9.3.11

khas untuk geng-geng nasyid

Masa aku menulis ini sebenarnya aku sedang membuat project paper. Yang tajuknya mengenai pengangkutan jalanraya. Tapi disebabkan aku terfikir benda ini jadi lebih baik aku tulis sahaja kerana buat project paper itu sangat bosan.

Ok,

Masa sekolah dulu, ada satu geng ini yang aku panggil sebagai geng-geng nasyid. Mahu kenal geng nasyid ini bukan sukar sangat. Pastilah yang suka mendengar lagu nasyid.Kemudian bila bercakap mereka macam meneran sikit. Macam sedang tarik suara. Mungkin masa aku bercakap dengan mereka mereka sedang prektis suara, siapa tahu bukan?

Aku tak begitu kisah kalau mereka suka dengar lagu nasyid. Mungkin itu citarasa mereka. Malahan mereka bebas untuk mendengar apa lagu sekalipon. Mahu dengar kicauan burung setiap hari pon aku tak kisah.

Apa yang aku mahu cerita ini ialah orang yang suka berprasangka buruk, bercerita buruk, mencari kesalahan orang lain, suka menyanyi di waktu lapang, dan sebenarnya suka seks. Atau kata lainnya miang.

Aku tak tahu apasal, tapi sejak dari sekolah dulu, aku perhatikan orang begini semuanya yang datang yang dari aku panggil sebagai geng nasyid.

Aku tak nafikan ada geng nasyid yang baik. Yang betul-betul baik. Dengan semua orang dia boleh masuk. Dengan orang yang jahat nak mampos pon dia boleh masuk. Dengan geng baik nak mampos pon dia boleh masuk.

walaupun begitu, yang aku tengok yang betul-betul baik luar dalam dan hubungan mereka dengan orang lain bukanlah dari geng nasyid. Tapi golongan yang biasa-biasa sahaja.

Miang pon satu. Cuba tengok masa sekolah dulu. Yang kuat cerita blue masa dalam kelas. Yang kuat pegang-pegang murid perempuan. Banyaknya ustaz kan? Jarang gila aku dengar yang cerita blue dalam kelas cikgu-cikgu lain.

Sudahla gemar mendengar nasyid, suka meraba pula. Gila ka?

Orang lain biasa-biasa. Tidaklah suka dengar lagu nasyid sepanjang masa. Sekurang-kurangnya orang lain tahu menjaga hubungan mereka dengan orang lain.


dah. sambung keje. maaf yaat terabur. Harap faham maksud.

4 carutan balas:

azyansyahirah 10 Mac 2011 pada 4:51 PG  

Ni macam baca kat Metro apasal semua orang pelik pak lebai merogol bagai. Bukan semua yang buat, tapi cukup haul nak kasi imej "benda baik" nampak tak sesempurna mana.

Tanpa Nama,  11 Mac 2011 pada 4:00 PTG  

haha..aku sgt sokong kenyataan ko..aku dlu bdk nasyid gak..msk sbb just minat muzik..tp mmg de bdk dlm group nasyid aku seperti yg ko cite 2..sore nak teran jek..pastu ckp pandang2 tmpt len..mcm la org len tgk die..gatal n miang 2 mmg kompem la..haha :)

encikzamru 22 Mac 2011 pada 10:01 PTG  

aku geng nasyid.

1) Suka menyanyi pada waktu lapang
2) aku paling suka cakap buruk-buruk
3) aku paling suka jadikan hiburan tentang perasangka buruk
4) aku memang miang.

tapi kan, geng rockers mcm mana pulak?

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP