20.3.11

tips mencari jurugambar perkahwinan

Orang kalau nak kahwin benda paling penting ialah mencari jurugambar kahwin. Pastinya nak hasil yang cantik. Yang kamu boleh tengok lama sepanjang tahun dan kekal sampai bila-bila tak bosan.

Untuk itu kamu perlukan jurugambar kahwin yang pandai. Bukan setakat saudara-mara yang mempunyai dSLR kemudian kamu panggil dia jadi jurugambar kahwin kamu dengan bayaran RM500 sekali dengan sticky album. Lepastu kamu sendiri akan menyesal. Sebab kahwin bukan macam raya. Setahun sekali.

Tapi sebelum kamu pilih, pastilah kamu kena tahu cabang-cabang fotografi. Jadi baru kena dengan citarasa kamu.

Sebab ada orang pandai amik potrait atau fesyen, ada orang pandai ambil landskap, ada orang pandai photojournal, ada orang suka macro. Ada orang pandai event. Macam-macam.

Kadang-kadang ada orang memang pandai amik gambar, memang cantik gambarnya bila dia pegi travel. Kamera gabak mahal puluh-puluh ribu. Tapi pastikah kamu yang gambar kahwinnya cantik?

Kerana di Malaysia ini banyaknya potret dan journal sahaja.Jadi biar aku terangkan dua sahaja. Penerangannya berdasarkan taste kamu.

Potrait dan fesyen
Jika kamu suka gambar yang static. Tidak bergerak sangat. Gambar mungkin pelik dan simple. Lebih kepada kecantikan. Kamu akan suka yang begini. Gambarnya selalu dekat-dekat. Pakai prime lens macam 35mm,85mm dan 135mm.Lens paling wide pon 24mm.Lebih mengutamakan detail-detail seperti baju pengantin kamu, bunga dan benda kecil-kecil. Sesi outdoornya pasti seronok dilihat. Mungkin ini yang paling seronok dilihat dalam album kahwin kamu. Sebab pastinya kamu nak tengok album kamu banyak gambar kamu yang cantik-cantik kan? nak tengok gambar orang lain buat apa?

contoh :

http://www.rachelksumnerblog.com/
www.heandshephoto.com/

Journalist
Orang-orang begini lebih suka gambar moment. Gambar orang sedang menangis. Sedang gelak ketawa. Sedang teran berak. Sedang menahan nafsu. Bagai-bagai lagi. Jadi kamu akan boleh bayangkan bagaimana outputnya nanti? gambarnya pasti gambar orang sedang gelak ketawa. Gemar menggunakan wide lens. 10-24mm dan 70-200mm. Gambar melengkung-lengkung. lebih kepada candid. Tapi sesi outdoornya mungkin dia agak sukar. Jadi mungkin dia cuma suruh kamu buat biasa. Jalan-jalan. Kebanayakan fotografer kahwin di Malaysia stylenya begini. Aku pon tak faham apesal.

aku tak berapa minat cara journalist.Boring bagi aku. Jadi kamu boleh masuk sini untuk reference :

www.wpja.com/




Kesimpulan
Kedua-duanya cantik. Ia terpulang kepada kesukaan kamu. Macam aku pastinya aku memilih potret photography. Sebab ia lebih seronok. Dan selalunya layout albumnya lebih simple dan tidak serabut. Lebih-lebih lagi aku nak tengok muka aku. Bukan muka orang lain. Sebab itu aku lebih ke arah potret.

Namun, wedding photographer selalunya master kedua-dua gaya. Journal dan potret. Tapi seperti biasa. Pasti ada satu gaya yang dia paling suka. Itu yang bezakan. Dan itu yang kamu perlu pandai pilih.

Selamat memilih.

7 carutan balas:

admin@blogdiloz.com 20 Mac 2011 pada 11:03 PG  

http://www.heandshephoto.com/ tu gila best!
nanti kau shoot siapa-siapa aku nak shoot footage video macam kat blog dia.
damn inspiring.

check these out,
http://www.maxwangerblog.com/
http://aisle-candy.com/blog/
http://www.michellemooreblog.com/

Mami Booluck 20 Mac 2011 pada 1:06 PTG  

encik kopi..saya suka jenis yg pertama tu,"potrait dan fesyen"

tapi percaya tak??
masa kawin saya lgsg tak buat sesi outdoor mcm orang2 pd jaman skrng ni..lagi,tak hired pon jurugambar profesional.pakai dslr tapi cuma suruh pak menakan ja snap.

bila dah ada anak ni baru terasa nk buat outdoor...

jakun kah saya?hahahha..

AkuKopiKauSiapa? 20 Mac 2011 pada 4:57 PTG  

diloz:
aku tak penah tgk video dia. tp yg video tu bukan dia buat. kira colaboration dgn org lain.

mami boo luck:

huhu. mesti kawin zaman dulu ni. masa tu belum trend lagi.

chikleen 21 Mac 2011 pada 1:42 PG  

menci ar entry ni.
rasa nak amik gmbr kawin semula..
complete wedding gown and tuxedo.

Melle Abadi 22 Mac 2011 pada 1:34 PG  

aku nak mula fikir gambar kahwin aku dari sekarang lah, he he

Mami Booluck 6 April 2011 pada 7:33 PTG  

encik kopi,sadis plak dgr soalan tu..hahahaa..saya kawin tahun 2010 laaa ;)

Unknown 25 September 2013 pada 4:31 PTG  

http://www.lensarumahagam.blogspot.com/

jemput ke blog saya. terima kasih.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP