di ofis. Pakai tali leher. Praktikkan apa yang dipelajari di universiti. Kan universiti sekarang bukannya mengajar orang untuk jadi orang yang baik. Universiti sekarang sebagai kebanggaan ibu bapa memberitahu jiran-jirannya anaknya belajar di universiti sekian-sekian dan supaya anaknya dapat kerja bila sudah habis belajar.

Sampai kalau yang ada duit terlebih sikit, beri anak mereka belajar di luar negara. Walaupun universiti di luar negara itu setaraf kolej komuniti. Yang penting luar negara. Orang di Malaysia ini bukan tahu pon.

Sekarang ini aku hidup sepenuhnya dengan mengambil gambar, jujurnya ini pekerjaan yang aku paling happy sekali untuk buat.

Tipulah kalau aku cakap aku boleh buat sukahati aku, bangun pukul 12 tengahari.

Kau tahu aku tetap bangun pukul 8 pagi. Aku bangun, mandi, bukak komputer, edit gambar, reply email, update page, cuba belajar benda baru di internet, pukul 1 tengahari aku masak sebab aku suka masak, lepastu kadang-kadang malam aku jumpa client.

Hari jumaat sabtu ahad, selalunya aku keluar ambil gambar.

Lepastu kau rasa aku duduk rumah mengangkang tak buat apa-apa?

Sama dengan kau..bezanya cuma aku kerja dari rumah.

Begini,

Apa yang buat akhirnya aku memilih untuk mengambil gambar berbanding kerja professional yang aku sepatutnya buat kalau menurut apa yang dipelajari?

Bagi aku dunia ini sudah tak lama. Betul-betul sudah tak lama. Kau lihat sahajalah sekeliling. Macam-macam.

Lebih baik kau buat sesuatu yang kau gembira, dan kau hidup dengan apa yang kau buat tu. Dari kau sibuk nak kejar itu ini.

Kejar sangat dunia ini kononnya kau nak jadi kaya raya nak mampus. Biar sakit asal kaya, biar hati orang lain sakit asal kaya. Sibuk kerja kerja kerja kerja.

Jadi, aku ikut apa yang aku rasa. Aku happy ambil gambar. Aku kerja ambil gambar.



Read more...

16.7.11

Trip ke redang!

Aku rasa blog aku ini sudah kurang komen dan kurang pembaca sebabnya aku dah mula cerita benda yang sampai tahap orang tak faham mungkin.

Aku dah mula cerita benda yang terus keluar dari hati tanpa ditapis otak. Atau mungkin terus dari otak tanpa ditapis hati orang lain.

Nabila farhana cakap, "orang dulu baca blog awak sebab awak cerita best, mengarut, ataupun orang cuma nak tahu pasal awak. Sekarang orang tak baca sebab orang tak faham apa yang awak tulis. Awak je faham"

Jadi di hari Ahad pagi ini, biar aku update sikit cerita yang tidak serius.

ok,

Selalunya mana-mana tempat yang pertama kali aku pergi. Mesti aku ada belajar sedikit sebanyak tentang perihal orang-orang disana. Tapi di Redang aku tidak belajar apa-apa. Mungkin cuma sedikit, perihal budak-budak pulau yang dapat awek-awek cun meletup-letup. Sampai aku terasa ingin menjadikan budak pulau sebagai karier.

Pergi bukan nak tangkap gambar, jadi kamera aku jarang-jarang keluar, banyak masanya di dalam beg. Atau di dalam bilik. Tapi kadang-kadang tangkap jugaklah.

enjoy la sikit sikit.

Main pool

Nabila Farhana

Nabila farhana dan kawan-kawannya

bukan aku. Aku lagi tough.

kerusi di tepian pantai

pakcik bot

biru


aku tak shave. Macam sial

sengaja OOF
gadis-gadis pantai

got to dance UK di Astro channel 711




Read more...

10.7.11

cara mengawal manusia lain

Cara mengawal orang dengan mudah ialah dengan kuasa. Jadi bagaimana kita mahu dapat kuasa? kita dapat kuasa bila kita ada sesuatu yang ingin diberi. Contohnya wang, perasaan selamat, perasaan seronok, gadis, makanan, bantuan atau apa segala yang menjadi keperluan sebagai manusia.

Kita gunakan apa yang dimahukan oleh orang lain sebagai alat untuk menonjolkan kekuasaan. Sebagai contoh orang yang mempunyai banyak duit. Mereka akan guna duit mereka untuk mengarahkan orang lain melakukan apa yang dikehendaki mereka. Kalau tidak mereka tidak beri duit. Orang pon jadi takut lalu ikut arahan mereka.

Kalau dari segi lain seperti perasaan selamat. Kita perlu ikut arahan mereka. Macam perhimpunan bersih. Siapa mahu selamat. Jangan ikut perhimpunan itu. Jika tidak, mereka tembak atau tangkap. Jadi untuk rasa selamat, mereka tidak mahu ikut perhimpunan ikut. Maka orang-orang yang takut dengan ugutan kehilangan perasaan selamat, maka mereka tidak ikut. Tambahan ditakut-takutkan dengan pengaruh media dan segalanya yang berkaitan.

Ia boleh jadi dari institusi sebesar negara sehingga sekecil keluarga malahan hubungan dengan orang sesama orang.

Masing-masing mahu ada kuasa. Cuma tak semua orang mahu mengalah.

Mengalah dengna kuasa orang lain selalunya sebab takut kehilangan.

Ada orang gemar dengan kuasa yang mereka sedia ada. Tapi kejap. Sehingga orang yang berkuasa itu sudah tidak ada kepentingan lagi.



Read more...

7.7.11

Signifikasi BERSIH

Seperti yang kau tahu. Aku bukan peminat besar politik. Malahan aku selalu ambil tak kisah. Sebab bagi aku tiada politik yang jujur sekarang ini.

Jika satu orang cakap kerajaan sekarang tak betul. Adakah orang yang cakap itu betul? Atau mungkin dia mahu kelebihan apa yang ada pada kerajaan sekarang terhadap dirinya sendiri?

Jadi orang kata undian di Malaysia tidak bersih. Tidak jujur. Jadi disertakan dengan bukti pengundi-pengundi hantu. Main tipu.

Macam lebih baik tidak perlu ada pilihan raya kalau pilihan raya pon tipu. Lebih baik kasi BN menang setiap kali pilihan raya. Tidak perlu undi undi semua buang masa. Buang duit kerajaan buat kempen.

Manusia memang sifat menentang terhadap pihak berkuasa. Kita akan cuba salahkan pihak berkuasa. Jalan berlubang kita salahkan kerajaan. Minyak mahal kita salahkan kerajaan. Isteri merajuk kita salahkan kerajaan. Semua salahkan kerajaan. Sebab kita tak tahu nak marah siapa. Takkan minyak naik kita mahu salahkan diri sendiri pulak?

Lalu bila kita rasa kerajaan salah. Kita mahu orang lain jadi kerajaan. Kita mahu orang yang kita rasa kita boleh percaya. Orang yang sama menyokong kebencian. Lalu mereka rasa mereka ramai. Cukup ramai untuk memastikan kerajaan sedia ada kalah dalam pilihan raya.

Lalu pilihan raya kerajaan sama masih menang. Lalu berbalik kepada asal, kita salahkan kerajaan. Kita cakap kerajaan main tipu. Mereka sertakan bukti-bukti.

Kemudian contohnya pilihan raya seterusnya orang yang menentang kerajaan tadi menang pilihan raya. Kerajaan tukar kepada orang baru. Lalu mereka( kerajaan baru) suka pula dengan kuasa yang ada. Mereka suka dengan wang, suka dengan kuasa. Cakap apa sahaja decision semua orang ikut.

Kemudian mereka rasa tercabar di pilihan raya berikut. Mereka guna helah yang sama dengan kerajaan sebelum ini. Lalu orang tidak puas hati balik. Kemudian berlaku perhimpunan aman lagi.

Kemudian berulang-ulang lagi.

Aku tak salahkan orang yang ingin mengikuti perhimpunan bersih. Malahan mereka bijak kerana peka dengan apa helah kerajaan sekarang. Mereka mahu hak suara mereka didengar secara adil melalui pilihan raya.

Tetapi yang aku risau ialah kebodohan segelintir orang. Kau tahu jenis orang yang semangat lebih? macam, " pakcik..lek lek ar"

Ataupun cuma sesetengah orang yang enjoy dengan kerosakan. Secara sifat semula jadi atau dibayar itu tidak tahu. Tapi orang yang suka dengan kekecohan dan kekacauan. Yang sepatah haram tak tau pon pasal apa kejadah bersih ini semua tapi cuma mahu kekecohan dan gemarkannya.

Aku harap dijauhi orang bodoh yang begitu.

Tolong. Jaga diri.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP