19.7.11

hari ini 53 : update kehidupan akukopi



Kau tahu sekarang ini aku tak kerja?

Jika kau menggambarkan kerja itu sebagai sesuatu yang korporat. Duduk di ofis. Pakai tali leher. Praktikkan apa yang dipelajari di universiti. Kan universiti sekarang bukannya mengajar orang untuk jadi orang yang baik. Universiti sekarang sebagai kebanggaan ibu bapa memberitahu jiran-jirannya anaknya belajar di universiti sekian-sekian dan supaya anaknya dapat kerja bila sudah habis belajar.

Sampai kalau yang ada duit terlebih sikit, beri anak mereka belajar di luar negara. Walaupun universiti di luar negara itu setaraf kolej komuniti. Yang penting luar negara. Orang di Malaysia ini bukan tahu pon.

Sekarang ini aku hidup sepenuhnya dengan mengambil gambar, jujurnya ini pekerjaan yang aku paling happy sekali untuk buat.

Tipulah kalau aku cakap aku boleh buat sukahati aku, bangun pukul 12 tengahari.

Kau tahu aku tetap bangun pukul 8 pagi. Aku bangun, mandi, bukak komputer, edit gambar, reply email, update page, cuba belajar benda baru di internet, pukul 1 tengahari aku masak sebab aku suka masak, lepastu kadang-kadang malam aku jumpa client.

Hari jumaat sabtu ahad, selalunya aku keluar ambil gambar.

Lepastu kau rasa aku duduk rumah mengangkang tak buat apa-apa?

Sama dengan kau..bezanya cuma aku kerja dari rumah.

Begini,

Apa yang buat akhirnya aku memilih untuk mengambil gambar berbanding kerja professional yang aku sepatutnya buat kalau menurut apa yang dipelajari?

Bagi aku dunia ini sudah tak lama. Betul-betul sudah tak lama. Kau lihat sahajalah sekeliling. Macam-macam.

Lebih baik kau buat sesuatu yang kau gembira, dan kau hidup dengan apa yang kau buat tu. Dari kau sibuk nak kejar itu ini.

Kejar sangat dunia ini kononnya kau nak jadi kaya raya nak mampus. Biar sakit asal kaya, biar hati orang lain sakit asal kaya. Sibuk kerja kerja kerja kerja.

Jadi, aku ikut apa yang aku rasa. Aku happy ambil gambar. Aku kerja ambil gambar.

7 carutan balas:

Impiana Mayana 19 Julai 2011 pada 8:02 PG  

kadang2 rasa terfikir jugak..apa arah tuju bila saya dah grad nanti.. nak praktikkan kerjaya perancang bandar atau nak buat sesuatu yang saya suka tapi orang tua2 tak pandang sbg kerjaya yang serius.. haih.. betullah dunia ni dah x lama.. lg2 bila terlibat dlm course yg asyik membicarakan kemajuan dan kemodenan sesebuah bandar dan kualiti kehidupan dan dlm masa yg sama kos kehidupan yang semakin tinggi..

Melle Abadi 19 Julai 2011 pada 8:10 PG  

different people, different preferences

qi 19 Julai 2011 pada 5:52 PTG  

i want to agree with you.. bekerja melakukan sesuatu yang buat kita happy.. but i am still stuck here

Tanpa Nama,  19 Julai 2011 pada 5:57 PTG  

Kerja ambil gambar adalah persiapan untuk Hari Pengadilan. Kerja lain adalah cuma duniawi.

AkuKopiKauSiapa? 19 Julai 2011 pada 10:43 PTG  

tanpa nama :
kau ni tak paham ni

Asrulsani 20 Julai 2011 pada 5:01 PG  

Degree/diploma sekadar batu loncatan untuk lebih mengenali kehidupan seperti skil berkomunikasi, pengurusan masa, dll.

Tak semestinya belajar law kena jadi lawyer. Contoh Allahyarham Sudirman, Chef Wan, Yuna, Lisa Surihani... (sekadar beberapa nama)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP