2.1.11

Short filem akukopi (4) : hon part 1.

Kan dulu aku pernah cakap, aku nak masuk short filem pasal perangai pemandu malaysia. Semua dah ada. Idea dah ada, pelakon dah ada, Tapi masa je takda. Serius masa tu aku sibuk gila. Dengan ambil gambar setiap sabtu dan ahad, dengan project paper. Semuanya tergendala.

Jadi biar aku share sahaja jalan ceritanya disini.

MULA!!

Babak 1:

Satu orang lelaki. Muka skema. Muka takde perasaan. Rambut sikat tepi.

Kamera zoom kat leher dia, dia betulkan tie, fokus dekat rambut, dia sikat rambut belah tepi. Lepastu kamera fokus kat kasut, dia ikat tali kasut. Lepastu dia garu telur sikit.

Kamera fokus kat pintu kereta dia bukak kereta, lepastu fokus kat tempat kunci kereta dia pusingkan kunci kereta. Kereta start. Dia tutup pintu.

(masa ni scene kamera semua cepat. Macam "tap", "tap", "tap"..faham tak? haha)

Lepas dia masuk kereta je, tangan dia macam nak tekan hon. Hampir je dia nak tukar hon, Kamera terus tunjuk bini(mesti seorang yang hot gila) dia kat dalam rumah pulak.

Bini dia tengah pakai lipstick. Serentak dengan hon berbunyi, Bini dia punya lipstick macam tercomot. Lepastu dia buat muka bengang.

Kamera tunjuk laki dia dalam kete tengah hon-hon tak stop-stop. Bini dia masuk dalam kereta buat muka macam "haish". Lepastu laki dia buat muka selamba. Terus jalan.

Babak 2 :

Sambung lain kali ok? esok la..panjang cerita nih..

3 carutan balas:

admin@blogdiloz.com 2 Januari 2011 pada 7:01 PG  

garu telur = nais!

tap tap tap tu as in macam camera shots dalam filem Requiem For A Dream. gila baii.

ابن يس 2 Januari 2011 pada 8:49 PG  

jemput ziarah ibnuyaasiin.blogspot.com

AkuKopiKauSiapa? 2 Januari 2011 pada 4:38 PTG  

diloz:
alamak..tak tau la citer apa tu..tapi aku rasa sama kot.huhu..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP