30.5.10

Hari ini 42 : Perasaan kejatuhan



Aku rasa semua orang pernah rasa satu benda yang kita lebih kenali dengan nama kejatuhan atau orang putih cakap dan banyak orang melayu guna sebagai 'down'. Rasa 'down', rasa macam 'down',kene kutuk lepastu rasa'down', konek 'down' dan macam-macam lagi yang boleh digunakan untuk 'down'.

Aku sekarang sedang mengalami perasaan kejatuhan, yang mana banyak dipengaruhi oleh kamera aku yang rosak. Bodoh. Semalam aku tengah amik gambar orang bertunang, dia rosak. Tangan aku menggigil-gigil tak tahu nak buat apa. Semua benda aku cuba, off-on, cabut bateri, pasang balik, bukak lense, tukar lense, ketuk-ketuk, semua tak jadi. Atas jasa baik ada sorng budak ni, dia kasi aku pinjam kamera dia, terima kasih banyak.

Aku tak tahu apesal, sejak belakangan ni otak aku macam tak boleh nak keluar apa-apa lagi, nilai kritik yang makin merudum, aku tak dapat melihat sekeliling dengan perspektif berbeza, kurang opinion bercakap pon kurang teratur dan mungkin kerana hati menjadi kurang sensitif.

Tengok, sekarang tulis pon jadi entah ape ape.

atau mungkin perlu berehat kejap.

Kena balik melaka la minggu ni.



Read more...

29.5.10

perkara klise filem

1. Hadiah besday aku, budak band aku kasi
2. Duduk atas kerusi beranyam
3. Hisap rokok sambil makan tat telur sambil minum kopi
4. Patung berambut besar.
5. Pavilion orang ramai macam sial.


Semalam aku tengok prince of persia. Bagi aku seronok, tidak banyak beza dari gamenya. Dari segi kerja kameranya, dan cara dia melompat-lompat dan juga jalan cerita.

Princess Tamina yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat cute dan hot dalam cerita tu betul-betul buat aku teruja. haha. Cute dan hot pada masa yang sama. Gilalah.dan membuatkan aku nak tengok lagi sekali.

Jadi aku tiba-tiba ingin cakap pasal perkara biasa dalam filem

1. Perkara biasa dalam filem ialah ada satu watak yang aku panggil sebagai watak tempelan yang akan menjadi bahan lawak. Kira, fungsinya cuma untuk mengelak penonton menjadi bosan disebalik cerita yang serius. Jadi akan dicipta satu watak yang fungsinya cuma untuk buat orang gelak sahaja.

2. Perkara detail paling penting dalam filem ialah bunyi, bunyi berjalan, bunyik tutup pintu, bunyi tembak, bunyi pegang pistol, bunyi bercakap dengan dekat, bercakap bila jauh, dan perkara ini filem malaysia paling lemah sekali. Dengan bunyi akan membuatkan penonton lebih feel sebenarnya, sedetail-detail yang boleh.

3. Apa lagi?

Sebenarnya aku sekarang sedang memikirkan idea untuk buat short filem yang seterusnya selepas short filem pertama aku, sempat telah kalah dalam pertandingan yang 15malaysia, p1w1max.

Jadi aku sekarang ni ingin cuba untuk short filem kedua. Tapi sekarang otak lembab lah. Idea tarak mahu klua. Argh!.




Read more...

27.5.10

siapa pegi youth '10 dia bodo

seperti biasa tajuk tiada kena mengena lansung dengan apa yang aku akan tulis.
tapi mungkin tajuknya hanya untuk beritahu yang aku sebenarnya terasa macam nak pergi juga tengok-tengok apa ada disana, tapi disebabkan pastinya aku ada hal lain, yang pastinya lebih penting, kemungkinan aku tak pergi. Tapi kalau pergi pon sorang-sorang, gila bodoh. Jadi aku umumkan siapa pegi youth '10 dia bodo. haha.


Sudah alang-alang kita di topik remaja, biar aku cakap sikit pasal remaja dan aku lebih gemar gelar sebagai orang sekarang. Sebab remaja bunyinya macam geli dan terlampau buku teks.

Orang-orang sekarang ini pastinya mewajibkan diri mereka untuk mempunyai Facebook. Dan juga ada yang ada blog, dan sekarang seperti hangat ialah Formspring yang bodo tapi seronok untuk menghilangkan kebosanan.

Orang sperti aku yang menulis blog, dan aku rasa seperti pembaca aku yang aku sayangi ini macam terlampau kenal aku pula yang akhirnya aku mengambil keputusan untuk kurang cerita hal berkaitan aku atau yang berkaitan disini. Kerana mengakibatkan orang-orang disekeliling aku tak semena-mena terlibat sama.

Kerana ia boleh jadi menjengkelkan.

Cerita pasal menjengkelkan, aku terfikir semasa aku menulis ini tentang beberapa perkara yang menjengkelkan.

1. Orang yang suka merenung orang lain.
2. Orang yang suka berdengus dan tidak duduk diam ketika di masjid.
3. Orang yang berborak dengan aku dan menceritakan benda yang sama berulang-ulang kali.
4. Mat rempit yang cakap kuat gila babi.
5. Orang yang beratur di belakang aku terlampau dekat jaraknya, kemudian berdengus-dengus pula. Terutamanya masa beli tiket naik tren ataupon beli tiket wayang.

Cerita pasal wayang pula aku teringat,

Aku nak tengok prince of persia. Sebab dulu aku main game dia, sekarang cerita dia sudah keluar. Gadis dalam tu pon macam hot. Harap berbaloi.

Sekarang aku tulis blog dah macam makcik-makcik, cerita tukar-tukar.



Read more...

26.5.10

harap ini bukan pesan terakhir 7

1. Sekarang ini untuk pengetahuan kau, aku sedang menjalani praktikal.

2. Aku perasan patutlah orang cakap betapa masa belajar paling seronok sekali. terutamanya semasa universti. Memang kerja memenatkan. dan membosankan yang paling utama.

3. Akhirnya kau bekerja bagi aku semata-mata untuk memuaskan hati orang lain, macam aku buat drawing banyak kali, semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Tapi aku tak kisah pon, penat sikit lah.

4. Semasa bekerja yang memberi motivasi cuma wang dan komitmen. atau mungkin awek comel di tempat kerja, haha.

5. Aku juga belajar kepentingan berpura-pura. Kau perlu berpura-pura sekali sekala semata-mata untuk menjaga hati, mengelakkan pergaduhan dan mengekalkan keharmonian.

6. Aku juga belajar kepentingan satu benda yang digelar x-factor. Benda ini ialah memastikan diri kau penting. x-factor ini ialah bagi aku macma benda yang kau sorang je boleh buat. Contohnya sperti kau sorang je yang tau betulkan tombol pintu, kau sorang je yang tau macam mana nak letupkan bangunan.

Jadi ini membuatkan kau penting, tak kiralah walau benda itu benda-benda bodoh. sekurang-kurangnya kau rasa penting dan berguna.

7. Aku juga belajar kepentingan untuk tidak mementingkan diri sendiri, sebab kau tak pernah tau apa orang cakap belakang kau, disebabkan ramai orang suka berpura bukan?

8. -

9. Kepada rakan sejawatan aku, satu studio dengan aku, aku tau, yang korang pon sebenarnya tak sabar nak abiskan praktikal ni. WARF!!



Read more...

24.5.10

Sikit pasal strategi

Kali ini aku ingin cerita pasal strategi,tentang pelbagai perkara. aku tau tajuknya sedikit macam entah apa-apa. Tapi ini selalu strategi atau cara yang aku gunakan. Tapi mungkin banyak yang aku terlupa, tapi ini antara yang aku teringat lah agaknya.

1. Menulis blog

a. Masa untuk update ialah penting. Tapi jangan bodoh-bodoh saja sukahati update. Dalam 2-3 hari sekali, update. Masa untuk update juga penting. Entri kamu yang kamu rasa berkesan, update lah paa hari ahad malam. Entri yang tidak penting dan saja-saja mahu update, updatelah pada jumaat malam.

b. Sebab pada hari isnin pagi kebanyakan orang baru akan online di pejabat, bukak-bukak blog orang, baca-baca. Hari sabtu dan ahad orang malas nak online. Semua mahu keluar jalan-jalan, nak on computer pon malas.


2. Mengenai ambil gambar

a. Sebelum ambil gambar sebolehnya bermesra-mesra dengan orang yang kamu ingin ambil gamabr tu. Paling bodoh pon add di facebook. dan ayat paling penting sekali ialah, "Rasa tak sabar pulak nak ambil gambar korang esok.huhu. Sedikit excited". Tapi paling penting janganlah nampak fake. Tapi aku memang selalu teruja ambil gamabr orang. Jadi tiada begitu masalah.

b. Semasa sesi ambil gambar, paling penting untuk kamu mempunyai sedikit deria kelakar(sense of homour). Supaya orang yang diambil gambar tergelak-gelak dan tidak malu untuk membuuat benda-benda tidak masuk akal. Penting untuk kamu menonjolkan sifat mereka.

c. Masa itu kamu snap-snap lah. Tunggu apa lagi?

d. Selepas itu, bila update di photoblog kamu sebagai promosi. Pilih gambar. Jangan main sebat je letak.

3. Dalam menipu

a. Pastikan kamu rancang penipuan kamu dengan baik, kalau boleh mulakan seminggu lebih awal dari tarikh penipuan sebenar. Sebagai contoh kau nak mintak cuti dari bos kau tapi sellaunya susah.

b. Mulakan dari seminggu sebelum tu, cakap yang kononnya kawan kau sakit. Lepastu kau buat tak tau jelah.

c. Dan sampai hari yang kau ingin cuti tuh, cuma cakap, kawan kau dah mati. yang sakit hari tu. Contoh jelah. Lebih kurang lah. Pandai-pandai lah tukar cerita.

4. Dalam menjadi hensem

a. Aku rasa aku pernah cakap ni. Aku tak ingat.

b. Cara paling mudah jadi hensem ialah dengan menjadi buruk selama lebih kurang sebulan atau lebih, kemudian tiba-tiba kau shave misai dan janggut, pakai smart-smart. Mesti smeua orang cakap kau hensem. Tadaa!! kau dah jadi hensem.

5. dalam menjawab soalan di formspring.

a. Tiada strategi mengenai ini. Siapalah yang bodoh tanya soalan lucah dekat aku. haha. lawak gila lah.


ok,

itu sahaja. Sekarang, tanpa melengah masa lagi.

sampai ke motif sebenar aku update hari ini.

ayuh ke ruangan sukasukaphoto. YIEHAA!!(baca sambil menjerit ala-ala cowboy)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan SUKASUKAPHOTO,

Gambar konvokesyen dan juga gambar couple sekali. Sesi bergambar yang seronok!

DSC_0132

akukopi2

akukopi1

DSC_0046


DSC_0018

Serius, WAJIB TENGOK!!!! di sukasukaphoto.

semua amik pakai kamera d40x edit pakai photoshop+aperture



Read more...

22.5.10

Gambar seketul (2)

Nota: Tunggu sampai dia abis load.


hafizudinhamdan_2

Sesi ambil gambar yang terlampau seronok dengan sukasukaphoto sehingga mamat tu berpusing dan kemudian terus melompat berulang-ulang kali untuk menunjukkan rasa seronok.haha



Read more...

21.5.10

kita dah tiada masa untuk semua benda ni




Apa yang kau bakal baca ialah mengenai apa yang akan aku tulis dibawah tajuk yang dinyatakan.

Aku rasa sejak dari sem lepas, sejak dari tahun 2009, aku nak tulis entri dengan tajuk ni. Aku dah tulis dah kat buku aku yang kalau dijual harganya boleh mencecah ribuan ringgit dan menjadi rebutan ramai itu mengenai tajuk ini.haha.

Tapi tajuk je, isi takde.

Apa yang akan aku tulis mengenai tajuk tersebut ialah bagaimana kita seluruh umat manusia menghabiskan masa kita dengan benda-benda bodoh. Sibuk pasal isu politik, isu judi punya lesen, isu sultan ape yang aku tak faham, isu lompat parti entah apa2, isu perkauman lah, mengumpat lah, cerita pasal orang lain. dan macam-macam lagi.

Dah berapa juta tahun manusia hidup atas muka bumi ni, dan isunya sentiasa sama. Dan sebenarnya kita dah tiada masa untuk semua itu.

Sudah mahu akhir zaman dan tak sangka kita sibuk bercakap benda yang sama kan?

Lebih seronok dan seperti sebagai penarik pula bila orang menulis pasal isu-isu macam tu. Aku sendiri pon tulis mengenai benda yang tidak bermanfaat. Lebih kepada main-main dan tidak penting.

Cuma bezanya aku malas nak cerita isu-isu yang bagi aku, terlampau tak penting untuk aku bincangkan. Mungkin aku seorang yang tidak peka dan tanak ambil tahu hal politik. Jadi terpulang kepada kamu. Aku lebih suka lihat keadaan sekeliling yang nyata.

Aku juga akan tulis dalam tajuk itu benda yang paling penting ialah tentang diri sendiri, tentang apakah tujuan hidup manusia?

Kerana, akhirnya diri kau sendiri adalah benda yang paling penting sekali, sebab diri kau adalah sebahagian dari komuniti, dan jika setiap ahli dalam komuniti memikirkan tentang tujuan hidup diri mereka atas dunia ini. Pastinya isu yang membazir masa untuk dibincangkan itu kurang bukan?

Tapi akhirnya aku masih tiada isi untuk tajuk ini.



Read more...

20.5.10

sikit pasal benda bodoh

Aku rasa, belakangan ni aku asyik cerita pasal diri sendiri, perubahan menjadi orang tulis blog yang asyik cerita pasal diri sendiri. Asyik cerita perasaan dan siri motivasi sangat memebrikan aku tekanan.

Aku teringat zaman dulu aku menulis dengan idea yang bagi aku inovatif, aku pon tak tahu mana pergi semua benda-benda tu. Munkin sebab dulu aku menulis di buku, lepastu baru transfer ke blog, jadi pakai tangan sealunya memang cepat sikit idea keluar. Sekarang terus di komputer, agak lambat sikit,

Tapi tak mengapa. Terus ke topik,

ok,

1. Benda bangsat aku buat masa bawa kereta, konon ada kereta belakang bawa kereta macam bangsat, main cucuk-cucuk angin, kadang aku akan speed sampai ada kereta di sebelah aku, dan aku slow supaya kelajuan aku sama dengan kereta sebelah yang agak perlahan, jadi dia dah tak dapat nak potong, sebab dah kena block. haha

2. Lepastu kalau ada traffic light, aku sengaja biar kereta bangsat tadi berhenti sebelah aku, dan kebiasannya aku tau dia pandang, jadi aku buat-buat korek hidung dan buat muka bodoh. Gila menyakitkan hati.

3. Dulu time sekolah aku tanya member aku, "weh, telur kau ada bulu?" member aku cakap, "ada". lepastu aku buat-buat muka terperanjat dan cakap, " weh..asal telur kau ada bulu weh? mana ada orang ada bulu kat situ. Gila pelik kau. pergh", lepastu aku macam kecoh-kecoh kat member aku lain dan semua orang buat-buat muka pelik sebab telur dia ada bulu. Lepastu budak tu cuak. hahaha. bangang.

4. Dulu time sekolah ada call free yang kalau kau call, nanti orang yang kita call tu kena bayar kan? (budak asrama mesti tau)

Jadi, aku call operator tu dan tanya, "hello, nama saya sapok biki, macam mana saya nak betulkan tv yang rosak eh," lepastu mamat operator tu marah gila babi dan cakap, " kau bukak tingkap rumah kau!!kau campak tv tu kat luar!!lepastu kau bakar rumah kau dengan kau sekali!!" lepastu dia terus letak fon.

Secara logiknya, takde kena mengena lansung campak tv keluar tingkap rumah dan bakar rumah aku, baik bakar je rumah. bodo gila operator tu punya cadangan.

5. Masa aku sekolah rendah dulu, aku dengan jiran aku turun dari bas sekolah dekat rumah orang lain. Lepas tu rumah orang tu ada interkom, lepastu aku tekan, dan cakap hello hello hello, lepastu dia pon cakap hello balik, lepastu aku jerit-jerit kat interkom dia. Lepastu dia marah.

6. Esoknya kami buat benda yang sama, tekan interkom dan cakap hello hello hello, bila dia cakap hello balik je, kitorang hentak interkom tu guna kayu sampai pecah. gila jahat.

7. lukis gambar kote banyak-banyak kat muka dan penuh satu badan member aku time dia tido.

8. Letak pisang kat ekzos jiran aku muat-muat dan tunggu sampai dia start enjin.

9. Spray air dalam ekzos jiran aku. banyak.

10. Curi semua sampul ang pow yang jiran aku gantung kat pokok depan rumah dia, nanti esok dia gantung lain, then aku curik semua lagi. Sebab mana tau ada duit ke. bodo gila.

Apa lagi ntah, aku pon tak ingat,

Sekarang dah matang.



Read more...

18.5.10

Bantu aku untuk bantu kamu

bodoh gila tajuk aku rasa, takda kene mengena lansung.

Tapi aku rasa aku perlu pendapat kamu semua, dan mungkin sedikit berkongsi.

begini,

Seperti yang ada antara kamu tahu, aku ada kamera d40 x. Semalam aku tengok satu kamera ni dekat juco maluri. RICOH GXR, dan aku try dan aku serius jatuh cinta dengan kamera tersebut. Ia cuma point and shoot camera sahaja, tapi rupa bentuknya yang seksi dan mengghairahkan tu betul-betul buat aku duduk lama dekat kedai tu sambil borak2 dan testing kamera tersebut.

aku letak status kat FB aku yang betapa kau mahu kamera tu dan Diloz (antara fotografer yang aku suka) komen yang baik upgrade body dan aku reply yang aku nak bawa kamera untuk berjalan, bukan untuk buat amik gambar orang dah.

Lepastu aha van der woodsen cakap, panasonic GF1 lagi better. Dan aku google, dan seriously aku agak berminat dengan hasilnya, tapi aku kurang suka rupanya. Tapi akhirnya hasil lebih penting kan?

Jadi sekarnag aku berkira-kira. Ini apa yang aku ada sekarang.




Nikon SB800 (RM1000)+ Nikon D40x (RM1800)+ Nikkor 35mm f1.8(RM800).

Yup! aku nak jual kesemuanya dengan RM3600. Tapi bukan sekarang, dalam sebulan-dua bulan lagi, sebab aku nak habiskan jadual aku tangkap gambar dulu. Jadi siapa yang nak beli, kamu boleh kumpul duit mulai dari sekarang!! haha

Aku nak jual sebab aku nak beli point and shoot kamera yang lebih mudah. Antara yang dalam list ialah :

1. RICOH GXR

2. Panasaonic GF-1



3.Olympus ep-2

Jadi bila aku jual kamera aku, dengan serta mertanya aku akan stop ambil gambar yang berkaitan event, seperti tunang, birthday, kahwin atau apa-apa je yang event. Aku cuma akan ambil gambar outdoor sahaja.

Sebab utama aku nak pakai point and shoot ialah sebab aku nak bawa kamera aku jalan-jalan, sangat malang bila aku berjalan, aku nampak moment yang cantik, dan aku tak dapat tangkap gambar sebab aku takde kamera yang kecil yang aku boleh bawa kemana-mana.

Sebab setakat ni kamera aku guna untuk ambil gamabr orang je sekarang, rugilah kan? Sebab aku minat nak tangkap gambar, tapi tak bawa kemana-mana, sebab malas nak bawa kamera besar, jadi aku memerlukan kamera kecil, dengan kualiti yang cukup-cukup pon takpa.

Jadi apa pendapat kamu?

patut atau tidak?

P/S : sabtu ini aku ada ambil gambar di putrajaya, gambar kawan-kawan, sesiapa nak ikut dipersilakan dan nak menolong aku serta tangkap gambar bersama, kasi aku email, kalau boleh lelaki. nanti aku belanja la korang makan.



Read more...

16.5.10

hari ini 42 : hari jahat (bad day)




amik pakai Lumix LX3, edit pakai aperture

Maaf, entri kali ini sepenuhnya menceritakan tentang hari ini, sedikit gambar sebagai hiburan.

1. Aku gunting rambut 2 kali hari ini, disebabkan yang pertama potongannya macam sial, jadi aku pergi kedai lain sejurus selepas itu. Membazir duit.

2. Aku tersilap bagi cd gambar. Akak lin punya gambar aku bagi gambar akak lina punya. Tak pasal-pasal dapat gambar family lain. Akak tu datang dari shah alam tak pasal-pasal je.Minta maaf sangat.. Esok saya pos ye kak.

3. Aku tersilap jalan ke tesco dan tersesat jalan sebab tersalah masuk simpang. Dan tersekat dalam kesesakan sikit sebab orang tengah betulkan jalan. Dan masa nak pergi gunting rambut kali kedua tu pon aku tersilap jalan dan tersesat sikit.

4. Aku tunggu 2 jam lebih dekat tesco ampang sebab nak kasi cd dekat ada customer ni, selamat tiba-tiba akak aku ada kat tesco.

4. Aku rosakkan memory card akak aku, tak sengaja. Aku pon tak tau apa masalah yang sebenarnya. Dah pegi kedai gambar semua tak boleh.

5. Aku balik hujan lebat nak mampos, basah kuyup sebab aku parking kat luar.

6. Aku dengar cerita bangsat.

Gila hari ini hari paling tak seronok.

Dahla seorang diri, tak dapat tengok movie, jalan-jalan pegi minum pon tak dapat.

Cibai,



Read more...

14.5.10

Soalan pilihan minggu ini

Aku baru juga buat formspring sebenarnya. Yang mana disitu kau boleh tanya aku apa sahaja. Aku tergelak sorang-sorang jugak bila baca soalan yang aku dapat.

yang kebanyakan berkaitan isu lelaki dan perempuan yang aku sebenarnya malas nak jawab. Aku tak faham apesal tanya aku soalan macam tu.

Jadi disebabkan aku tiada idea sangat nak tulis dan lebih sebenarnya nak update gambar-gambar yang aku amik minggu lepas, jadi aku paste kat sini 8 soalan yang menjadi pilihan aku dari 175 soalan yang aku dah jawab setakat ni.

ok,

ape ciri2 perempuan idaman kau?

cun,seksi,kaya,bitch,pakai ferrari, support makan minum, belikan aku kereta,

kau budak urban?
tak..aku budak UIA

nape ko tanak stop mengejar??
sbb bila aku rasa its worth it

ape yg perlu aku buat dengan lelaki lembab yang xtau pe perasaan die yg sbnr terhdp aku??jap nak jap xnak..ish3
tinggalkan je.

kenapa orang suka tanya private life kau kat sini. to be spesific: about u and hana.
semua orang suka tahu pasal diri orang lain kerana ia menjadikan mereka lebih selesa

macam mana lelaki bezakan perasaan dia kat kawan perempuan dgn gf? cos ppl said that boy and girl would never be a bestfriend.
cuba kau bogel depan dia.kalau dia takde perasaan..itulah bestfriend sejati-jatinya

kenape org bodoh je kira kentut?
org bodoh je tanya

komunikasi yg xmnyakitkan hati org lain..cmne..
respek

lesen kete xpenting la bro.wa punye jantan xdo lesen pun.wa complete set.moto+kerete.wa nek je moto die.pedehal bro.kte terime die seade nye kan?asl pmpuan kne pndg kete plak?wa tarak sokong!
kau cun dan hot tak?

aku sedih kdg2 kau xreply carutan
alaaa..sori22..tp aku bce kesemuanya...dan aku klik page korg..



Banyak lagi sebenarnya yang aku suka, tapi malas nak paste semua.


Tetibe aku rasa macam bodoh.

mampos lah,


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan sukasukaphoto!! yieha!!


Keluarga akak lin yang sangat seronok dan friendly. huhu. Kejadian di putrajaya dan smeua gambar amik pakai d40x, edit pakai aperture,











gambar lebih banyak dan lebih besar di sukasukaphoto!.



Read more...

12.5.10

Tentang membaca manusia

Membaca perangai orang bukan bermaksud kau melabelkan orang. Cuma bagi aku ia berguna supaya kau sentiasa tahu apa nak buat. Ada orang memang dilahirkan dengan bakat sedemikian macam kawan aku seorang yang sentiasa dapat tahu perangai orang dengan hanya melihat muka kau sahaja. hebat kan? aku respek gila.

Jadi mungkin kau tak ada kehebatan yang begitu.

Kalau kau betul kenal aku, kau akan tahu yang aku seorang yang selalunya akan dapat agak perangai orang, terutamanya lelaki. perempuan susah sikit. Sebab bagi aku lelaki ini patternnya tidak banyak berbanding perempuan. Jadi mudah sikit. Ramai juga orang tanya cara aku teka. Dan aku cuma jawab begini selalunya.

Kunci utama dalam membaca orang ini bagi aku cuma perlu faham konsepnya. Konsepnya yang pertama ialah kau perlu tahu yang perkara yang negatif ialah melengkapi dengan perkara yang negatif. Disebabkan kau perlu tahu perkara atas dunia ini semuanya seimbang. Sama juga perangai manusia.

Begini contohnya, setiap perkara semua melengkapi kan? Jadi begini, jika orang itu seorang yang sensitif, cepat terasa, dia mungkin seorang yang pandai pujuk, jika dia seorang yang sangat direct, mungkin dia seorang yang tak pandai pujuk, jika dia seorang yang yang sangat protective, mungkin dia seorang yang jahat waktu dulu, jika dia seorang yang sangat selalu bercakap sorang-sorang tentang diri sendiri, mungkin dia seorang yang mengambil berat tentang orang lain. Jika dia seorang yang panas baran dengan cepat, mungkin dia seorang yang sweet sebenarnya. Jika dia jenis yang sentiasa yang jenis memaksa dan mendesak, mungkin dia seorang yang berwawasan dan berusaha.

Dan seterusnyalah yang kau perlu lihat sendiri di sekeliling kau. dan cuba analisa. takkan aku nak list kan satu-satu kot.

ok,

Lagi satu konsep yang biasa ialah kau list kan, dan yang ini selalunya berubah-ubah dan tidak menentu, banyak faktor lain yang mempengaruhi yang agak sukar diagak.

jadi begini contohnya, contoh aja tau, seorang yang kuat makan akan kuat tidur, gila seks dan seorang yang peramah.

Jadi bila bila seseorang itu kuat tidur dan dan gila seks, terus-terusan kau tahu yang dia kuat makan dan seorang yang peramah.

Senarai ini tidak menentu, ia tiada yang tepat mengenai jika seorang itu begitu,begitu dan begitu, ia akan begini, begini, begini. ia datang sendiri.

Benda itu perlu kau perhatikan secara sendiri, dengan hati yang sensitif.

Cuma satu apa yang aku ingin beritahu sebenarnya ialah, cuma jangan hipokrit bila kau senang sangat membaca orang lain, kerana tiada guna untuk,orang putih panggil bent over backward dan kemudian tidak dihargai lansung.



Read more...

10.5.10

Sebab lelaki sejati tidak perlu ada 'bestfriend'

DSC_0434


Jarang-jarang aku dengar lelaki ada bestfriend, kalau dia ada pon dia takkan mengakui yang mamat lagi tu sebagai dia punya bestfriend dan dia pon takkan mengakui diri dia sebagai bestfriend kepada mamat tu.

Jujurnya, kalau ada orang cakap yang dia bestfriend aku, mungkin aku akan menjauhkan diri.

Sebagai lelaki sejati yang gagah dan kuat, mempunyai tubuh badan yang sasa dan maskulin, kau tak patut mengakui yang kau mempunyai bestfriend, dan jika kau ada kawan yang sangat baik dengan kau, mendengar segala cerita-cerita kau, buat perkara semuanya sama, kau perlu tahu sendiri tanpa perlu mengakui antara satu sama lain.

Jadi antara sebab lelaki tak perlu mengakui bestfriend berbanding perempuan adalah kerana beberapa sebab yang aku dapat fikirkan.

1. Lelaki lebih gemar memanggil sebagai kawan-kawan, maknanya tiada perkataan bestfriend atau kawan baik digunakan. Kira kalau kita guna istilah kawan baik, macam kau asyik dengan mamat tu sahaja,macam bercinta, kalau guna kawan-kawan, dia macam lebih bebas.

2. Kerana jarang jumpa lelaki yang berpura-pura, jadi kau tak memerlukan bestfriend,iaitu orang yang sentiasa menyokong seluruhnya apa yang kau buat, berbeza dengan kaum wanita, mereka ini depan lain, belakang lain, jadi perlu untuk mereka ada bestfriend, kononnya sebagai orang yang paling dipercayai.

3. Bila guna istilah bestfriend. Bunyinya gay.

4. Siapa lelaki dalam wallet dia ada gambar dia dengan kawan-kawan lelaki siap ada tulis 'best friend 4eva'. Aku cucuk bontot dia dengan kayu.haha.

5. Mungkin lelaki jenis tidak kisah, sentiasa tahu apa yang patut diceritakan, apa yang patut disimpan. Jadi tak begitu memerlukan bestfriend untuk mendengar segalanya perihal hidup kau.

6. Sebenarnya tidak kisahlah kau ada bestfriend atau tidak. Tapi cuma jangan mengakuinya lah. Hilang kejantanan.

7. Aku benci gila bila aku nak tekel gadis contohnya, kawan dia yang lebih-lebih. haha. Bodoh gila. Macam masa sekolah dulu.



Read more...

9.5.10

Gambar seketul

DSC_0423 copy



Read more...

8.5.10

Senarai beli bulan June dan sikit mahu cakap

1. Aku tahu elaun praktikal aku bakal sedikit je nanti, tapi selera tekak memang besar. Antara perkara yang aku perlu beli ialah :

a - Macbook skin. Aku terfikir nak beli warna-warni dengan keypad warna-warni jugak. macam comel je. haha. Kesian laptop aku ni sudah kotor.

b - Gitar akustik. Aku sekarang ada gitar elektrik je. Amp semua dah takda. Main dengar bunyi besi je. Tak puas.

c - Memerlukan potongan rambut. Aku tau efek tidak mandi yang aku cuba buat memang menjadikan muka aku macam sampah sekarang.

d - Stokin. Aku cuma ada 1 stokin. Sedih tak? haha.

e - Kapal terbang. Untuk memudahkan aku kemana-mana dengan cepat.



2. Kepada orang yang terlampau mengambil berat terhadap aku dengan bertanya soalan-soalan mengenai hubungan aku di formspring.Sudah-sudahla. Ada yang aku terpaksa delete aja kerana sakit hati pulak aku. Cuba la tanya soalan best sikit macam, pendapat aku mengenai pembangunan orang asli ke, mengenai cara mengelakkan kemalangan ke.

3. Aku baru tahu lagu eenie meenie yang selalu klua kat fly.fm tu rupanya budak lelaki yang nyanyi. Bodoh gila.haha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan SUKASUKAPHOTO..YIEHAA!!!!

DSC_0229


DSC_0170

DSC_0201

DSC_0244


gambar banyak sikit dekat sukasukaphoto.



Read more...

7.5.10

Entri memalukan diri



Siut..

Aku suka video clip ni.

1. Sebab camera dia cantik. Shot-shot die baik.
2. Bilik dia cantik.
3. Kaler dia cantik.
4. Gadis dalam video clip ni gila muka habis melayu. Cun sial.
5. Aku suka muka pompuan dalam video clip ni. Muka jenis tak jemu nak tengok.
6. Dan sebab dia shoot kat melaka. huhu.

Lagi sekali, aku cuma suka video klip nya sahaja.



Read more...

6.5.10

Perkara aku belajar minggu ini

Macam dah lama tak tulis blog rasanya walaupun sebenarnya baru beberapa hari. Walaupun belum habis minggu ini, tapi perlu aku katakan mencabar, jadi mewujudkan benda yang aku boleh pelajari dan aku beritahu kau semua juga.

1. Apa yang kau rasa sekarang tidak semestinya akan bertahan sampai bila-bila, contohnya kau ambil keputusan untuk memotong kemaluan kau dan menjadi wanita, mungkin itu yang kau rasa sekarang, bukan 10 ahun lagi, jadi penting untuk kamu melihat semula setiap keputusan yang kau akan buat, dan jika kau telah pon buat keputusan itu,iaitu sudah pon memotong kemaluan kau, tak salah untuk sentiasa membuka peluang yang ada, jika kau rasa kau dah tersalah buat keputusan, mungkin orang cakap kau bodoh, tapi lebih baik bodoh sekejap dari bodoh selama-lamanya. Jangan ego dengan diri sendiri.

2. Untuk pertama kali dalam hidup aku aku rasa aku menjadi lelaki yang menjengkelkan, kau tau jenis lelaki yang jenis kena reject tapi terkejar-kejar? dan aku cuma rasa aku perlu berhenti. Sebab aku tersedar aku telah berubah menjadi bukan diri aku yang sepatutnya.

Jadi benda yang kau, jika kau lelaki, dan aku patut belajar ialah jangan jadi lelaki bodoh yang terkejar-kejar. Tak cool la macha.

Bukan aku berlakon cool, tapi aku cuba ingat balik macam mana aku sepatutnya.

3. Ini kerana akhirnya tidak kira betapa kau suka, kalau orang tak suka kau, lebih baik kau tidak menjadi orang yang menjengkelkan.

4. Dulu aku pernah tulis, apa saja yang kau nak, boleh dapat tapi cuma cepat, senang, lama atau susah. Tapi dengan syarat jika kau sentiasa nak dan tak berhenti untuk nak. Dan aku tau aku sentiasa nak. Dan itu yang buat aku jenis lambat putus asa.

5. Aku sentiasa ingin tahu bagaimana faktor kedudukan geografi boleh ada kaitan dengan sifat dan tabiat orang? aku rasa negara India boleh jadi case study yang menarik. Aku pon tak tau apesal. Antara tempat yang aku nak pergi untuk tengok-tengok orang.



p/s : Perasan tak button "like" kat bawah ni? haha.best2.



Read more...

3.5.10

Habis orang keras macam aku macam mana?



Aku gila babi keras nak menari. Sesiapa yang kenal aku pasti tau yang aku menari memang macam sial. Sebab utama yang aku benci clubbing, atau shuffle atau yang sewaktu dengannya.

Tapi disebabkan dari dulu aku berhajat nak menari beramai-ramai begini jadi aku agak teruja untuk join juga. Walaupun aku sendiri tak menonton glee.

Idea asal aku ialah begini,

Aku ingat mahu bawa kawan aku, dan suspek utama pastinya Bib untuk dibawa berjalan, jadi tiba-tiba ada orang segerombolan begini, dan tiba-tiba aku pon menari bersama secara serentak. Gila kool kan?

Tapi akhirnya aku rasa minggu ni aku menari berseorangan.

Jadi apa kata kamu semua join untuk memeriahkan majlis atau pon kamu tiru idea aku dan boleh menjadi cool depan kawan-kawan kamu kerana mampu menari serentak kononnya secara tiba-tiba macam dalam TV.

Untuk pengetahuan lanjut. Layari laman web ini Gleeflashmobdance dan register dan kemudian prektis hari-hari supaya kita sema nampak best.



Read more...

2.5.10

Mungkin ini cara berkomunikasi

Kalau aku tulis begini atau begitu, bukan maksudnya aku buat yang begini atau begitu, apa yang aku tulis selalu apa yang aku lihat disekeliling, dan akhirnya aku kompilasikan.

1. Bila kau ada masalah dengan pak guard atau dengan polis, cuba buat orang itu macam berkuasa, macam dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja dengan kau. Contoh ayatnya macam ni, "alamak pakcik, minta maaf sangat-sangat. Saya tau pakcik boleh saman saya, tapi kali ni je saya masuk lambat, itu pun sebab ada masalah tadi, lain kali saya balik awal"

Jadi secara tak lansung kau macam mengakui kehebatan pak guard tersebut, dan selalunya mesti dia berbangga, ceramah-ceramah sikit, pastu kasi kau lepas.

2. Kalau kau lelaki, kau nak cakap kau suka kat sorang perempuan, cuba kau cakap dengan bersusah payah dengan dia. Selalunya akan lebih kelihatan comel bila kau agak tergagap sikit di sesetengah bahagian dan macam kelihatan nervous untuk bercakap.Cuba tengok cerita Juno, tengok cara Michael Cerra cakap dalam cerita tu. Ini supaya kelihatan macam kau berusaha dan tak biasalah kononnya. Tapi selalunya memang kau tergagap kalau nak cakap suka kan? haha

Dan elakkan trick bangsat macam, "i ada benda nak cakap..um..tak payah la.." esoknya..,"i ada benda nak cakap.penting..um..nantilah"..

Buat orang menyampah ada lah.

3. Jangan beri alasan, atau merungut dengan bos kamu, kalau diberi kerja bertimbun cuma cakap, "saya boleh buat, tapi mungkin lambat sikit sebab sekarang banyak benda kena buat"

4. Ada perkara yang kamu rasa tak kurang ajar untuk kamu, tapi kemungkinan kurang ajar untuk orang lain. Aku selalu dalam situasi macam ni, mungkin sebab berdarah Melaka, jadi cakap-cakap aku kebanyakannya memang sarkastik dan sedikit kasi orang panas hati.

Cuma fikir, tak salah jaga hati orang lain. Jadi minta maaf pon dah cukup.

5. Kau paling perlu berpura-pura bila cakap dengan orang tua, banyakkan mengangguk tanda setuju, kurang kan cakap tanda setuju dengan apa dia cakap, banyakkan senyum tanda setuju juga dengan apa dia cakap. Jadi apa-apa pon, cuma jangan melawan dengan orang tua. layankan je.

6. ape lagi? da takde idea



Read more...

1.5.10

harap ini bukan pesan terakhir 6

1. jangan janji benda bodoh kat diri sendiri, contohnya macam, kalau dia tak datang petang ni, aku tanak angkat call seminggu. Sebab nanti kau cuma set kepala otak kau ke arah negatif. Jadi walaupun dia datang petang tu, kau akan lebih ke arah untuk "tak nak". tak bagus kan?

2. Cuba janji kat diri sendiri benda positif, macam, kalau dia datang petang ni, aku belanja dia makan.

3. Aku tulis ni sambil bukak tv ada lagu Aril. Aku tak tau apesal lagu Aril (menatap matamu) ni macam bangsat gila babi dan melekat pulak kat kepala aku dan akhirnya membuatkan aku habis lupa apa aku nak tulis.

4. Videoklip lagu tu bangsat gila, tak sesuai lansung dengan pemakaian dia dalam tu, dah la lagu pakai MIDI sound je, gila lah bangang. Video klip pakai effect-effect dekat windows movie maker je. haha.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP