4.12.11

dalam membuat keputusan

Aku rasa dalam blog aku ni sudah berapa banyak kali cerita pasal membuat keputusan.

dari keputusan yang menentukan hidup kau untuk saat seterusnya hinggalah keputusan yang akan cuma berkesan mungkin 2-3 tahun akan datang.

Membuat keputusan adalah benda paling sukar sekali dalam hidup manusia bagi aku. Dan pastinya kita diberi kebebasan untuk membuat keputusan. Keputusan untuk makan untuk minum, untuk berak, untuk tendang kepala member kita atau pon usap kepala member kita yang curi rokok terakhir.

Semua itu keputusan.

Jadi bagaimana kita buat keputusan adalah yang paling sukar.

Bagi aku, kita buat keputusan melalui pandangan secara komprehensif. Maksudnya secara menyeluruh.

Kita carik silap, kita analisis kesilapan, kita tengok apa alternatif yang ada, kemudian kita buat keputusan, kemudian kita kaji balik keputusan dan tengok cari balik mana silap. Kemudian ianya cycle semula bermula dari kita cari silap.

Yup. Itu cara buat keputusan.

Keputusan bukan sesuatu yang kita cuma rasa masa tu.

Sekarang contohnya aku rasa mahu campak macbook aku dan beli iMac.

Itu cuma yang aku rasa.

Dan kalau aku buat bererti aku bodoh.

Tidak kira bagaimana kau analisis masalah sekalipon, kau akan sentiasa nampak silap. Paling penting bagaimana untuk kau berdepan dengan kesilapan tu.

Cuma jangan blah.

2 carutan balas:

Asrulsani 4 Disember 2011 pada 11:45 PG  

Yang aku tau, jangan buat keputusan ketika marah.

AzwanRamli 7 Februari 2012 pada 9:01 PG  

"Bagi mengelak dari dikritik, jangan bercakap apa-apa, jangan lakukan apa-apa, jangan jadi apa-apa." - Elbert Hubbar.Ok,tiada kena mengena.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP