27.1.11

Lama tidak menulis

Sebenarnya aku lama gila tak menulis kan? aku rasa lama gila babi.

Dulu masa aku baru-baru tulis blog. Kononnya aku rasa aku sangat hebat menulis. Aku rasa idea aku takkan kering. Masa itu aku tulis pasal isu semasa, benda-benda bodoh yang bangang. Isu lelaki perempuan. MAsa itu tiada siri motivasi lagi. Sebab siri motivasi baru-baru sahaja semasa aku mengalami banyak betul masalah.

Aku rindu zaman aku suka tulis dulu. Akukopi ini kononnya macam blog yang bagus. Sekarang ini macam bodoh. Penulisnya sahaja sudah tiada idea. Penulisnya sahaja sudah tidak terurus rambutnya dan mukanya. Penulisnya sahaja sudah sibuk betul dengan urusan lain selain menguruskan blog.

Aku fikir-fikir sebab apa.

Salah satu sebabnya ialah bagi aku ialah pasal aku tiada masa. Masa aku weekend sibuk dengan menjadi jurugambar murahan. Selepas itu kalau Nabila Farhana yang dirindui sangat sekarang ini pulang, aku akan keluar dengan dia.

Masa-masa lain aku ke kelas, ke perpustakaan dan beribadah.

Kemudian lagi satu permasalahan ialah aku tiada idea. Sumpah kering. Aku mungkin masih boleh keluar dengan teori-teori bangang yang tidak masuk akal kalau dengan kawan-kawan aku. Tapi perkara-perkara macam itu kadang-kadang aku lupa untuk tulis. Lebih gemar bercakap sahaja.

Aku mungkin malas menulis pasal politik yang aku benci, atau isu-isu semasa pasal rokok naik harga lagi(babi). Atau pasal benda yang kau boleh baca di suratkhabar kemudian aku komen.

Sebenarnya aku rindu betul menulis. Aku rindu betul menulis benda tidak masuk akal. Benda yang boleh buat kau gelak. Benda yang boleh buat kau rasa apa yang aku rasa.



Read more...

21.1.11

sikit pasal sabar

Sabar ini mahal.

Perasaan dia macam meluap-luap dalam hati. kan?

Kadang-kadang kau pelik apesal kau sabar padahal kau boleh marah je.

Ia boleh jadi kerana bila kau hilang sabar meletupnya bukan main dasyat.

Atau mungkin kau sabar sebab bila kau marah, kau balik yang kena marah.



Read more...

18.1.11

sikit pasal marah

Marah bagi aku terbahagi kepada dua. SAtunya marah yang bising dan satu lagi marah yang senyap. Tiada orang yang ada spesifk marah. Maknanya tiada orang yang seorang yang cuma marah dengan bising atau marah secara senyap. Ia berubah-ubah ikut keadaan.

Sama ada kita marah jenis bising, atau kita marah jenis senyap, yang mempengaruhi cara kita marah ialah orang yang buat kita marah.

Marah yang bising boleh jadi sebagai marah yang mengamuk, berleter, menjerit atau menghempas barang. Marah yang senyap ialah senyap. Tidak mahu cakap apa-apa dan pendam sahaja dalam hati.

MArah yang bising ini datang bila perasaan marah ini datang terus ke arah hati. Atau dengan kata lainnya perasaan sakit hati. Panas hati. Contohnya bila marah itu disebabkan oleh perasaan jengkel. Kita akan rasa sakit hati. Contohnya bila orangyang buat kita marah itu tak faham bahasa. Sebagai contoh budak sekolah yang tak faham bahasa. Kalau marah secara senyap. Memang tak boleh. Perlu marah dengan berleter pula.

Kemudian budak itu kurang ajar pula. Perlu marah dengan menempeleng kepala budak itu pula. Takkan mahu senyap je kan?

JAdi itu marah yang bising.

Marah yang jenis senyap bila perkara yang buat kita marah itu datang terus ke otak. Ia membuatkan kita fikir. Tapi pada masa yang sama kita rasa marah. Contohnya bila kita kena tipu, gadis/lelaki kita main lelaki lain atau sebagainya.

PErkara-perkara yang kita tak tau nak marah bagaimana. Jadi kita senyap sahaja.

Sebab lelaki tak banyak hati, banyak otak. JAdi mereka lebih cenderung untuk marah cara senyap. Banyak perempuan kurang otak, banyak hati. JAdi mereka suka marah secara bising.

Tapi ada juga lelaki yang suka marah cara bising. Sebab yang perempuan itu betul-betul "mengusik" hati.

oh..

Ada lagi satu jenis marah iaitu marah yang ketawa. Bila yang membuat marah itu terlampau bodoh.



Read more...

17.1.11

hitam putih


DSC_0628


DSC_0596

DSC_0406



benda asalnya tiada warna. Matahari yang beri ia warna

http://hafizudinhamdan.com/blog



Read more...

10.1.11

bila benda lain dah tak penting

kau tau, akan ada satu masa, kau rasa benda semua dah tak penting. Setakat facebook, twitter, blackberry atau macbook kau semua kau rasa takde pon takpe.

Time yang kau rasa macam kau hanya perlu ada orang yang paling penting je.

sekurang-kurangnya tu yang aku rasa sekarang.



Read more...

9.1.11

pengumuman paling penting sekali dalam dunia

seperti yang dijanjikan aku pada tahun lepas.

mula bulan januari aku nak ada dot com sendiri untuk sukasukaphoto.

jadi silalah lawati


hafizudinhamdan.com

terima kasih

bagi sesiapa yang ada link sukasukaphoto dulu..

sila kemaskini ye!



Read more...

5.1.11

website wajib masuk bagi orang suka ambil gambar

Bagi aku, masalah utama bagi orang yang suka ambil gambar bukannya masalah nak control camera, masalah tak reti pakai flash, masalah tak reti nak buat compo, masalah takde idea atau berapa ringgit nak charge atau masalah gatal-gatal semasa ambil gambar.

Masalah utama ialah nak beli kamera apa?

Jadi, dekat sini aku nak syorkan website yang aku selalu masuk untuk tengok harga kamera, atau sekadar nak bakar hati tengok lense-lense, kamera-kamera atau aksesori kamera.

Aku selalu masuk http://photography-gears.com

Aku suka pasal website ni pasal dia macam review satu satu barang kamera. Lepastu kadang siap ada video so aku tak payahla nak susah-susah nak carik dekat youtube satu-satu.

Sebab dia ada tunjuk price list semua sekali, so senang aku kalau nak kira bajet ke apa ke, nak tunggu tahun depan ke. susun job banyak-banyak, kumpul duit, lepastu baru beli satu biji bag ke. Ikut suka kau la. Tapi yang penting dia ada price sekali.

Kaau kau rasa kau macam minat benda-benda lama-lama dalam fotografi, kat situ ada pasal lomo sekali, dia ada macam tunjuk video review barang-barang lomo.

sebelum terer amik gambar kena beli kamera dulu, dah beli kamera kena beli lense pulak, kena ada flash lagi. Kamera banyak, lense pon banyak. So penting untuk baca review sebenanarnya. Itu pasal kau kene masuk http://photography-gears.com


oh,

ini bukan iklan. Ini jujur dari hati.



Read more...

2.1.11

Short filem akukopi (4) : hon part 2

Babak 2:

kereta keluar dari rumah.

Kamera dari atas,(mungkin kamera kena duduk atas flyover), nampak kereta dia(proton saga buruk) tengah cucuk satu kereta rapat. lepastu dia terus hon.

Lepastu kereta tu macam ke tepi sikit. Beri laluan.

lepastu kamera dari sebelah lelaki tu pulak..

Dia bawak sama laju dengan kereta yang dia potong tadi, dia bukak tingkap. Lepas tu dia macam keluar kepala nak pandang kereta yang dia potong tadi. Bini dia macam geleng kepala lagi.

Babak 3.

Sampai dekat traffic light. Traffic light merah.

Kamera fokus dekat bumper depan kereta dia dengan bumber depan kereta belakang rapat gila babi.

Lepastu kamera fokus dekat mata dia.

Lepas tu keluar macam beberapa frame. 1 frame fokus kat mata dia. 1 frame fokus kat traffic light. 1 frame lagi fokus kat tangan dia(sedang macam angkat ready nak tekan hon)

Traffic light tuka je hijau, Dia terus tekan hon secara yang jenis panjang punya. Lepastu dah jalan, dia buat muka selamba.

Babak 4 :

Dia masih memandu, lepastu nampak ada orang bawak basikal lalu tepi jalan.

Dia pegi rapat dekat orang tu. Lepastu hon kuat-kuat.

Orang tu jatuh. Lepastu dia macam senyum nipis.

Babak 5 ;

Lepastu macam tunjuk banyak-banyak frame. Semua scene yang dia hon. Sekejap hon pakai tangan dengan bersungguh2, lepastu dia pakai siku, lepastu ada yang dia kepala, ada pakai kaki dia pijak-pijak hon tu. Mungkin ada yang dia pakai bontot.

Kira macam hon dengan bersungguh-sungguh la.

Babak 6:

Dia balik rumah.

tunjuk bini dia dengan bini dia atas katil. Bini dia tengah baca buku. Dia tengah tidur atas katil.

Lepastu kamera zoom terus kat kepala laki dia. Lepastu fade to white.

Lepastu masuk dalam mimpi laki tu.

Dalam mimpi laki tu dia sedang happy hon orang. Macam semua benda macam diperbuat dari kertas. Orang-orang yang dia hon tadi, termasuk dengan pakcik tu semua macam tengah menari beramai-ramai sambil pengang stereng dan tekan hon. Semua benda macam kartun. Macam kereta diperbuat dari kertas, awan dari kertas. warna-warni Kira kartun la.

Lepastu fade to black.

Lepastu tunjuk bini dia sedang pandang laki dia yang tengah tidur.

Kamera bergerak perlahan-lahan ke arah laki dia.

Lepastu laki tu sedang macam buat gaya tekan hon, muka tersengih-sengih. Sambil tidur.

Bini dia geleng kepala lagi.

Babak 7 :

Esoknya perkara yang sama. Dia pakai tie, sikat rambut, bukak pintu kereta, start enjin.

Lepastu dia punya muka terperanjat.

Stereng dia da takde.

dia carik-carik bawah seat, belakang kereta. Semua tempat dalam kereta.

Lepastu bini dia masuk kereta, bini dia tunjuk stereng.

Lepastu bini dia hon kat telinga dia pakai benda yang macam spray tapi keluar hon tu.

Lepastu keluar mesej yang menyatakan bahawa hon itu menjengkelkan.



*habis.



Read more...

Short filem akukopi (4) : hon part 1.

Kan dulu aku pernah cakap, aku nak masuk short filem pasal perangai pemandu malaysia. Semua dah ada. Idea dah ada, pelakon dah ada, Tapi masa je takda. Serius masa tu aku sibuk gila. Dengan ambil gambar setiap sabtu dan ahad, dengan project paper. Semuanya tergendala.

Jadi biar aku share sahaja jalan ceritanya disini.

MULA!!

Babak 1:

Satu orang lelaki. Muka skema. Muka takde perasaan. Rambut sikat tepi.

Kamera zoom kat leher dia, dia betulkan tie, fokus dekat rambut, dia sikat rambut belah tepi. Lepastu kamera fokus kat kasut, dia ikat tali kasut. Lepastu dia garu telur sikit.

Kamera fokus kat pintu kereta dia bukak kereta, lepastu fokus kat tempat kunci kereta dia pusingkan kunci kereta. Kereta start. Dia tutup pintu.

(masa ni scene kamera semua cepat. Macam "tap", "tap", "tap"..faham tak? haha)

Lepas dia masuk kereta je, tangan dia macam nak tekan hon. Hampir je dia nak tukar hon, Kamera terus tunjuk bini(mesti seorang yang hot gila) dia kat dalam rumah pulak.

Bini dia tengah pakai lipstick. Serentak dengan hon berbunyi, Bini dia punya lipstick macam tercomot. Lepastu dia buat muka bengang.

Kamera tunjuk laki dia dalam kete tengah hon-hon tak stop-stop. Bini dia masuk dalam kereta buat muka macam "haish". Lepastu laki dia buat muka selamba. Terus jalan.

Babak 2 :

Sambung lain kali ok? esok la..panjang cerita nih..



Read more...

1.1.11

gambar seketul (14) : tripod



Sebenarnya aku takde pon tripod. Aku pinjam je orang punya. Aku rasa dah sampai time aku patut beli tripod sendiri. Aku nak yang warna hitam tu, yang atas dia bulat tu. Kira tripod yang nampak mahal dan solid. So aku boleh jalan-jalan dengan nabila farhana ambil gambar. Walaupun malu sebenarnya.

Aku baru beli bag kamera. Bag yang jenis sling macam crumpler tu. Supaya tak malu untuk bawak jalan-jalan, sebab sebelum ni aku pakai beg nikon yang buruk tu. Malu siut bawak jalan-jalan. Dahla buruk. Merosakkan gaya.

Aku punya target, aku nak banyakkan masa dengan kamera. Aku cuba buat habit, kemana-mana aku nak bawak kamera. Sebab sebelum ni, aku cuma bawak kamera untuk amik gambar orang je. Aku belum tahap sampai bawak kamera ke mana sahaja aku pergi.

Lebih-lebih lagi dengan trend budak-budak bawak kamera besar dan gantung kat leher. Aku jadi makin malu nak bawak. Kesian aku dan orang-orang lain yang betul passionate pasal fotografi. Kesian.

Oh. Sukasukaphoto dah update!!

Dan selamat tahun baru!!



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP