18.6.11

Dalam benda yang kau ingin

Keinginan pastinya berubah-ubah. Contohnya macam apa yang kau bercadang nak jadi untuk kerjaya kau. Contohnya masa sekolah aku bercita-cita nak jadi pelukis, polis, jadi bomba, Masa itu ada sesetengah budak kelas aku yang nak jadi televisyen supaya hari-hari tengok tv. Ada juga yang bercita-cita jadi pemandu bas kerana dia suka lukis bas.

Kemudian besar sikit nak jadi jurutera, lepastu masuk sekolah menengah aku nak jadi arkitek. Lepastu tak lepas, aku nak jadi perancang bandar. Lepastu aku tak sangka sekarang aku ambil gambar orang pula.

Mungkin sekarang orang di Malaysia ini memandang kerja ialah sesuatu yang korporat, yang perlu masuk ofis, pakai tie dan kemeja. Perkara yang lain macam pelukis, pelumba basikal bukan dipandang satu karier.

Bagi aku kerja yang betul ialah kerja yang kau suka dan cinta dan perkara itu membawa kau rezeki.

Sekarang ini aku suka dan cinta kerja aku. Alhamdulillah ia membawa rezeki untuk aku.

Seperti yang aku cakap keinginan sentiasa berubah, bukan?

Dulu masa dulu aku nak bini cun, meletup-letup, biar masa kahwin kalau dah mengandung dah 30++ pon masih MILF.

Lepas itu dah jumpa tapi tak boleh pakai.

Lepastu kita mahu yang sedap mata memandang sudahla. Tapi masih perlu cun supaya tak sakit mata bila tengok. Kalau aku pon rasa tak selera mahu tengok, nak tengok hati pon dah tak sempat. Jadi, kita carik yang cantik dan hati yang baik.

Kemudian makin matang dan besar kita rasa hati yang baik tak cukup lagi, kita mahu sesuatu. Kita mahu orang yang sekurang-kurangnya pandai berfikir, yang sedar kesalahannya, yang memahami, yang sentiasa di belakang kita bila kita perlukan, yang pandai memujuk, yang sweet, yang dominan yang pandai buat decision dan macam-macam.

Lihat bagaimana keinginan kita berubah-ubah bersama kematangan.

Mustahil cukup. Takkan pernah cukup.

Persoalannya ialah bagaimana kita mahu berubah beserta dengan tahap keinginan kita.

Contohnya jika kita mahu orang yang pandai memujuk dan sweet. Adakah keinginan kita setanding dengan perbuatan kita? Adakah kau cuma mahu orang beri tapi kau sendiri kedekut?

Kira mungkin kau perlu memberi sesuatu untuk mendapat sesuatu yang lain.

Keingin kau yang berubah, terhadap apa sahaja perkara di dunia ini. Pastinya memerlukan sesuatu yang kau perlu beri atau korbankan. Tapi kau sanggup?

Kalau tak sanggup jangan minta.

2 carutan balas:

J 19 Jun 2011 pada 2:46 PG  

kadang-kadang bila aku baca entri kau, aku mcm.. "ape laa benda mengarut yg mushi tulis ni"

tapi jujur aku ckp aku suka entri ni and entri sblm ni :)

Tanpa Nama,  19 Jun 2011 pada 5:50 PG  

sanggup. Aku rasa bila kita dalam proses mematangkan diri, kita akan banyak berfikir dan menganalisis. Salah satu keputusan analisis adalah dengan berkorban. Contohnya, seorang lelaki yang suka melepak dengan kawan2 dia, bile memasuki alam rumah tangga, dia berkorban (sekali sekala) dari melepak menonton bola bersama rakan2 kepada melepak depan tivi dengan anak2 dan isteri. Dan isteri dari tgk drama korea, dia layan bola dengan suami. .Benda kecik, tapi besar impak.

oh berjela2 pula...Tapi aku suka bila kau menulis macam ni. Tulisan kau buat aku berfikir. Terima kasih... ^_^

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP