30.4.10

Ini entri paling terlahanat

bo1 copy
Gambar aku yang diedit secara berlebih-lebihan

Sebab entri ini ialah paling lahanat ialah ia cuma berkaitan apa yang aku rasa sahaja, yang mana aku tau kamu akan begitu bosan untuk membaca lalu tidak memberikan sebarang carutan balas.

Aku juga perasan belakangan ini komen di blog ini makin berkurangan, aku faham sebab kamu semua dah bosan bila aku tulis-tulis perkara macam ni. Aku sendiri pon bosan jugak sebenarnya. Tapi pengakhirannya ini ialah blog aku yang mana aku akan tulis segalanya supaya aku boleh baca kelak.

Jadi, maaf.

Aku sebenarnya agak terasa kecewa bila ada orang cakap bila dia kenal aku berbeza betul dengan apa yang dia kenal aku melalui blog. Mungkin cara aku cakap sama dengan gaya penulisan aku, tapi isinya berbeza.

Aku cuma rasa, sebab orang begitu tak kenal aku sebelum aku mula menulis, jadi mungkin kurang nampak bagaimana perangai aku sebenarnya. Sebenarnya sama je.

Begini,

Sebenarnya kau cuma terfikir pasal orang tersebut, tidak kiralah benda yang kau fikir itu benda yang gembira-gembira, atau benda yang menyakitkan hati. Akhirnya kau cuma fikir pasal orang tersebut.



Read more...

29.4.10

lagu menyampaikan rasa 2

lirik power.first time aku baca btol-btol.




TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya, Mula tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.



*Maaf, belakangan ini rasa lain macam selalu sangat. mempengaruhi tulisan.



Read more...

sikit pasal praktikulum bukan kulum

1. internet rumah aku baru ok.

2. Atas jasa baik akak dekat tempat kerja aku, die beri aku RM10 setiap hari untuk hantar die pergi kerja dan balik kerja tiap hari. Jimat duit minyak aku. Part time taxi driver.

3. Rupanya kehidupan orang yang bekerja disini seperti tiada kehidupan, balik lambat, itu hari baru aku dah kena tidur di ofis sebab nak siapkan kerja. Patutlah diorang ni semua banyak tak kahwin lagi.

4. Tempat aku kerja ni salah satu projeknya ialah buat pelan untuk Iskandar Malaysia di Johor. Jadi hari itu aku kena tulis lebih kurang macam ini tajuknya, "bagaimana perkara-perkara seperti kebudayaan, benda-benda yang menggambarkan tempatan sebagai contoh pokok-pokok yang tumbuh meliar di Johor, atau makanan-makanan yang terkenal di johor dapat di jadikan pengaruh dalam arkitektur pembinaan bangunan baru di Johor.

Makanan jadi pengaruh? kau biar betul.

5. perlu masa masa masa masa masa masa masa masa masa masa masa masa masa masa berbadan sasa masa masa masa masa masa masa masa masa masa masa.



Read more...

26.4.10

harap ini bukan pesan terakhir 5

1. Banyak benda yang kau perlu pilih, mahu pakai baju warna apa hari ini sebagai contoh mudah, mahu pakai spender ketat atau longgar, mahu berak dahulu atau gosok gigi dahulu sebelum mandi, perkara-perkara yang kau pilih kadang-kadang kau perlu lakukan secepat-cepatnya, sebab mungkin takut apa yang ada bakal terlepas, atau apa yang kau tunggu tu tak pernah mahu datang.

2. Tadi akak aku sms terima kasih untuk semua orang secara tiba-tiba. Lalu aku reply dengan pujian, dan hati aku dan aku tau hati dia juga terus senang. Dan tersenyum-senyum seorang diri dalam tren. Betapa ayat pujian betul-betul buat kau gembira kan?

3. Ada perkara, yang kau tak boleh selesaikan dengan otak, dengan hati, dengan tulisan, dengan membaca, dengan fikiran atau dengan mencucuk bontot kawan kau dengan besi.

Mungkin boleh diselesaikan dengan masa.



Read more...

24.4.10

Aktiviti meragut rumput

bila la aku nak ada awek..mesti aku upah seorang fotografer untuk amik gambar gambar begini. Malah lebih ganas.

Ok, kejadian berlaku di Padang Ragut UPM Serdang, Semua gambar amik pakai Nikon d40x ku yang murah dan ramai orang memperkecilkan aku kerana kamera murah ku,ah..kamera gabak gambar macam sial baik tak payah.

edit pakai aperture, lense aku pakai kit lense je.

Sekarang dah ade watermark gambar aku, bajet ade orang nak copy la konon. haha.

DSC_0014
1. feveret

DSC_0059
2. oh...

DSC_0165
3. Ini bagi aku comel.

DSC_0025
4. tiada comment.

Macam biasa.. Gambar lebih dekat sukasukaphoto.
sekarang dah naik RM120.




Read more...

23.4.10

Lagu yang menyampaikan rasa


Robert Smith ( The Cure) yang tiru rambut aku sebenarnya.

Aku tak tahu apesal, sejak belakangan ni lagu-lagu The cure memang semua kena dengan mood jiwa aku.

Contohnya masa lepas dengan Nabila Farhana, aku asyik layan lagu The cure-letter to elise.

Selepas itu masa rasa seronok-seronok kembali, asyik melayan lagu The cure - just like heaven

Dan sekarang asyik melayan lagu The cure - boys dont cry.






I would say I'm sorry
If I thought that it would change your mind
But I know that this time
I've said too much
Been too unkind

I try to laugh about it
Cover it all up with lies
I try and
Laugh about it
Hiding the tears in my eyes
'cause boys don't cry
Boys don't cry

I would break down at your feet
And beg forgiveness
Plead with you
But I know that
It's too late
And now there's nothing I can do

So I try to laugh about it
Cover it all up with lies
I try to
laugh about it
Hiding the tears in my eyes
'cause boys don't cry

I would tell you
That I loved you
If I thought that you would stay
But I know that it's no use
That you've already
Gone away

Misjudged your limits
Pushed you too far
Took you for granted
I thought that you needed me more

Now I would do most anything
To get you back by my side
But I just
Keep on laughing
Hiding the tears in my eyes
'cause boys don't cry
Boys don't cry
Boys don't cry



Read more...

21.4.10

Sikit pasal isu kesesakan jalanraya



1. Kereta haiwan aku mengalami kerosakan, yang mana aku terpaksa menaiki tren ke tempat kerja. dan kemudian tukar bus. Aku bukan benci naik bus dan tren. Tapi masalahnya dekat wangsa melawati tu macam sial dia punya public transport.

2. Isu ini kemudian membawa kepada hal berkaitan kesesakan jalan raya.

3. Kuala Lumpur bandar yang kecil, dengan populasi kereta yang banyak. Penduduk terutama dari daerah Petaling yang kebanyakannya semua berkenderaan sendiri dan mempunyai pendapatan tertinggi di Selangor mensesakkan jalan masuk ke Kuala Lumpur.

4. Jalan-jalan di Selangor sesak bagi aku kerana terlampau banyak pembangunan tepi-tepi jalan yang mengakibatkan banyak simpang masuk ke jalan-jalan utama. Ini meneyebabkan konflik antara kenderaan, dan akhirnya jalan jadi sesak.

5. Jalan akhirnya membawa kepada pembangunan, jadi nak buat macam mana? memang sesaklah.

6. Konflik antara gunatanah seperti kedudukan kawasan yang ramai orang duduk seperti Kajang, dan kawasan berkepadatan tinggi seperti bandar sri permaisuri ini, perlu melalui lebuhraya yang sama untuk ke Kota Kuala Lumpur. Tidakkah terfikir bahawa itu menyesakkan?

7. Jadi apa cara lagi? Akhirnya kerana Kuala Lumpur ini kecil, yang mana pembangunan perlu dekat-dekat. Kalau jauh-jauh mungkin tak sesak.

8. Maaf jika apa aku cakap tak betul.

9. Isu maaf akhirnya membawa kepada perkara lain.

10. Tahukah kamu bahawa antara cara paling mudah untuk tunjuk rasa hormat ialah dengan meminta maaf ?









Read more...

19.4.10

sikit pasal kemurahan hati aku

Biar aku beritahu , walaupun sudah berkali aku beritahu.

1. Aku ambil gambar murah kerana aku masih belajar.

2. Aku ambil gambar murah kerana aku buat hanya untuk suka-suka dan hobi dan aku gembira masa ambil gambar kamu.

3. Ini bukan income utama aku, duit aku ambil dari kamu untuk ambil gambar adalah sebagai motivasi. Kalau tak aku malas. haha. Tapi sebenarnya untuk support hidup jugaklah.haha.

4. Aku seorang yang tak mementingkan lansung perkara teknikal seperti benda ntahpape yang aku sendiri tak paham.

5. Sebab aku tau, kalau aku ambik gambar kau, mestilah kau sendiri pon tak tau apebenda alah terma-terma photography tersebut, jadi, untuk apa aku begitu mementingkan perkara-perkara tersebut? Korang bukan kisah pon kan? Sebab kalau kau tau, mesti kau dah amik gambar sendiri je.

6. Sebab tu kadang-kadang aku pakai auto je. Malas pikir.

7. Jadi lebih baik aku mementingkan suasana.

8. Aku cuma gembira tengok orang lain gembira, bila semua orang ada peluang untuk frame kan gambar keluarga mereka, dan letak atas televisyen atau gantung di dinding.

9. Tapi akhirnya aku tidak boleh spoil market tukang ambil gambar lain.

10. Jadi apakata kamu semua kasi cadangan, berapa harga aku patut letak untuk khidmat ambil gambar aku?

11. Jujurnya aku tak tahu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan SUKASUKAPHOTO yiehaa!!

keluarga shahida dan malfin dengan anak mereka nama Alya ang comel gila! di bukit tinggi

DSC_0225

DSC_0102

DSC_0125

DSC_0062


2

Semua gambar amik pakai Nikon D40x edit pakai aperture campur photoshop cs3.

Nak gambar lebih masuk sukasukaphoto



Read more...

16.4.10

Satu perasaan nama dia hilang touch

Kau pernah tak nanti ada satu ketika kau rasa kau terer gila buat satu benda. Contohnya minggu ni aku rasa idea aku untuk menulis mencurah-curah, lepastu minggu depan aku dah takde idea lagi, tapi tiba-tiba nanti aku rasa aku boleh buat lagu dengan hebatnya, dan beberapa hari hilang, lepastu aku tiba-tiba asyik menang je main ping-pong.

Kau pernah tak?

Aku selalu betul macam tu, kadang-kadang tiada idea lansung nak tulis, tapi terasa diri sendiri hebat ambil gambar. haha. Kadang-kadang gambar macam sial, tapi terasa hebat main game. Apa-apa sahajalah.

Dan ianya "rotate".

Sekarang aku rasa hilang touch ambil gambar, walaupun aku tahu aku punya gambar memang tak cun gila. Tapi rasa macam ada kurang. Kurang perasaan mungkin.

Aku patut berterima kasih banyak kepada Bib sebab kadang-kadang dia akan direct juga bila aku tiba-tiba hilang idea. Bagi aku kunci utamanya ialah perasaan teruja untuk ambil gambar.

Dan aku perlu mengasah keterujaan semula sebelum esok ke bukit tinggi untuk ambil gambar couple. yang mana aku sudah excited dari bulan lepas lagi..yieha!!

dan untuk lebih menimbulkan perasaan teruja ambil gambar, aku selalu melawat blog ini ..

theblogisfound

dan jika antara kamu ingin make up kahwin ka, tunang ka, jalan pi shopping kompleks ka, pegi pasar ka, asalkan nak make up lah senang cerita.. masuk sini.. orang cakap best gila dan murah.



Read more...

15.4.10

Ekspressi dalam fotografi

dulu aku pernah cakap pasal kepentingan ekspressi dalam gambar, betapa semasa aku ambil gambar aku perlu menimbulkan mood ceria terhadap sekeliling supaya semua orang gembira dan sesi ambil gambar dapat dilakukan dengan atmosfera yang ceria dan gambar pon secara tak lansung akan jadi hepi.

Masa itu aku tolak semua perkara, pasal composition ke, warna ke, apa-apa sahajalah bahasa fotografi lain yang aku tak paham. Yang paling penting ialah feel dan ekspressi gambar tersebut. Tidak nampak kaku.

Sekarang aku belajar yang aku memerlukan lebih dari ekspressi, dan jujurnya aku rasakan composition aku lemah, aku kurang detail terhadap perkara seperti framing dan latar belakang supaya sebati dengan subjek.

Khidmat ambil gambar aku murah sahaja. Jadi aku sentiasa belajar, bila sudah terlampau hebat sampai tiada kesalahan lansung macam tukang ambil gambar yang lain, baru aku boleh caj ribu riban.

OK,

Ini gambar yang pertama kali aku ambil untuk kawan-kawan yang keluar jalan-jalan di putrajaya di samping ada majlis harijadi cik Suraya.

Korang semua memang kelakar betullah. Aku dengan Bib tak tahan gelak betul sepanjang ambil gambar. ok. enjoy,

Gambar lebih lebih kat sukasukaphoto

DSC_0114 (1)

DSC_0122 (1)

DSC_0133 (1)

DSC_0015 (1)

macam biasa..sume amik pakai Nikon d40x, edit pakai aperture. aku pakai kit lense dengan 35mm 1.8.



Read more...

14.4.10

Tujuan sebenar aku menulis

DSC_0007 (1)
ambil pakai d40x, edit pakai aperture

Sekarang aku kurang baca blog orang,tidak seperti dulu, mungkin kerana masa dan malas ingin membaca, seperti hari ini aku rasa begitu menyesal kerana lepas balik kerja tertidur. Kerana ikut rancangan aku yang sepatutnya aku nak siapkan gambar Cik Suraya dengan kawan-kawannya. Minta maaf cik suraya, gambar kamu yang sepatutnya diupload malam ini terpaksa ditunda esok.

Tujuan asal masa mula-mula aku menulis blog ini adalah pertamanya disebabkan oleh kawan aku, klik. Masa itu aku ingat biar aku tulis dan kemudian aku post kat blog dia. Tapi akhirnya aku buat sendiri.

Aku sebenarnya dengan harapan apa yang aku tulis akan boleh aku tengok semula bila sudah tua, akan boleh dibaca oleh anak cucu aku, dan itu sahaja alasan awalnya. Dan supaya ada tempat yang lebih kekal untuk aku menulis segala macam dalam fikiran aku, kerana sebelum ini jika aku tulis dalam buku sikit-sikit, selalu hilang.

Minta maaf jika aku kurang melayan di laman web sosial, Facebook. Tapi aku akan layan email.

Aku tak suka betul praktikal, hari-hari aku dirasakan penuh, balik kerja sudah penat pula. Mungkin baru, dah lama sikit biasalah. Atau mungkin kerana tiada gaji yang besar untuk dijadikan motivasi.

aku tak sabar betul tunggu hari sabtu mahu keluar dengan kamu.

selamat,




Read more...

12.4.10

harap ini bukan pesan terakhir 4

Hari ini hari pertama praktikal. Patutlah orang cakap belajar lagi seronok. huhu.

1. Aku pelik apesal kereta perodua selalunya dipandu oleh orang yang jenis macam ustaz. Pelik gila.

2.dalam dunia perlu ada orang yang "jual" dan juga "beli". Perlu tahu kau tidak sentiasa dalam status men"jual". Orang yang beli kadang-kadang sanggup buat apa saja untuk "beli". Mungkin kerana kepayahan untuk mendapat benda tersebut. Jadi jika kau orang yang "jual" sekarang, hormatlah orang yang beli. Sebab kau takkan pernah tahu bila masa kau akan beli nanti.

3. Lagnkah termudah untuk elakkan ebnda jahat ialah jangan start.

4. Jika kau selalu cerita pasal orang lain, kau mungkin selalu dalam keadaan tak selesa, sebab kau asyik fikir apa orang fikir pasal kau.

5. Kalau kau selalu fikir pasal masalah, kau cuma akan jadi lebih bermasaalahsebab lebih baik kau fikir cara nak selesaikan.

6. seperti status facebook aku, kau silap bukan sebab kau bodoh, kau silap sebab tak fikir.

ah cakap senanglah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan Sukasukaphoto

ini gambar yang aku ambil masa majlis menjubahi Radhiah. Kira sebelum boleh panggil peguambela/peguamcara, dia mesti dijubahi.haha.Benda yang aku tak pernah tengok sebelum ni,Sila ke sukasukaphoto untuk gambar banyak sikit.


DSC_7752

DSC_7920

DSC_7805

DSC_7811

semua gambar amik pakai Nikon d100, edit pakai aperture.



Read more...

8.4.10

har ini 42 : memperkenalkan awek baru aku!

DSC_0092 (1)
ini nazrul hanis lancau dengan muaz cibai orang melaka.

saja aku kasi topik hot sikit. Maklumlah, dah lama tak tulis entri baru. So mana tau topik hot dapat banyak klik sikit. huhu.

Jadi topik yang sebenarnya ialah "entri khas untuk orang melaka."

mula-mula aku nak minta maaf kepada orang melaka kerana hampir satu tahun tidak pulang ke Melaka. Bukannya aku tidak rindu kepada tanah Melaka yang tercinta itu, tapi minggu-minggu aku terlampau sibuk sehingga tidak sempat pulang.

Kali ni punya cuti pun aku tak dapat pulang sebab isnin ni sudah praktikal. Di kota kuala lumpur ini juga lah. Jadi minta maaf banyak-banyak. Tak sempat pulang lagi.

Minta maaf juga kepada ayah yang rasanya kita dah tak jumpa setahun. Gila aku dah macam duduk kat London. Tak jumpa bapak aku setahun. Kalau ayah datang KL je apis takde, apis balik melaka ayah takde. Macam mana la kita nak bertemu.

Selepas itu, kepada orang yang nak aku ambil gambar mereka, kalau dah book, silalah reply email, janganlah buat tak tahu aje, kang nanti kang ada orang nak book tarikh yang sama tetiba kang kamu cancel pulak last minute. Tak best lah begitu. Kasihan saya. Saya punya servis dahla murah, diperlakukan pula sebegitu rupa.

ok, selamat!



Buat pertama kalinya aku buat video, disebabkan ketiadaan hanif yang patut menjadi videographer, aku sendiri rekod video ni, kelam kabut sikit sebab kena ambil gambar dan buat video pada masa yang sama. Hasilnya tak begitu memuaskan hati sebab aku tahu patutnya bleh buat lagi best. Video ni pon aku bagi free je sebab nak eksprerimen, so mana tau next time aku boleh caj ke buat video plak.

Jadi kepada Roni dan Didie, maaf sebab lambat, maklumlah baru abis exam.

ni tengok la siki gambar. Nak lebih masuk Sukasukaphoto


ambik pakai nikon d90, edit pakai iMovie

Untitled_Panorama1
ambik pakai nikon d100, edit pakai photoshop CS3



Read more...

1.4.10

kompleksiti dan saling berkaitan

jika diperasankan, belakangan ini aku banyak cakap pasal saling berkaitan, bagaimana satu perkara itu betul-betul berkait dengan perkara yang lain dan membentuk satu sistem di atas dunia ini yang sangat kompleks.

kompleks hingga kita perlu pecah-pecahkannya dan ianya dipanggil "cybernetic" supaya kita faham setiap satu fungsi dan proses kaitan-kaitan tersebut dalam satu sistem.

Kompleksiti ini akan mengakibatkan satu benda itu lebih seimbang bagi aku.

Dan kalau dipecahkan salah satu dari benda tersebut maka sudah jadi tidak seimbang lah kan?

Jadi aku cuba bagi contoh,

Macam televisyen yang sepatutnya sangat seronok untuk ditonton, adakah ia seronok ditonton jika bunyi yang dikeluarkan oleh televisyen tersebut tidak best lansung? atau jika cerita melayu meleleh-leleh dan hipokrit yang ditayangkan 24 jam?

Adakah sekarang kita perlu nyatakan televisyen itu masih lagi seronok ditonton?

Pastinya kita cakap televisyen tu tidak seronok lagi kan?

Jadi sistem dalam televisyen itu perlu kompleks, dengan cerita yang seronok, warna yang seronok, bunyi yang seronok, jadi selepas itu baru dengan bangga kita baru boleh cakap televisyen ini memang seronok ditonton.

Jadi cuba kau aplikasikan perkara yang sama untuk semua benda, supaya semua perkara menjadi lengkap.

Dan untuk ia menjadi lengkap dan sempurna pastinya memerlukan perancangan teliti dan penganalisian yang mendalam tentang satu perkara.

amende ntah aku cakap.



Read more...

Getaran jacket hensem

Kali ni aku nak jual barang-barang aku sendiri yang dah lama tak pakai sebab nak kumpul duit untuk beli lense. Jadi apa kata korang support aku dan beli semua sekali. haha.


Zara leather jacket
Size s
condition 9.5/10
RM250(nego)



Pull and Bear jacket
Size S
Condition 9.5/10
RM120(nego)



Jacket Kalau Pakai Terus Jadi Hensem
Size S
Condition 6/10
Sudah dijual kepada encik hilmi punya kawan yang datang jauh dari bangi


Film Camera Yashica MG-1
Masih berfungsi
Ini zaman aku main lomo dulu.
sudah dijual kepada cik wani dari penang


BYOC Ibanez Tube screamer 9
Rupa macam bodoh, tapi sound terbaik!
Clone dari TS-9.
Pakai Tele, cucuk tube amp, campur ngan DS-1, kau dah boleh dapat sound rock umph!
Sebab jual = aku pakai overdrive lain.
RM120

Sebarang orang yang berminat. sila email kepada akukopikausiapa@gmail.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKASUKAPHOTO

Ini gambar keluarga ira tempoh hari di bandar tasik permaisuri

DSC_7393

DSC_7398

DSC_7454

DSC_7350
oh..ini feveret~ baju dia ngan "peace" dia tu kena.

Macam biasa gambar lebih di sukasukaphoto . Serius korang wajib tengok!haha






Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP