26.5.11

keinginan, marah dan berkaitan

Salah bila kau fikir pasal diri kau sendiri sahaja. Bila kau fikir semua benda yang kau nak perlu kau dapat. Semua orang perlu beri sepenuh perhatian dekat kau yang bila kau tak dapat perhatian yang sebegitu kau merasa marah.

Ada beberapa cabang cara marah yang paling jelasnya pasti ialah bila marah yang membina dan marah yang buat kita rasa menyampah.

Tentang marah yang membina,

Marah yang membina pastinya sesuatu yang logik. Sebagai contoh kau jolok bontot kawan kau dengan kayu. Walaupun respon marah dia seperti memukul kawan kau tu. Tapi ia membina. Maksudnya ia akan mengakibatkan kawan kau minta maaf. Kira, membuat kawna kau rasa bersalah dan minta maaf kerana jolok bontot kau dengan kayu. Dan rasanya dia tak akan buat lagi.

Untuk kelihatan lebih jelas lagi, kita guna contoh yang sama untuk marah yang buat kita rasa menyampah.

Jika bontot kita dijolok dengan kayu, kita marah orang itu dengan menjolok bontot ibu bapanya dengan kayu, jolok bontot teman wanitanya dengan kayu. Pasti kawan kau yang menjolok bontot kau dengan kayu tidak akan meminta maaf bukan? pasti dia akan rasa lebih marah.

Maka berlakulah pergaduhan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Walaupun bagaimana kau marah sekalipon, kau perlulah ingat, tiada orang suka orang yang tiada rasa hormat.

Bapak aku pesan, jangan buat jahat dekat sesiapa pon, sebab sesiapon boleh buat jahat dekat kau.





haih~



Read more...

S.A.B.A.R

saya sabar



Read more...

23.5.11

sikit pasal penjenamaan

penjenamaan atau kata lainnya ialah branding bagi aku sesuatu yang orang jarang ambil kisah sangat.

Branding ini macam identiti bagi diri kau. Mari kita lihat wondermilk, kedai cupcake tu. Mungkin cupcakenya perasaan biasa aja. Apalah sangat istimewa cupcake wondermilk dengan cupcake orang lain. Resepinya pasti lebih kurang sahaja.

Tapi dilihat, wondermilk ada concept, conceptnya yang ala-ala vintage dan hippies sesuai untuk anak muda sekarang. Tanpa sedar kita suka kedai tu semata-mata untuk lepak-lepak.

Branding boleh jadi bisnes card kamu, rekabentuk blog kau. Dan mungkin sedikit tambahan, cara kau bercakap, berbual boleh jadi penjenamaan diri kau jugak.

Contohnya, masa aku buat name card aku, aku fikir mahu bila ia beralih tangan, aku mahu ia kelihatan seronok. Bila orang tengok card tu aku mahu orang fikir, "budak ni mesti seorang yang menyeronokkan".

Nasiblah orang nak rasa poyo ke apa, itu mungkin satu strategi aku. Aku mahu orang bila tengok name card aku fikir, "nak tengok website dia lah, reflect name card dia tak?"

Jadi aku buat name card aku tidak serius, nampak mesra dan tidak tipikal. Aku tulis "HI, MY NAME IS HAFIZ!" sebesar-besarnya kat depan card tu.

Aku bercadang kalau ada name card baru aku tak mahu tulis diri aku sebagai photographer, aku mahu tulis diri aku mungkin sebagai, "your new friend..and he is a photographer".

Aku cuma mahu orang lihat sesuatu yang berbeza dalam lambakan tukang ambil gambar sekarang.

ok,

Aku cuma mahu cakap benda itu branding lah. Banyak orang terutamanya yang terlibat dengan home business yang tak perasan benda-benda tu semua.

Branding akan dilihat berkesan bila orang tengok produk kau, mereka tahu itu hasil kau, itu cara kau dan sebagainya.

Banyak lagi cara lain, yang kau boleh baca dan carik sendiri. Kalau takde duit mahu beli buku, pegi google.



Read more...

20.5.11

pengaruh filem dalam kehidupan

Aku suka tengok pi mai pi mai tang tu. Sejak dari sekolah dulu aku suka gila tengok pi mai pi mai tang tu. Bagi aku cerita dia kelakar, banyak isu, dan macam menunjukkan Malaysia. Bayangkan cerita tahun awal 90-an sudah perasan isu-isu ni semua.

Aku suka pemerhatian dia yang orang india bukak kedai belajar memandu, orang cina bukak saloon, orang tua melayu bukak kedai kopi kecil dan beberapa orang muda yang tiada wawasan.

Mereka berbincang isu-isu yang mungkin sebenarnya betul kalau dengar betul-betul. Tapi akhirnya isu-isu mereka tu semua jadi perbincangan di kedai kopi dan kemudian berakhir di situ dan esok cerita lain.

Tak sangka sampai sekarang benda-benda macam tu hingga sekarang masih wujud. Bincang bukan main tapi kosong. tiada implementation.

Tak ubah macam aku juga, cerita di blog pungpangpungpang dan akhirnya aku pon sama.

Sekurang-kurangnya pi mai pi mai tang tu jauh lebih intelligent dari cerita senario yang lawak kosong dan bodoh. Mungkin kelakar. Tapi bodoh.

Tapi mungkin itu lebih baik dari sekarang ini cerita melayu yang sibuk buat cerita gaduh-gaduh, cerita hantu, cerita kelakar tak jadi. Cerita yang jual artis AF.

Mari kita tengok dua sedutan di bawah ya,

cerita melayu



cerita tamil



Jadi pendapat aku ialah,

Ingat tak bila cerita rempit keluar cerita Remp-it di wayang? tiba-tiba semua budak-budak jadi macam nak gila jadi rempit. Berleluasa bukan main. Semua jadi bangang.

Bila cerita kl gengster ni keluar pasti nanti dah budak-budak semua nak jadi gengster pakai rantai besi jalan mendada kerja asyik nak bergaduh je.

Langgar sikit gaduh, cuit sikit gaduh, picit telur gaduh.

Cuba la wayang tunjuk teladan baik sikit. Cerita pasal kucing ke, kekeluargaan ke, hidup seorang pesakit mental ke.

Dunia sekarang orang terlampau suka nafsu.



Read more...

14.5.11

Kalau kau mengejar wang(ini bukan MLM)

Dulu aku rasa aku pernah cakap pasal apa yang aku pilih. Mahu ambil gambar dan membuka perniagaan sendiri atau mahu kerja di pejabat macam orang lain di Malaysia buat.

Dulu masa aku cakap mungkin aku kurang membaca masa aku bercakap, aku tidak tahu lansung mengenai perniagaan, tidak tahu akaun. Tidak tahu duit masuk keluar yang membuatkan selama ini aku rasa job aku boleh dikatakan hampir tiap minggu tapi duit hilang entah kemana. Pengurusan wang aku sangat lemah.

Jadi aku google sebanyak-banyak yang boleh. Mencari pasal cara menguruskan akaun dan menguruskan perniagaan. Jadi aku rasa aku sudah dapat kesan di mana salah aku selama ni. Dan dapat merancang kewangan dengan lebih berkesan dan menguruskannya supaya perniagaan dapat terus berjalan. Insyaallah.

Aku belajar yang sebenarnya apa sahaja perniagaan yang kau buka, semuanya bagus. Kau buka kedai char kuey teow ke, yong tau foo ke. Menjahit ke, kedai gunting rambut ke. Semua boleh berjaya sebenarnya. Mungkin kau boleh bukak kedai char kuey teow macam kedai nasi lemak antarabgsa yang bersepah-sepah tu. Kalau kau jual yong tau foo mungkin kau boleh ada kilang untuk buat yong tau foo dan supply kepada orang macam kedai yang kat ampang tu. Tapi permasalahan yang sebenar ialah pengurusan perniagaan tu sendiri.

Persoalan dia bagaimana kau mahu start dengan capital yang kecil dan untuk uruskan duit itu supaya dia akan berkembang. Cara kau membuat 'costing' dan mendapat pulangan daripada benda yang kau usahakan dan bukan main caj ikut suka-suka hati je.

Aku fikir begini,

Aku harap aku tidak tersekat dengan ambil gambar sehingga bila-bila. Mungkin target aku ialah printing company macam Achik Print atau Advanco yang dekat melawati tu. Start small.

Sebab aku tengok kawan-kawan aku semua mintak kerja masih tak dapat.Beberapa je yang dapat. Aku sendiri mintak kerja tak dapat-dapat. Jadi sementara ni baik aku buat apa yang aku suka. Semoga google dan kepala otak aku dapat membantu aku menguruskan kewangan aku yang bersepah selama ni.

Tolong doakan semoga aku sudah pilih jalan yang betul ya.


p/s : Oh, jangan risau, perkara pertama sebab aku ambil gambar tetap sebab passion. Bukan sebab duit. Sebab itu caranya aku start. Dengan caj RM70. haha

http://hafizudinhamdan.com/blog



Read more...

11.5.11

Benda yang saya belajar di bangkok

Sebenarnya aku baru pulang dari bangkok untuk jalan-jalan dengan kawan-kawan aku. Trip yang sangat seronok. Mungkin aku patut cakap pengalaman yang susah nak lupa. Aku belajar banyak benda kat sana.

1.Aku belajar pasal betapa susah hidup mereka sehingga mereka buat banyak benda. Kalau aku jalan-jalan aku boleh lihat budak-budak universiti di sana pakai uniform(universiti mereka pakai uniform), jual-jual barang tepi jalan. Mereka takde macam kita ptptn atau loan. Kalau mahu belajar. Perlu cari duit sendiri.

2.Aku perasan mereka begitu lemah lembut. Terlampau lemah lembut. Ada mamat ni jual bukulima, pisau rambo, cota, benda yang elektrik cucuk kat orang tu. Siap pakai subang, tattoo banyak kat badan. Bila cakap, sikit punya lembut lagi. Terima kasih adalah wajib tak kira apa.

3.Mereka sangat hormat satu sama lain. Senyum tak putus-putus. Kalau di Singapore train mereka begitu senyap. Di london pon senyap(suara pak arab je memekak-mekak), di Malaysia lebih kurang. Di bangkok macam semua orang tegur menegur. Satu perasaan yang pelik.

4. aku rasa bila orang cakap pegi Thailand mahu cari pelacur, aku rasa tu suatu benda yang tak patut. Aku rasa mereka tak pilih untuk kerja macam tu. Mereka anggap kerja mereka sedang buat tu sebagai suatu kerja. Masa kami lepak borak-borak dengan mereka(pelacur), saja untuk tahu pasal mereka. Mereka berbeza bila aku jumpa bila dah habis kerja.

Kira lepas habis kerja, mereka normal, pakai baju biasa yang takla begitu menjolok mata. Tunggu bas dekat bus stop. Mereka sebenarnya bukan pelacur. Mereka macam penari bogel. Pelacuran haram di Thailand. Cuma strip club yang dibenarkan. Tapi macam tutup sebelah mata la.

5. antara jalan yang sesak dalam dunia ni ialah Bangkok. Tak percaya cuba banyak baca buku pasal pengangkutan. Semua case study cerita pasal Bangkok. Tapi hairan. Mereka tidak suka hon. Bawa kereta pon sabar.

6. Aku cuma rasa ia berkaitan dengan keagamaan mereka. Mereka kuat betul sembahyang. Dekat shopping complex besar gabak pon ada kuil sebelah. Dan tak kira pakai macam mana. Mereka akan singgah berdoa. Kira mereka sangat menghormati agama mereka.

Jadi, bila kita lihat cerita cerita di tv berkaitan Buddha. Banyak cakap pasal tenang, sabar, cool. Jadi aku rasa mereka begitu kuat agama sehingga berjaya mengadaptasikan keagamaan tu dalam diri mereka. Menjadi orang yang lembut, sabar dan cool.

Islam juga mengajar benda yang sama. Malahan mana-mana agama di dunia tak pernah cakap marah itu suatu perkara yang bagus.

7. Mereka begitu ramah. Sangat peramah sehingga kau boleh tegur siapa sahaja yang kau suka. Tanpa rasa risau.

8. Masa aku ke Bali beberapa tahun lepas, aku perasan mereka suka merenung orang. Kira macam kau bayangkan kau jalan kat kawasan yang ramai orang Indonesia. Mereka suka betul merenung orang. Aku cuma rasa merenung orang adalah satu benda yang bodoh.

Aku cuma rasa orang yang suka merenung orang atau suka pandang pelik dekat orang adalah orang bodoh. Suka menjaga tepi kain orang, kuat cemburu, hasad dengki dan kuat mengumpat.

Semasa aku di Bangkok, aku tak pernah rasa aku macam kena tenung.

9. Aku cuma rasa, Thailand satu negara yang kau patut lawat. Aku respek mereka atas kelembutan mereka dan betapa mereka hormat-menghormati. Aku terfikir untuk ke Vietnam. Orang kata di sana pon macam tu juga. Cakap macam menyanyi-nyanyi.

enjoy la sikit gambar. Ini gambar main uplaod je sebab malas nak pilih. Nanti lebih aku upload dekat Hafizudinhamdan.com



Grand palace


Chatuchak Park
Panas terik

Patung sami
grand palace. Masuk bayar RM35. Mahal
Bersama kawan-kawan melepak di Nana Plaza

Nana Complex yang begitu banyak cerita.Melepak-lepak



Read more...

3.5.11

Pasal masa depan saya, kamu dan dunia

Aku rasa dari dulu aku dah pernah cakap, aku tulis blog ini untuk rujukan anak cucu aku tentang kehidupan aku dan juga untuk diri aku sendiri bila dah tua nanti.

Mungkin aku sikit sentimental, tapi aku sentiasa mahu jadi orang yang lebih kekeluargaan. Aku mestilah mahu rapat dengan keluarga aku, kalau aku ada anak, aku mahu pergi main bola dengan anak aku, mahu belikan dia kamera supaya aku boleh ajar dia macam mana pegang kamera. Aku mahu jadi cool di mata anak aku.

Aku lebih mementingkan kebahagiaan yang diberi semasa berada dengan orang-orang yang aku sayang berbanding "membelikan" dia kebahagiaan.

Aku nak bila anak atau cucu aku baca blog aku ini, dan dalam buku-buku kecik yang aku tulis. Dia akan suka dan dapat tahu aku macam mana. Mungkin untuk dia belajar, atau mungkin untuk dia kenal aku.

Cuma aku harap, dunia ni cukup panjang untuk harapan aku, dan aku pasti ia harapan kamu juga.



Read more...

1.5.11

politik dan wanita yang power

Aku kurang sikit baca atau sekurang-kurangnya tahu pasal politik dalam Malaysia ni. Aku cuma rasa terlampau bodoh dan tak berbaloi untuk aku begitu ambil tahu. Aku rasa tak penting untuk aku tahu pasal pilihan raya dan segala. Semua sama sahaja. Sebabnya ialah politik di Malaysia ini bukan politik untuk pembangunan. Bukannya politik sebab masing-masing ingin memajukan rakyat.

Kalau mereka betul-betul mahu menang pilihanraya untuk memajukan rakyat. Mengapa tak majukan sahaja secara bersama-sama. Nampaknya mereka lebih suka untuk menang. Untuk kuasa. Wang. Mungkin.

Berkaitan dengan politik. Aku rasa bini Anwar Ibrahim seorang yang power.

ok,

cuba kau bayangkan, laki kau kene tuduh jolok bontot orang, freemason lah, skandal seks lah. Kau rasa, perempuan biasa akan tahan ke benda-benda tu semua.

Semua orang mahu kehidupan yang bahagia. Tanpa orang lain kacau mereka. Tenang. Aman.

Tengok macam mana bini Anwar Ibrahim tahan dan percaya dengan Anwar.

Kau bayangkan tiba-tiba keluar suratkhabar, muka macam laki kau, dengan pelacur. Sentap sial.

Siap ada sumpah laknat segala. Kau rasa kau tak goyang? Kau rasa kau sanggup percaya? Kau rasa macam kau tak suruh ke laki kau stop je politik. Bukak bisnes jual tudung ke, jual fridge magnet ke. Hidup biasa. Kau tak rasa kau akan suruh laki kau buat macam tu ke?

Mungkin kau percaya dengan laki kau sebab kau lebih kenal dengan laki kau. Tapi aku cukup respek macam mana Wan Azizah tu boleh tahan tekanan dari sekeliling. Terhadap keluarga dia. Macam mana dia sanggup berjuang kononnya mahu tegakkan kepercayaan dia terhadap laki dia. Aku cuma rasa tak semua perempuan sanggup macam tu.

Kau cuba bayangkan Wan Azizah seorang yang kuat merajuk. Seorang yang perlu dipuaskan hatinya. Kau tak rasa akan memberi tekanan kat Anwar? Aku rasa kalau bini dia seorang yang tak supportive lansung. Pasti Anwar macam hilang tujuan tak tau nak buat apa.

Macam mana hebat dan hensem seorang lelaki. Pasti memerlukan support wanita.WAJIB. Samaada ibunya atau isterinya. Jadi, jatuh bangun suami anda pasti sedikit terpulang kepada diri anda(isteri)

Wan Azizah ni sanggup berjuang bersama-sama laki dia dan sentiasa sokong apa yang laki dia mahu buat sebab dia tahu cuma diri dia yang betul betul belakang Anwar. Hebat kan?

Tapi kalau Anwar tipu. Jahat gila. Untuk isteri dan anak-anak dia.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP