3.10.11

Sekali sekala aku cerita pasal fotografi


Aku jarang cerita pasal fotografi dalam blog ni. Aku rasa lah. Sebab aku rasa fotografi ni macam satu perniagaan paling bangsat sekali dalam dunia.

Tiada had. Maknanya sesiapa pon boleh masuk dalam bisnes ni. Ia bukan macam doktor yag perlu ada kelulusan, atau perniagaan runcit atau hartanah yang memerlukan modal besar gila. Bukan macam perancangan bandar atau arkitek yang memerlukan kau seorang yang diiktiraf.

Sesiapa yang ada kamera, tidak kira kecil atau besar, boleh buat bisnes fotografi.

Dia juga tiada orang panggil ekuiti kot nama dia tak silap aku. Maknanya lepas hari terakhir kau cakap kau nak pencen. Kau punya bisnes bernilai RM0. Ada ke orang nak beli syarikat fotografi? Kau boleh jual syarikat kau dengan harga ratusan ribu bila kau rasa kau nak stop. Tapi syarikat fotografi. Bernilai RM0.

Tapi kita pelik,

Macam mana masih ada orang buat duit dengan fotografi. Dan masih hidup sampai sekarang.

Ia dipanggil sebagai meletak diri kau di tempat lain dari apa yang ada di sekeliling sekarang.

Atau nama lainnya dipanggil style.

Macam ada orang gaya gambarnya tradisional, maknanya gambar yang intai intai belakang pokok la, keluar kepala separuh-separuh kat pokok la. Gambar tunjuk-tunjuk tepi jambatan la, tepi air terjun la. Walaupun orang yang diambil gambar tu pon tak tau mereka tunjuk apa. Gambar dalam hutan la, baring-baring atas rumput la. RO3 diorang punya bread and butter.

Ada orang gambarnya classic. Lebih simple, background simple. Lebih emotional. Banyak extreme close-up. Gambar plain. Center. Tak serabut. Aku patut cakap, aku letak style aku dekat sini.

Ada orang yang stylenya ala-ala journalist. Gambar suasana, gambar makcik-makcik tengah muka kelaparan, budak-budak tengah makan gula-gula, pakcik-pakcik tengah intai kat tingkap.

Ada orang suka ambil still life, jadi mereka akan dapat gambar detail-detail masa hari kahwin semua cantik-cantik. Dia punya hiasan atas meja la, kerusi la, pokok la, inai la. Benda-benda macam tu. 

Tapi,

Apa pon style kau, jangan tukar.

Secara bisnesnya, ia meletakkan kau di tempat yang lain, Maknanya, setiap style tu pasti ada orang yang suka. Tidak kira la tradisional ka, classic ka, journalist ka, apa jadah semua. Mesti ada orang yang suka.

Jadi sekarang kau sudah ada marketlah. Kirakan, bagi sesiapa sahaja di Malaysia ni yang suka dengan gambar tunjuk-tunjuk atau sembunyi belakang pokok, mereka dah tau mereka nak cari siapa. Sebab kau seorang je dalam Malaysia ni yang masih ambil gambar tunjuk-tunjuk dan sembunyi belakang pokok. Jadi semua orang yang suka gambar macam tu, mereka mesti cari kau dulu la.

Jadi, jangan tukar-tukar style. Campur-campur sikit tak apa. Tapi pastikan ada satu yang orang kenal kau sebab benda tu.


Berbalik kepada asal,

Pasal fotografi perniagaan terbangsat.

Pasal yang ni lain hari aku sambung.



2 carutan balas:

Zamri 3 Oktober 2011 pada 9:24 PTG  

Photography mmg best. Sbb dpt asah skill kreatif, x kira pakai dslr ker, camera phone ker. Janji kreatif.. :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP