29.8.10

harap ini bukan pesan terakhir 9

1. Semua orang ada harga diri, tapi cuma bagaimana kamu menegakkannya.

2. Dalam dunia sekarang orang cuma respek kau bila kau mintak, mereka takkan beri sesenang hati.

3. Kau memang tak boleh predict masa hadapan, tapi kau ada kuasa untuk bentuk ia. Kuasa itu ialah pilihan.

4. Cuma ada 2 pilihan, ya atau tidak.



Read more...

27.8.10

nasi kerabu yang tenang

Dekat UIA ni ada satu bazaar ramadhan.

Yang kecil, tidak banyak pilihan, tiada gadis comel kerana gadis comel semua makan di luar dengan lelaki masing-masing, berkonsepkan balapan, makanan yang tidak sedap dan kedekut dan mahal, dan senang cakap tidak seronok dan meriah.

Aku ingat hari pertama puasa aku cuma makan sisa-sisa lauk yang tinggal dari kedai jual nasi campur paling bodoh dan diboikot hingga ke hari ini oleh aku. Tapi takpe. Asal dapat makan.

Ok,

Tapi ada satu kedai nasi kerabu ini, yang sepanjang puasa ini, aku boleh bersahur dan berbuka makan nasi kerabu pon takpa. Sebab sedap. Aku seorang yang tak suka makan nasi kerabu sebenarnya. Sebab rupanya tak cantik, warna biru, dan selekeh.

Tapi nasi kerabu ini betul2 buat aku jatuh cinta.

Kedai ini begitu tenang, nasi kerabunya juga kelihatan tenang dan bersahaja. Mamat yang menjualnya aku selalu nampak di Blok Zubair tapi tak pernah tahu nama, Orang yang beratur di kedai Nasi kerabu tu tak gelabah macam di kedai lain. Pembeli di kedai nasi kerabu itu semua senyap dan tenang. Dan sabar menunggu. Keadaan seperti di alam lain di gerai nasi kerabu tu.

Serius woo..aku tak tipu..ni cerita betul ni.

Semua macam menghormati nasi kerabu yang tenang. Mahu beli pon kena tenang. Jika mereka kelam kabut mahu beli Ikan Bakar Duan, di gerai nasi kerabu mereka perlu tenang. Semua berdiri tegak, cakap pon perlahan-lahan dan hampir berbisik.

"be..kerabu aye se"



Read more...

22.8.10

harap ini bukan pesan terakhir 8


1. Sebenarnya, tak salah untuk give up, sebab bila kau give up, nanti kau baru perasan kau dekat mana sebenarnya, nanti kau tersedar lah. Bila kau tersedar, baru kau tau apa yang kau nak kena buat.

Give up penting, supaya kau tak terus membodohkan diri.

2. Kawan aku ada cakap, "weih mushi, aku rasa kau salu dapat apa kau nak". Jujurnya aku rasa memang selalu aku akan dapat apa yang aku nak. Sebab aku selalu 'aim' gila babi. kira aku selalu berusaha sampai aku dapat. Bukan petik jari terus dapat. Dan sangat penting untuk kau tau apa yang kau nak.

Dan sebab itu aku tak dapat apa-apa, sebab aku tak tau apa yang aku nak.

3. Paling penting untuk kau menjadi diri sendiri. Kiranya, jika kau berkenalan dengan ada seorang gadis ini, semakin lama kenal nanti pasti akan dia beritahu dia suka mamat yang begini dan begitu dan begini dan begitu.

Sangat penting untuk kau tidak mengendahkan apa lansung yang dia cakap. Dan tidak ikut lansung dengan apa yang dia suka.

Sebab nanti kau jadi merepek. Dan dia cuma suka mamat yang begini atau begitu atau begini dan begitu, bukannya dia mahu kau menjadi begini dan begitu begini dan begitu.

4. Jangan tanya, buat je.

Lain kali,



Read more...

16.8.10

Sebenarnya, benda yang kau carik?

ENTRI INI GILABABI JIWANG MELELEH NAK MAMPOS.

Memang macam orang biasa ini mahu kuasa, baik kuasa membeli, kuasa boleh keluar api ikut tangan,kuasa memilih dan paling penting perasaan yang ada kuasa itu.

Dan bagi aku benda yang kau carik sebenarnya, terhadap pasangan kau ialah bukan love, sebenarnya yang kau carik ialah perasaan power tu. Kiranya, perasaan yang kau tau ada orang akan support kau, ada orang yang akan dengar semua benda yang kau nak cerita, orang yang bagi kau semangat, orang yang kononnya menjadi penyebab, yang buat kau rasa hebat dan buat kau jadi better," better man".

Aku rasa, semua orang boleh bagi love dekat orang lain, siapa-siapa pon boleh. Aku boleh kasi love dekat makcik kau, atau dekat jiran kau. Dan makcik kau atau jiran kau pasti boleh menerima. Tapi persoalannya yang lebih penting ialah aku boleh ke buat makcik kau atau jiran kau rasa power dan lebih bersemangat dan terasa hebat?

Itu yang membezakan aku dan orang lain dan orang yang kau tak boleh ganti.

Kesimpulan,

sebab itu kau kena sayang Allah. Supaya kau sentiasa bersemangat hari ke hari, sentiasa ada sebab untuk hidup, kau mahu impress, kau tanak buat jahat sebab kau love Allah. Sebab itu orang cakap orang banyak iman ni tak pernah sedih. Sebab dia tahu ada yang support dia, dan buat dia mempunyai sebab dan bersemangat.

Selamat menyambut ramadhan



Read more...

gambar seketul (9) : pengumuman

DSC_0311


Gambar lebih dekat http://sukasukaphoto.blogspot.com

lepas ni aku akan hapuskan sukasukaphoto dan tukar kepada hafiz.hamdan supaya bunyinya lebih serius.

Maka harga akan jadi begitu berbeza. Naik dengan kadar yang banyak. Siap ada album semua bukan CD sahaja macam sekarang. Dan siap ada kuli sorang. haha.. Jadi baik tempah aku sekarang.

Target aku dalam tahun depan. aku ada website yang ada dot com aku sendiri.

Tapi akukopi.blogspot pasti akan berjalan seperti biasalah.

doakan aku berjaya.



Read more...

13.8.10

Segerombolan gambar tertangguh

Ini semua gambar semasa aku berbasikal di bukit cerakah untuk buat bancian dan juga masa ada Planning student assembly di UIA. Maklumlah, dah takda idea nak tulis, upload gambar pulak.


1. Ini abie, dia cakap dia nak jadi cendekiawan.

2. Ini daus, dia kata mata kiri dengan mata kanan dia lain size.

3. Gambar ni serius buat aku jatuh cinta dengan 35mm.

4. Hai,

5. Gadis baju pink pujaan ramai. Aku add tak approve pon. siut.

6. Aiskrim paling menjengkelkan dalam dunia.

7. Bajet kreatif.

8. Hanif konon-konon macho duduk kat situ nak tackle awek UITM.

9. Cat muka.

10. Buncho. bukan bancuh.

11. Aku suka gambar ni sebab aku rasa macam aku tinggi.haha

12. Hanif berangan jadi askar.

13. Rumah 4 musim yang mengecewakan. Rasa nak bakar.

14. Kalau kau boleh nampak, kat kening aku ada parut. Sebenenarnya masa kecik-kecik aku sengaja buat jatuh basikal sebab nak kening ada belah macam cristiano ronaldo tu. Tapi salah bajet. Kena tempat lain.Bodo gila. Kalau tak mesti aku dah lagi macho sekarang. haha

15. Aku suka warna ni.



Read more...

7.8.10

Kaitan urbanisasi, MRR2 dan juga subang

Menurut adalah hasil perbincangan dengan hanif, pengaplikasian perancangan bandar terhadap sekeliling.


Mula-mula kita perlu faham apakah urbanisasi. Dalam bahasa ringkasnya urbanisasi ini ialah pembandaran. Perubahan sesuatu tempat itu dari kawasan luar bandar ke bandar. Dan jika kau tak faham apakah itu luar bandar dan bandar, marilah datang ke bilik aku dan meh aku hempuk kepala kau dengan seterika.

Definisi bagi MRR2 pula ialah kawasan sepanjang lingkaran MRR2 tersebut iaitu dari sungai besi sampailah ke gombak melalui wangsa maju, ampang dan tempat-tempat urban terkenal yang lain.

Subang pula merujuk kepada mukim di Daerah petaling, iaitu di mana penduduknya kenal satu sama lain, dan berpendapatan tinggi.

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, Orang-orang MRR2 ini macam pelik, yang mana orangnya banyak kelihatan di pavillion dan kamu nilai sendiri. Persoalannya mengapah mereka begitu?

sepanjang Mrr2 itu, urbanisasi datang kepada mereka, pembinaan jalan MRR2 menghubungkan mereka antara satu sama lain, jadi bila urbanisasi kurang terancang datang kepada mereka, maka wujud satu yang kita panggil sebagai kejutan budaya.

Kita ambil contoh mudah, ulu kelang itu sepatutnya kawasan yang agak ulu, sesuai dengan namanya. Limpahan pembangunan dari kuala lumpur, dihubungkan melalui Mrr2 menjadikan ia seperti sekarang. Maka orangnya akan menjadi tiada identiti dan masih ingin mencuba.

Contoh lebih mudah ialah seperti bagaimana satu kawasan kampung, yang kampung gila yang mengamalkan cara hidup melayu tiba-tiba dikejutkan dengan pembangunan, tiba-tiba gaji mereka jadi tinggi. Maka anak-anak mudanya seperti tiada identiti dan menjadi bukan diri mereka.

Hasilnya kita lihat di depan pavillion pada hari sabtu.

Maka bila beberapa orang yang tiada identiti ini menjadi konon hebat dalam satu kawasan, maka orang lain yang kononnya bersifat memberontak dan menolak gaya hidup melayu pon mengikut juga, masalahnya yang diikut itu pon tiada identiti. Maka lahirlah satu generasi yang melalui proses "urbanisasi tanpa identiti"(Hanif) yang akan berterusan sekian lamanya.

Pasti kau tertanya-tanya apa kaitan subang?

Subang, jika kau bukan orang Subang, maka kau takkan jadi subang. Bagaimana kau cuba, kau takkan jadi salah seorang dari mereka dan akan nampak kau bukan subang. Sebab "subang ialah urbanisasi"(Hanif).

Sebab itu sekarang bandar-bandar kecil seperti Melaka yang dulunya mereka mempunyai identiti sebagai negeri yang relax dan cool dan orangnya biasa-biasa tiba-tiba sekarang menjadi pelik. Ini akibat kehilangan identiti.

Hilangnya identiti mereka itu disebabkan oleh pengaruh luar yang salah ikutan.

*entri ini merujuk pada majority. Tidak spesifik. Terima kasih.




Read more...

3.8.10

Rasa power

1. Ia selalunya berkaitan dengan satu individu, yang buat kau rasa lebih power. Kau rasa macam gila bersemangat dan tiba-tiba kau boleh buat macam-macam. Individu terbabit selalunya tidak menyalurkan apa-apa kuasa secara terang-terangan tapi kau sendiri rasa ada kuasa bila kewujudan individu terbabit.

2. Aku faham logiknya ialah kerana apa yang kau buat selalunya kau mahu tunjuk kepada orang, sebagai kebanggaan. Jadi bila ada individu yang kau mahu tunjukkan, serta merta kau boleh buat kesemuanya. Akhirnya kau rasa kau power dan bersemangat untuk segalanya dan sentiasa teruja.

3. Kawan aku, bobby, dia cakap. Sekarang ini sedang datang satu angin yang tak tau mana asalnya. Angin ini meresap dalam hati semua gadis-gadis di Malaysia. Menyebabkan mereka semua berperangai pelik belakangan ini.

haha.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP