27.1.11

Lama tidak menulis

Sebenarnya aku lama gila tak menulis kan? aku rasa lama gila babi.

Dulu masa aku baru-baru tulis blog. Kononnya aku rasa aku sangat hebat menulis. Aku rasa idea aku takkan kering. Masa itu aku tulis pasal isu semasa, benda-benda bodoh yang bangang. Isu lelaki perempuan. MAsa itu tiada siri motivasi lagi. Sebab siri motivasi baru-baru sahaja semasa aku mengalami banyak betul masalah.

Aku rindu zaman aku suka tulis dulu. Akukopi ini kononnya macam blog yang bagus. Sekarang ini macam bodoh. Penulisnya sahaja sudah tiada idea. Penulisnya sahaja sudah tidak terurus rambutnya dan mukanya. Penulisnya sahaja sudah sibuk betul dengan urusan lain selain menguruskan blog.

Aku fikir-fikir sebab apa.

Salah satu sebabnya ialah bagi aku ialah pasal aku tiada masa. Masa aku weekend sibuk dengan menjadi jurugambar murahan. Selepas itu kalau Nabila Farhana yang dirindui sangat sekarang ini pulang, aku akan keluar dengan dia.

Masa-masa lain aku ke kelas, ke perpustakaan dan beribadah.

Kemudian lagi satu permasalahan ialah aku tiada idea. Sumpah kering. Aku mungkin masih boleh keluar dengan teori-teori bangang yang tidak masuk akal kalau dengan kawan-kawan aku. Tapi perkara-perkara macam itu kadang-kadang aku lupa untuk tulis. Lebih gemar bercakap sahaja.

Aku mungkin malas menulis pasal politik yang aku benci, atau isu-isu semasa pasal rokok naik harga lagi(babi). Atau pasal benda yang kau boleh baca di suratkhabar kemudian aku komen.

Sebenarnya aku rindu betul menulis. Aku rindu betul menulis benda tidak masuk akal. Benda yang boleh buat kau gelak. Benda yang boleh buat kau rasa apa yang aku rasa.

3 carutan balas:

mimie1678 28 Januari 2011 pada 12:48 PG  

busu... sila delete blog mimie tue then add balik eh... http://mimie1678.com

a . i . n 28 Januari 2011 pada 6:54 PTG  

manusia takkan ada konsistensi. itu memang lumrah hidup. kau akan berubah dalam perkara rutin kau dari semasa ke semasa mengikut suasana hidup kau sendiri.

Linlin 30 Januari 2011 pada 6:03 PG  

aku tunggu entri pasal perancangan bandar. lebuhraya bertingkat ke.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP